Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerajaan Umum Akaun Fleksibel KWSP 2024 untuk Semua Pencarum

Kerajaan Umum Akaun Fleksibel KWSP 2024 untuk Semua Pencarum

Kerajaan Malaysia memperkenalkan akaun fleksibel KWSP untuk kemudahan para pencarum sebagai inisiatif yang akan membantu kebajikan mereka yang membuat caruman. Perkara ini disambut baik oleh semua pihak dan dijangka akan diumumkan dalam masa yang terdekat

Merujuk kepada pandemik covid-19 beberapa tahun yang lalu, inisiatif kerajaan memperkenalkan beberapa siri pengeluaran wang KWSP seperti I-citra, i-sinar, i-lestari dan sebagainya itu telah menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin kepada rakyat berkenaan simpanan yang telah dibuat di KWSP.

Kini, sekali lagi kerajaan hadir dengan pelan yang tersendiri untuk rakyat Malaysia. Berikut adalah penerangan mengenai inisiatif terbaru oleh KWSP dan kerajaan Malaysia untuk rakyat.

Pengenalan Akaun Ketiga KWSP atau Akaun Fleksibel KWSP

Kerajaan berhasrat untuk membawa inisiatif baharu sebagai langkah mengurangkan kebergantungan rakyat kepada pengeluaran khas yang kerajaan kini tidak lagi benarkan pelaksanaannya.

Namun, ia bukanlah menjadi penghalang untuk pencarum mendapat manfaat daripada hasil caruman. Melalui pengenalan baharu akaun 3 atau akaun khas fleksibel KWSP akan memberi kemudahan yang lebih baik.

Apakah Itu Akaun Fleksibel KWSP

image 430

Akaun fleksibel kwsp adalah satu akaun yang diperkenalkan sebagai akaun baru yang boleh di akses ahli pada bila-bila masa. 

Untuk masa sekarang setiap pencarum KWSP hanya mempunyai dua jenis akaun sahaja iaitu akaun 1 dan akaun 2. Pengenalan akaun 3 atau akaun fleksibel KWSP membolehkan para pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan semasa waktu kecemasan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan akaun 3 KWSP ini membolehkan akaun 3 dapat diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 ketika bila-bila masa secara khususnya ketika kecemasan.

Bilakah tarikh pelaksanaan akaun Fleksibel kwsp?

Menurut kenyataan kerajaan akaun fleksibel ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan April tahun tahun 2024. Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan, perincian mengenai akaun ini akan diumumkan selepas pengumuman dividen KWSP bulan Februari 2024.

Dalam pada itu, beliau juga turut menjemput mereka yang mempunyai pandangan untuk disampaikan terus kepada Kementerian Kewangan atau KWSP sendiri.

Update: Bulan Mei mula dilancarkan akaun 3 KWSP

Berkenaan Akaun Fleksibel KWSP untuk Pencarum KWSP

Apakah Mekanisme Pelaksanaan Akaun Fleksibel KWSP?

image 431

Dengan pengenalan pelaksanaan akaun fleksibel KWSP ini kerajaan akan mengkaji mekanisme yang terbaik untuk rakyat Malaysia mencarum KWSP. Ini adalah kerana kerajaan secara tegas untuk melindungi daripada rakyat malaysia mengusik wang yang ada pada akaun 1 dan akaun 2 KWSP sebelum mencapai tempoh matang untuk persediaan hari tua nanti.

Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme yang sesuai untuk akaun fleksibel KWSP dengan lebih mudah di akses tanpa mengira status seseorang pencarum dan mekanisme yang akan diperkenalkan adalah dengan menentukan sama ada pengenalan akaun ini akan menyelamat atau membazirkan wang saraan pencarum yang mana kerajaan sarankan hanya keluarkan ketika kecemasan sahaja. 

Apakah Ciri-ciri Akaun 3 KWSP?

Terdapat beberapa ciri-ciri untuk akaun 3 KWSP yang perlu anda ketahui. Namun, ciri-ciri ini belum dimuktamadkan sepenuhnya. Berikut adalah penerangan ciri-ciri akaun 3 atau akaun fleksibel KWSP:

  • Bertujuan untuk digunakan ketika perlu dan waktu kecemasan.
  • Merupakan pilihan untuk pencarum yang sedia ada dan tidak wajib.
  • Boleh membuat pemindahan dari akaun 1 dan akaun 2 ke akaun 3.
  • Akaun 3 muingkin menawarkan dividen yang lebih rendah daripada akaun 1 dan akaun 2.
  • Boleh membuat caruman antara 3% ke 5% untuk akaun 3 yang boleh dikreditkan secara automatik seperti disarankan oleh KWSP.

Kerajaan akan terus mengkaji demi kepentingan semua pencarum dan berharap agar pengenalan akaun fleksibel KWSP ini sangat membantu para pencarum ketika memerlukan.

Soalan FAQs Berkenaan Akaun Fleksibel KWSP

Bagaimanakah mohon akaun 3 atau fleksibel KWSP?

Kerajaan akan umumkan bermula tahun 2024, permohonan akan diselaras dan boleh dirujuk oleh KWSP.

Adakah berbaloi buka akaun 3 KWSP?

Bergantung keperluan seseorang. Simpanan KWSP adalah untuk hari tua dan akaun 3 berfungsi sebagai tempat kecemasan sahaja.

Bila akaun 3 akan dibuka?

Dijangkakan bulan april tahun 2024 kerajaan akan melaksanakan akaun 3.

Apakah manfaat yang diperoleh dari akaun 3?

Pencarum dapat mengeluarkan simpanan ketika perlu dan kecemasan.

Berapakah kadar dividen akaun 3?

Pihak KWSP maklumkan mungkin dividennya adalah lebih rendah dari akaun 1 dan akaun 2.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati