Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pertukaran Guru Sukar Lulus Kerana 18 Perkara yang Merenyahkan di KPM

thumbnail 22

Login EGTUKAR GURU

Login EgTukar Guru

Klik untuk LOG IN ke EGTUKAR GURU

18 Perkara yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Urusan Pertukaran Guru (eGTukar) ini dipetik daripada soalan yang lazim dikemukakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berkaitan urusan pertukaran guru berserta jawapannya daripada pihak Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan soalan-soalannya :

  1. APAKAH KRITERIA YANG MELAYAKKAN GURU UNTUK LULUS BERTUKAR KE NEGERI YANG DIMOHON?

Jawapan

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  4. APAKAH JENIS GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI MODUL E-GTUKAR?

Jawapan

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada

  1. Guru Penolong Gred DG29
  2. DG32 (KUP Time-based)
  3. DG34 (KUP Time-based)
  4. DG38 (KUP Time-based)
  5. DG41
  6. DG42
  7. DG44 (KUP Time-based)
  8. DG48 (KUP Time-based)
  9. DG52 (KUP Time-based)
  10. DG54 (KUP Time-based)

Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;

2.1 Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

  1. MENGAPAKAH SAYA GAGAL DALAM PERMOHONAN PERTUKARAN?

Jawapan

Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  4. BILAKAH KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN AKAN DIUMUMKAN?

Jawapan:

Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul eGTukar secara dalam talian.

  1. BERAPA LAMAKAH    TEMPOH      PERKHIDMATAN YANG            MELAYAKKAN SESEORANG GURU ITU LULUS BERTUKAR?

Jawapan:

Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

  1. ADAKAH GURU BOLEH MEMOHON PERTUKARAN KE DAERAH/SEKOLAH YANG DIINGINI SEKIRANYA MENGETAHUI TERDAPAT KEKOSONGAN DI DAERAH/SEKOLAH TERSEBUT?

Jawapan:

Guru boleh memohon bertukar ke daerah/sekolah yang dibuka bagi Pertukaran Guru bagi Tahun 2017. Kelulusan akan mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen.

  1. APAKAH ALASAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK LULUS PERMOHONAN PERTUKARAN?

Jawapan:

Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Walau bagaimanapun, semua alasan yang dikemukakan mempunyai merit/wajaran dan diambil kira dalam pertimbangan kelulusan pertukaran.

  1. ADAKAH PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA BOLEH DILAKSANAKAN?

Jawapan:

Tiada pertukaran suka sama suka.

  1. MENGAPAKAH PERTUKARAN       SUKA            SAMA            SUKA            TIDAK       BOLEH DILAKSANAKAN?

Jawapan:

Kelulusan pertukaran mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen daerah/ sekolah yang dimohon.

10.ADAKAH PERMOHONAN PERTUKARAN SAYA TIDAK AKAN DILULUSKAN SECARA       AUTOMATIK           SEKIRANYA            PENGETUA/GURU           BESAR         TIDAK MENYOKONG PERMOHONAN TERSEBUT?

Jawapan:

Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/guru besar masih boleh dipertimbangkan berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

11.BOLEHKAH SAYA MEMBUAT RAYUAN SEKIRANYA PERMOHONAN PERTUKARAN SAYA TIDAK DILULUSKAN?

Jawapan:

Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.

12.ADAKAH SAYA BOLEH MEMBATALKAN KELULUSAN PERTUKARAN SEANDAINYA SAYA TIDAK JADI BERTUKAR?

Jawapan:

Kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

13.SEKIRANYA SAYA TELAH LULUS PERTUKARAN TETAPI TIDAK MELAPOR DIRI DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL TERHADAP SAYA?

Jawapan:

Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

14.KEPADA SIAPAKAH YANG PERLU DIRUJUK SEKIRANYA SAYA MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENGAKSES MODUL E-GTUKAR.

Jawapan:

Soalan mengenai pertukaran guru Anda boleh merujuk kepada;

Jenis SekolahPihak Yang Dirujuk
Sekolah Rendah Harian (SK, SJKC dan SJKT) dan Sekolah Menengah HarianPejabat         Pendidikan        Daerah

/Jabatan Pendidikan Negeri

SABK(R), SABK(M) dan SMKABahagian     Pendidikan     Islam      /

Jabatan Pendidikan Negeri

Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah TeknikBahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Vokasional

Bahagian     Pendidikan     Khas      /

Jabatan Pendidikan Negeri

Sekolah Berasrama PenuhBahagian     Pengurusan     Sekolah

Berasrama Penuh dan Sekolah

Kecemerlangan

Sekolah SeniBahagian         Kokurikulum         dan

Kesenian

Sekolah SukanBahagian Sukan

15.SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN PERTUKARAN SELEPAS TARIKH TUTUP PERTUKARAN ATAS ALASAN ARAHAN PERKHIDMATAN PASANGAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Jawapan:

Pemohon perlu mengisi borang permohonan secara manual yang terdapat di Modul eG-Tukar dan mendapat pengesahan Pengetua/Guru Besar. Seterusnya, menghantar borang permohonan tersebut  ke JPN untuk tindakan kunci masuk.

16.APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBATALKAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU?

Jawapan:

Pembatalan permohonan boleh dilakukan oleh :

  1. Pemohon sendiri – sekiranya permohonan pertukaran tersebut belum dibuat pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar
  2. PPD/JPN semasa – sekiranya permohonan pertukaran tersebut telah dibuat pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar

17.SEKIRANYA SAYA INGIN MEMBUAT PINDAAN PADA PERMOHONAN SAYA, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Jawapan:

Pemohon perlu membatalkan permohonan asal dan membuat permohonan semula dengan pindaan yang ingin dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

18.SAYA INGIN MEMBUAT PENANGGUHAN MULA BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU, SIAPAKAH YANG PERLU SAYA RUJUK?

Jawapan:

Guru yang ingin memohon penangguhan mula bertugas perlu melapor  diri kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan penangguhan kepada Pengetua/Guru Besar sekolah baharu. Pengetua/Guru  Besar sekolah baharu boleh memberi  pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

Pertukaran Guru Bukan Bersifat Nasib

pertukaran guru
Pertukaran Guru

Seperti yang kita tahu, ramai pihak menyelar bahagian penempatan para guru kerana kita tidak tahu apakah faktor-faktor jelas yang memberikan kelebihan guru untuk berjaya dalam permohonan pertukaran guru yang dibuat. Namun begitu, apa yang jelas ianya bukan bersifat nasib baik sahaja!

Mengikut bahagian pertukaran guru di Putrajaya, setiap borang permohonan dinilai dan dilihat secara serius dan pihak mereka membuat pertimbangan yang wajar supaya tiada pihak yang teraniaya.

Sebagai contoh, adalah tidak adil untuk pertukaran guru yang baru bertugas di pedalaman atau dimana-mana lokasi untuk ditukarkan segera atas faktor peribadi yang tidak memudaratkan. Namun begitu, jika ianya melibatkan faktor kesihatan diri atau pasangan maka ianya akan menjadi faktor besar untuk permohonanan tersebut diluluskan. Mengulas mengenai senioriti pula, memang faktor itu menjadi salah satu faktor utama juga.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati

Diucapkan semoga berjaya kepada semua guru yang telah mengisi pertukaran antara negeri dan dalam negeri.Pertukaran Guru Sukar Lulus Kerana 18 Perkara yang Merenyahkan di KPM