Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mudah Buka Akaun Perniagaan (Akaun Semasa) Di Maybank Tanpa Perlu ‘INTRODUCER’ Khas Untuk Guru yang Berniaga Tahun 2020

Cara Mudah Buka Akaun Perniagaan Akaun Semasa Di Maybank Tanpa Perlu INTRODUCER Khas Untuk Guru yang Berniaga

Buka Akaun Perniagaan? Harini selesaikan urusan aktifkan akaun perniagaan di Maybank. Lama dah tangguh sebab dulu perlukan “introducer”. Maybank baru saja lancarkan kemudahan pembukaan akaun perniagaan tanpa introducer yang diberi nama SME FIRST-i, sesuai untuk seller kecil-kecilan.

1 3
Buka Akaun Perniagaan

Cara Daftar

  1. Daftar akaun perniagaan kita melalui link ini: https://bit.ly/38s7mn5Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.
  2. Apabila selesai, ingat access kod yg diberi melalui sms (kita akan guna untuk register online banking).
  3. Buka email dari maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.
2 5
Buka Akaun Perniagaan

Sediakan Dokumen

Sediakan semua perkara ini sebelum ke maybank:

1) MyKad

2) SSM Certificate Registration

3) SSM Form A

4) SSM Business Info

5) Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)

3 4
Buka Akaun Perniagaan

Pergi ke Maybank

  1. Kita mesti ke Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun. Mesti ke Maybank yang kita pilih semasa register online.
  2. Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email.
  3. Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi.
  4. Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking.
  5. Nanti kita akan ada satu lagi online banking bawah nama perniagaan yang kita daftarkan. Ianya tidak berkait dengan maybank personal kita.
  6. Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.
  7. Sediakan masa 1 jam setengah untuk urusan di bank ini.
4 4
Buka Akaun Perniagaan

Update Info Buka Akaun Perniagaan

1) Ini adalah current account. Ada 2 jenis yang patuh syariah.

A) SME First Account-i (dilindungi PDIM)

SME First Investment Account-i (tidak dilindungi PDIM, dividen lebih tinggi)

Kedua-dua ni ada caj setiap 6 bulan.

A) RM5 atau RM10 (tak ingat)

tak ingat, refer bank

2) DEPOSIT dinyatakan RM1000

Masa saya aktifkan akaun, pegawai bank tak minta untuk depositkan amaun tersebut dan saya lupa nak tanya.

Tengok-tengok dah aktif akaun, boleh buat transaksi online dan siap shopping kat shopee dah tapi prepare sajalah RM1k tu kat personal akaun.

3) Buku cheque boleh request, tapi saya buat online banking saja senang.

Kredit : Huda Ahmad ,Tulip Petals

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati