Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanda-Tanda Dehidrasi dan 3 Langkah Kenalpasti Dehidrasi Dengan Pantas

12 Tanda Dehidrasi dan Cara Kenalpasti Dengan Pantas

Dehidrasi teruk membawa maut! Pada 27 Apr 2023 di Kota Bharu, Kelantan. kita dikejutkan oleh berita yang membabitkan kematian seorang kanak-kanak 11 tahun meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi. Cuaca panas yang berlaku di negara kita mutakhir ini pemicu dehidrasi, kita dinasihatkan untuk perbanyakkan minum air putih dalam jumlah yang sesuai.

Pentingnya air yang cukup di dalam badan kerana ia boleh membawa kepada pelbagai faktor seperti cirit-birit, muntah, berpeluh berlebihan dan demam, gejala ini juga termasuk mulut kering, kerap kencing, air kencing gelap, sakit kepala, keletihan, pening dan kekeliruan selain itu, hasil yang teruk boleh menyebabkan komplikasi yang meninjau seperti sakit buah pinggang, kekejangan dan kematian.

Oleh itu, anda jangan pandang sebelah mata tentang isu dehidrasi kerana ianya sangat berbahaya, sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjut.

Bahaya Dehidrasi, Jom! Kenalpasti Adakah Anda Mempunyai Masalah Dehidrasi Ataupun Tidak

12 Tanda Dehidrasi dan Cara Kenalpasti Dengan Pantas
Tanda-Tanda Dehidrasi dan 3 Langkah Kenalpasti Dehidrasi Dengan Pantas 6

Apakah itu Dehidrasi?

Dehidrasi adalah keadaan apabila badan kita banyak kekurangan air. Oleh itu air merupakan komponen yang sangat penting di dalam badan. Lebih kurang 60% dari berat badan manusia dewasa adalah air. Jika air di dalam badan berkurang, banyak fungsi badan yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Apakah Punca Berlakunya Dehidrasi?

Punca yang menyebabkan berlakunya dehidrasi iaitu kurang air dalam badan, puncanya ialah.

  1. Berpeluh : Berpeluh sememangnya bagus kerana ia merupakan proses semula jadi yang membantu menyejukkan suhu badan dan merupakan salah satu cara tubuh kita untuk menghilangkan panas tetapi berpeluh juga mengandungi air dan garam. Jika seseorang itu berpeluh secara berlebihan ia akan menyebabkan kehilangan air yang banyak daripada badan dan jika kita tidak mengambil atau menggantikan air yang hilang melalui peluh. Perkara ini boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan.

2. Cirit birit Atau muntah : Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus, bakteria, parasit dan alahan makanan. Perkara ini boleh menyebabkan dehidrasi dan mengeluarkan air yang banyak daripada badan, bahkan ia keluarkan juga elektrolit dan juga garam daripada badan yang menyebabkan fungsi sel dalam badan menjadi tak normal. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan tekanan darah, jangkitan virus dan juga boleh membawa kepada kematian.

3. Demam : Demam menyebabkan peningkatan jumlah keringat sehingga kadar air dan elektrolit yang hilang dari tubuh. Selain itu, demam juga menyebabkan kehilangan cecair dalam badan seperti menggigil, berkeringat, sakit kepala, sakit sendi dan hilang selera makan. Oleh itu, demam sebenarnya lebih mudah mengalami kekurangan air dalam badan berbanding dengan penyakit lain.

4. Terlebih buang air kecil : Terlebih buang air kecil adalah menjadi salah satu tanda kekurangan air dalam badan, meskipun kebanyakan ramai yang berfikir bahawa terlebih buang air kecil ini menunjukkan tubuh terhidrasi, namun sebenarnya hal ini boleh menjadi tanda dehidrasi. Ketika seseorang mengalami kekurangan air dalam badan, urine akan menjadi lebih pekat dan mengandungi bahan kimia yang berbeza. Selain itu, terlebih buang air kecil juga bermaksud seseorang itu terhidrasi. Untuk mengetahui kebiasaan buang air kecil yang sihat, di sarankan untuk kita perhatikan warna urine, urine normal seharusnya berwarna kuning pucat dan urine berwarna kuning tua mungkin menunjukkan kekurangan air dalam badan.

Bagaimana cara untuk mengenalpasti Anda Dehidrasi?

Ini adalah cara untuk anda mengetahui sama ada anda mempunyai masalah kekurangan air dalam badan ataupun tidak.

  • Cubit dibelakang tangan
IMG 20231207 125725 692
Tanda-Tanda Dehidrasi dan 3 Langkah Kenalpasti Dehidrasi Dengan Pantas 7
  • Jika di lepaskan, ia turun dengan cepat. Itu maknanya anda terhidrasi ataupun tiada masalah kekurangan air dan jika saat di lepaskan turunnya lambat dan perlahan ini maknanya anda mempunyai masalah kekurangan air dalam badan. Maka segeralah perbanyakkan minum air.
IMG 20231207 125725 404
Tanda-Tanda Dehidrasi dan 3 Langkah Kenalpasti Dehidrasi Dengan Pantas 8

Tanda-Tanda Dehidrasi yang Harus Anda Waspada

Tanda-tanda dehidrasi pada bayi

  1. Mata cekung
  2. Mulut kering atau bibir pecah
  3. Ubun-ubun jadi cengkung kulit kering
  4. Kurang air kecil atau pampers kering lebih enam jam dan air kencing pekat dan gelap
  5. Bayi kelihatan besu atau letih dan tidur lama

Tanda-tanda dehidrasi pada dewasa

  • Rasa sangat haus
  • Jarang buat air kecil dan urine berwarna gelap
  • Lesu dan tak bermaya
  • Sakit kepala
  • Keliru
  • Kulit bibir yang kering
  • Warna uri lebih gelap daripada biasa
  • Kulit terlihat kusam, kawasan bawah mata terlihat cekung dan warna yang gelap
  • Terdapat kerutan halus contoh di bawah area mata
Cream Simple Minimalist Table of Contents 20231207 150555 0000
Tanda-Tanda Dehidrasi dan 3 Langkah Kenalpasti Dehidrasi Dengan Pantas 9

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang berlanjutan. Segeralah berjumpa dengan doktor yang berdekatan untuk mengesahkan dan mendapat rawatan yang tepat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati