Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Bayar Cukai Tanah Online Dengan Mudah Untuk Pejabat Tanah 13 Negeri

https://www.canva.com/design/DAF2B5KrOzY/eph2F8qrvTO6xiUKlGw3VQ/edit?utm_content=DAF2B5KrOzY&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton
Cara Bayar Cukai Tanah Online Dengan Mudah Untuk Pejabat Tanah 13 Negeri 5

Pemilik tanah adalah dituntut untuk menyelesaikan bayaran cukai samada bayar cukai tanah online atau di kaunter pejabat tanah. Setiap tahun terdapat tempoh wajib yang perlu diselesaikan bayaran cukai tersebut.

Untuk memahami lebih lagu berkenaan urusan tanah negeri, anda boleh mendapatkan info berkenaan jenis tanah, tempoh bayaran dan cara bayar cukai tanah secara online.

Berkenaan Bayaran Cukai Tanah Bagi Pemilik di Pejabat Tanah Negeri

Apakah Itu Cukai Tanah?

Definisi cukai tanah ditafsirkan sebagai cukai sewa di bawah Seksyen 5 kanun tanah negara 1995. Berdasarkan Seksyen tersebut maksud cukai tanah diertikan sebagai:

  • Jumlah wang tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri(PBN) selaku cukaisewa.
  • segala bayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN juga menurut mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai sewa atau hasil tanah.
  • Bayaran terhutang kepada PBN sebagai tunggakan cukai sewa.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi setiap pemilik tanah atau wakil pihaknya bagi menjelaskan cukai tanah kepada pihak berkuasa negeri tanpa perlu menunggu arahan atau maklumat melalui bil hasil tanah.

Mengikut undang-undang pula terdapat undang-undang yang bertulis di dalam Seksyen 100 kanun tanah negara, tanah cukai sewa akan dirampas seandainya gagal untuk menjelaskan cukai tanah seperti yang telah dituntut.

Siapakah yang Perlu Bayar Cukai Tanah?

Bayar Cukai Tanah Online Jenis hartanah yang dikenakan cukai tanah

Cukai tanah hanya dikenakan kepada pemilik untuk mana-mana hartanah atas tanah di Malaysia juga termasuk tanah pegangan bebas dan juga pajakan. Yang akan dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah dan galian. Selain itu cukai tanah juga akan dikenakan bagi bangunan strata.

Jenis hartanah yang dikenakan cukai tanah:

  • Hartanah atas tanah (Landed)
  • Hartanah Tanah pegangan (Freehold)
  • Hartanah Galian (Leasehold)

Tempoh untuk Bayaran Cukai Tanah

Menurut kanun tanah negara, terdapat undang-undang wajib bagi semua pemilik hartanah untuk membayar cukai tanah setiap tahun kepada pejabat tanah yang berkenaan dan mengikut jadi setiap negeri mempunyai tarikh yang tersendiri dalam penetapan bagi pemilik-pemilik tanah untuk membayar cukai.

Akan tetapi, kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan adalah pada 31 Mei untuk setiap tahun. Jadi, tempoh untuk bayaran cukai bagi setiap negeri di Malaysia adalah di antara 1 Januari sehingga 31 Mei untuk setiap tahun.

Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh merujuk senarai penuh tarikh bayar cukai tanah mengikut negeri melalui pautan laman web rasmi Pejabat Tanah negeri.

Kadar Bayaran Cukai Tanah

Kebiasaannya caj yang dikenakan untuk cukai tanah adalah dinilai berdasarkan jumlah Hana yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah milik anda. Dalam maksud kata lain, setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk membuat semakan kadar cukai tanah anda melalui pihak autoriti iaitu pejabat tanah mengikut negeri bagi mengetahui berapakah kadar sebenar yang anda perlu bayar.

Bayar Cukai Tanah Online

Untuk contoh kiraan kasar untuk hartanah di Kuala Lumpur kebiasaannya dikenakan pada kadar RM0.035 untuk setiap kaki persegi. Maksudnya bagi hartanah seluas 2500 kps maka cukai tanah Kuala Lumpur yang akan dikenakan ialah sebanyak RM87.50 sahaja.

Panduan Bayar Cukai Tanah untuk Pejabat Tanah Negeri(PTN)

Cara Bayar Cukai Tanah Online untuk Seluruh Negeri Malaysia

Cara Bayar Cukai Tanah Online untuk Seluruh Negeri Malaysia

Terdapat kemudahan sistem bayar cukai tanah online yang mana membenarkan pengguna untuk membuat pembayaran cukai tanah dengan lebih efisien mudah serta pantas. Pembayaran cukai tanah secara online akan menjimatkan masa anda boleh memberi kelebihan perlu anda beratus selama berjam-jam di kaunter.

Berikut adalah panduan umum untuk cara bayar cukai tanah secara online:

  1. Pengguna perlu melayari pautan pejabat tanah negeri berkenaan. (Rujuk senarai pautan laman pejabat tanah negeri Malaysia)
  2. Anda akan dibawa ke paparan utama. Loga masuk akaun. Bagi pengguna pertama kali perlu mendaftar akaun baru dan memasukkan butiran yang betul.
  3. Setelah anda berjaya log masuk, di bahagian menu anda boleh membuat carian urusan pejabat tanah.
  4. Setelah anda menjumpainya, bolehlah membuat bayaran cukai tanah secara online dengan segera.
  5. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau isu berkenaan urusan pembayaran, anda boleh merujuk soalan lazim yang disediakan oleh portal pejabat tanah.

Rujukan Senarai Laman Web Rasmi Cukai Tanah Seluruh Negeri Malaysia

Untuk setiap negeri disediakan laman web rasmi untuk pejabat tanah negeri. Melalui laman web ini ia memudahkan pelbagai urusan kepada pengguna yang menggunakan sistem perkhidmatan secara atas talian yang membolehkan pengguna untuk membuat bayaran dan menjelaskan cukai kepada kerajaan negeri.

Berikut adalah senarai pautan laman web rasmi Pejabat cukai tanah untuk negeri-negeri di Malaysia:


Negeri
Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Negeri
KelantanBayar Cukai Tanah Online Kelantan
TerengganuBayar Cukai Tanah Online Terengganu
PahangBayar Cukai Tanah Online Pahang
PerakBayar Cukai Tanah Online Perak
SelangorBayar Cukai Tanah Online Selangor
JohorBayar Cukai Tanah Online Johor
Negeri SembilanBayar Cukai Tanah Online Negeri Sembilan
MelakaBayar Cukai Tanah Online Melaka
KedahBayar Cukai Tanah Online Kedah
Kuala LumpurBayar Cukai Tanah Online Kuala Lumpur
PenangBayar Cukai Tanah Online Penang
PerlisBayar Cukai Tanah Online Perlis
SabahBayar Cukai Tanah Online Sabah
SarawakBayar Cukai Tanah Online Sarawak

Jadi, diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu orang ramai untuk lebih peka dan cakna berkenaan bayar cukai tanah yang memudahkan urusan anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati