Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar dan Public Holiday 2024 Serta Template Kalendar yang Anda Boleh Download dan Guna Percuma

public holiday 2024
Kalendar dan Public Holiday 2024 Serta Template Kalendar yang Anda Boleh Download dan Guna Percuma 17

Public holiday 2024 dan juga kalendar rasmi telah dikeluarkan secara rasmi sebagai inisiatif bagi perancangan awal untuk rakyat Malaysia menyelidiki dan membuat perancangan yang lebih baik bagi tahun 2024.  Untuk makluman semua, kita boleh merancang perancangan berdasarkan public holiday 2024 untuk bagi urusan percutian, servis tahunan kereta dan lain-lain lagi untuk dirancang.

Untuk menyemak kalendar bagi tahun 2024 yang rasmi anda boleh rujuk maklumat yang kami kongsikan secara lengkap untuk kegunaan tahun hadapan anda. 

Kalendar dan Cuti Umum Tahun Baharu 2024

Fakta Tahun 2024

Bagi tahun 2024, ia dikenali sebagai tahun lompat atau leap year bersandarkan peraturan dari kalendar gregorian. Jadi menariknya untuk tahun 2024 akan ada satu hari lebihan iaitu di tanggal 29 Februari yang disahkan sebagai leap day, oleh itu, akan ada 366 hari berbanding dengan tahun biasa sebelum ini iaitu 365 hari.

Kalendar dan Public Holiday 2024

Untuk tahun 2024, telah disusun secara teliti dengan pengkelasan cuti mengikut negeri. Kini, anda boleh rancang dan memanfaatkan kalendar yang kami sediakan untuk memudahkan urusan perancangan tahun 2024. Berikut adalah kalendar lengkap tahun 2024;

Cuti Bulan Januari

Public Holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
1 Jan 2024IsninTahun BaruSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, & Terengganu
14 Jan 2024AhadHari Keputeraan YDPB N. SembilanNegeri Sembilan
15 Jan 2024IsninCuti Hari Keputeraan YDPB N. SembilanNegeri Sembilan
25 Jan 2024KhamisHari ThaipusamJohor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, & Selangor

Cuti Bulan Februari

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
1 Feb 2024KhamisHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
8 Feb 2024KhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu
10 Feb 2024SabtuTahun Baru CinaSemua Negeri
11 Feb 2024AhadTahun Baru Cina Hari KeduaSemua Negeri
12 Feb 2024IsninCuti Tahun Baru CinaSemua Negeri kecuali Johor & Kedah
20 Feb 2024SelasaHari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka

Cuti Bulan Mac

mac 2024 1
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
4 Mac 2024IsninHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
12 Mac 2024SelasaAwal RamadanJohor, Kedah & Melaka
23 Mac 2024SabtuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
28 Mac 2024KhamisHari Nuzul Al-QuranSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak
29 Mac 2024JumaatGood FridaySabah & Sarawak

Cuti Bulan April

april 2024 1
Kalendar dan Public Holiday 2024 Serta Template Kalendar yang Anda Boleh Download dan Guna Percuma 18
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
10 Apr 2024RabuHari Raya AidilfitriSemua Negeri
11 Apr 2024KhamisHari Raya Aidilfitri Hari KeduaSemua Negeri
26 Apr 2024JumaatHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu

Cuti Bulan Mei

Public holiday 2024
Kalendar dan Public Holiday 2024 Serta Template Kalendar yang Anda Boleh Download dan Guna Percuma 19
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
1 Mei 2024RabuHari PekerjaSemua Negeri
17 Mei 2024JumaatHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 Mei 2024RabuHari Hol PahangPahang
22 Mei 2024RabuHari WesakSemua Negeri
23 Mei 2024KhamisCuti Hari Hol PahangPahang
30 Mei 2024KhamisPesta KaamatanLabuan & Sabah
31 Mei 2024JumaatPesta Kaamatan Hari KeduaLabuan & Sabah

Cuti Bulan Jun

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
1 Jun 2024SabtuHari GawaiSarawak
2 Jun 2024AhadHari Gawai Hari KeduaSarawak
3 Jun 2024IsninHari Keputeraan YDP AgongSemua Negeri
4 Jun 2024SelasaHari Gawai Hari KeduaSarawak
16 Jun 2024AhadHari ArafahKelantan & Terengganu
17 Jun 2024IsninHari Raya HajiSemua Negeri
18 Jun 2024SelasaHari Raya Haji Hari KeduaKedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
30 Jun 2024AhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah

Cuti Bulan Julai

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
7 Jul 2024AhadHari Bandar Warisan Dunia GeorgetownPulau Pinang
7 Jul 2024AhadAwal MuharramSemua Negeri
8 Jul 2024IsninCuti Awal MuharramSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
9 Jul 2024SelasaCuti Hari Bandar Warisan Dunia GeorgetownPulau Pinang
13 Jul 2024SabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
22 Jul 2024IsninHari SarawakSarawak
30 Jul 2024SelasaHari Keputeraan Sultan PahangPahang

Cuti Bulan Ogos

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
11 Ogos 2024AhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
24 Ogos 2024SabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
31 Ogos 2024SabtuHari KebangsaanSemua Negeri

Cuti Bulan September

public holiday 2024
Kalendar dan Public Holiday 2024 Serta Template Kalendar yang Anda Boleh Download dan Guna Percuma 20
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
1 Sep 2024AhadCuti Hari KebangsaanKelantan & Terengganu
16 Sep 2024IsninMaulidur RasulSemua Negeri
16 Sep 2024IsninHari MalaysiaSemua Negeri
17 Sep 2024SelasaCuti Hari MalaysiaSemua Negeri
29 Sep 2024AhadHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
30 Sep 2024IsninHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari KeduaKelantan

Cuti Bulan Oktober

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
5 Okt 2024SabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabah
12 Okt 2024SabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak
31 Okt 2024KhamisHari DeepavaliSemua Negeri kecuali Sarawak

Cuti Bulan November

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
1 Nov 2024JumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak

Cuti Bulan Disember

public holiday 2024
TarikhHariPublic Holiday 2024Negeri
11 Dis 2024RabuHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 Dis 2024SelasaCuti Hari NatalSabah
25 Dis 2024RabuHari KrismasSemua Negeri

Tip dan Perancangan Awal Tahun 2024

Tarikh-tarikh Tahun 2024 Yang Menarik Untuk Merancang Cuti dan Majlis Tunang / Kahwin

Merancang cuti adalah perkara yang seronok kerana kita boleg berfikir untuk bergembira sahaja. Untuk tahun 2024, terdapat hari-hari yang istimewa dan kelebihan kita boleh rancang cuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, seorang pengguna X yang dikenali sebagai iHarizHaziq telah berkongsi dengan komuniti X mengenai cuti hujung minggu yang berpotensi panjang pada tahun 2024.

Januari

TarikhHariPublic Holiday 2024 (PH)/Cuti Hujung Minggu
25 Jan (Thu)KhamisThaipusam (PH)
26 Jan (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
27 Jan (Sat)SabtuHujung Minggu
28 Jan (Sun)AhadHujung Minggu

Februari

TarikhHariPublic Holiday 2024 (PH)/Cuti Hujung Minggu
1 Feb (Thu)KhamisHari Wilayah Persekutuan (KL SAHAJA) (PH)
2 Feb (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
3 Feb (Sat)SabtuHujung Minggu
4 Feb (Sun)AhadHujung Minggu
9 Feb (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
10 Feb (Sat)SabtuTahun Baru Cina (PH)
11 Feb (Sun)AhadTahun Baru Cina (PH)
12 Feb (Mon)IsninTahun Baru Cina (PH)
13 Feb (Tue)SelasaMemohon Cuti Tahunan/MC (Pilih salah satu)

Mac

TarikhHariPublic Holiday 2024 (PH)/Cuti Hujung Minggu
28 Mac (Thu)KhamisNuzul Al Quran (PH) * Bergantung pada syarikat
29 Mac (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
30 Mac (Sat)SabtuHujung Minggu
31 Mac (Sun)AhadHujung Minggu

April

TarikhHariPublic Holiday 2024 (PH)/Cuti Hujung Minggu
10 Apr (Wed)RabuHari Raya Aidilfitri (PH)
11 Apr (Thu)KhamisHari Raya Aidilfitri (PH)
12 Apr (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
13 Apr (Sat)SabtuHujung Minggu
14 Apr (Sun)AhadHujung Minggu
15 Apr (Mon)IsninMemohon Cuti Tahunan/MC (Jika diperlukan)

Julai

TarikhHariPublic Holiday 2024 (PH)/Cuti Hujung Minggu
5 Jul (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
6 Jul (Sat)SabtuHujung Minggu
7 Jul (Sun)AhadAwal Muharram (PH)
8 Jul (Mon)IsninAwal Muharram (PH)

Oktober – November

TarikhHariPublic Holiday 2024 (PH)/Cuti Hujung Minggu
31 Okt (Thu)KhamisDeepavali (PH)
1 Nov (Fri)JumaatMemohon Cuti Tahunan/MC
2 Nov (Sat)SabtuHujung Minggu
3 Nov (Sun)AhadHujung Minggu

Jadual ini dapat membantu anda merancang percutian, cuti bersama keluarga, atau aktiviti yang lain dengan lebih terancang, terutamanya apabila cuti umum jatuh berdekatan dengan hujung minggu. Pastikan untuk menyemak dan mengesahkan tarikh-tarikh ini dengan kalendar rasmi kerajaan atau syarikat anda sebelum membuat sebarang perancangan.

Rancang Perancangan Tahun 2024 Guna Template Kalendar Percuma

kalendar 2024 sistemguruonline.my

Merancang cuti tahunan 2024 adalah sesuatu yang sangat berguna dan bermanfaat untuk memastikan perancangan kita berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa cara yang terbaik untuk kita rancang dan jadikan panduan untuk tahun 2024. Rancang cuti Public Holiday 2024 adalah satu kemestian jika kita ingin mempunyai tahun 2024 yang memberi kebahagiaan.

Dalam panduan yang akan dikongsikan ini, kita akan menjelaskan cara mengatur kalendar rancangan tahun 2024 anda secara terperinci dan peringatan penting yang anda kena ambil cakna.

Bina Matlamat dan Sasaran Untuk Dicapai

public holiday 2024

Sebelum anda menconteng kalendar anda atau mencatat apa-apa hendaklah anda menetapkan terlebih dahulu matlamat dan azam tahun baru yang hendak anda capai bagi tahun 2024. 

Persoalan mengenai matlamat dan Sasaran adalah berdasarkan keperluan individu yang boleh dipertimbangkan kemampuan untuk mencapai keinginan dan matlamat tersebut.  Andai kata tahun 2024 azam anda adalah untuk menjadi kurus. Maka, anda boleh membuat satu track-record bermula tarikh bila anda bermula dan bila anda bakal mencapai sasaran tersebut.

Begitu juga dengan perancangan lain-lain melibatkan urusan keluarga dan peribadi yang anda boleh catatkan awal-awal sebelum menjelang tahun 2024. Bagus untuk anda mempunyai perancangan yang lebih awal sesuai, dengan kata pepatah ” Sediakan payung sebelum hujan”.

Tandakan Tarikh-Tarikh Penting Sebagai Peringatan

Memasuki tahun 2024 adalah penting untuk anda pertimbangkan dan menyenaraikan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ingati supaya tidak terlepas pandang. Pembahagian tarikh penting perlu diikutkan dengan keperluan peribadi dan keperluan keluarga.

Jika untuk urusan peribadi, anda boleh catatkan di kalendar mengenai tarikh luput lesen kereta, roadtax, servis tahunan kereta dan lain. Untuk urusan keluarga adalah perlu untuk diberi peringatan seperti tarikh kelahiran ahli keluarga , ulang tahun perkahwinan dan lain-lain.

Guna Aplikasi Sebagai Peringatan (Set Reminder)

public holiday 2024
Kalendar dan Public Holiday 2024 Serta Template Kalendar yang Anda Boleh Download dan Guna Percuma 21

Boleh guna telefon anda untuk tetapkan tarikh-tarikh penting dan peristiwa yan anda perlu ingat. Sebagai contoh, anda boleh tetapkan pada tarikh tertentu dalam bulan September dan anda menetapkan untuk memberi peringatan sebagai Alam pada pukul lapan pagi hari kejadian.

Berikut adalah perkara yang anda boleh tetapkan sebagai peringatan di telefon:

  • Tarikh ulangtahun perkahwinan
  • Servis tahunan kenderaan
  • Perbaharui lesen kenderaan LKM
  • Tukar filter mesin penapis air
  • Lain-lain yang boleh dipertimbangkan

Merancang Cuti dan Buat Permohonan Cuti Lebih Awal

Kebiasaan tahun yang mendatang bagi para pekerja mempunyai asbab yang tersendiri untuk memilih mana-mana hari sebagai waktu untuk merehatkan minda daripada kesibukan kerja.

Saranan kepada pekerja sektor swasta dan kerajaan anda boleh membuat pertimbangan awal untuk memohon cuti tahunan daripada majikan anda bekerja dengan lebih awal agar tidak bertembung dengan permohonan rakan sekerja lain. jadi lebih baik anda tetapkan lebih awal supaya tidak terlepas tarikh yang anda mahu.

Perancangan tahunan sangatlah penting, segala urusan dan pekerjaan akan terlihat mudah dan ringan dengan mengambil inisiatif rancangan awal. Oleh itu, mudahkan kerja anda dengan penggunaan kalendar dan jadikan tahun baharu sebagai titik permulaan anda bermula kearah yang lebih baik. Semoga perancangan tahun 2024 anda berjalan dengan lancar!

Soalan FAQs Berkenaan Kalendar Tahun 2024

1. Apa tarikh permulaan dan tamat tahun 2024?

Tahun 2024 bermula pada hari Isnin, 1 Januari 2024, dan tamat pada hari Selasa, 31 Disember 2024.

2. Adakah tahun 2024 tahun lompat?

Ya, tahun 2024 adalah tahun lompat. Ia adalah tahun dengan 366 hari.

3. Apa tarikh-tarikh cuti awam yang penting pada tahun 2024 di Malaysia?

Jadual cuti awam mengikut negeri berbeza. Beberapa tarikh cuti penting termasuk Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Hari Wilayah Persekutuan, Hari Kebangsaan, dan lain-lain. Sila rujuk jadual cuti awam yang ditetapkan oleh kerajaan untuk maklumat lanjut.

4. Adakah tahun 2024 mempunyai perayaan khas atau peristiwa penting di peringkat antarabangsa?

Tahun 2024 akan menyaksikan beberapa peristiwa penting antarabangsa seperti Sukan Olimpik Musim Panas di Paris, dan untuk yang lain adalah bergantung kepada isu-isu semasa dan perubahan peringkat global.

5. Adakah terdapat perubahan kalendar gregorian pada tahun 2024?

Kalendar gregorian adalah kalendar yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, dan tahun 2024 mengikuti kalendar ini tanpa perubahan yang jelas.

6. Adakah tarikh cuti ini berlaku pada tahun 2024 di semua negara?

Tarikh cuti umum adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara berbeza. Jadual cuti awam yang dinyatakan di atas adalah untuk Malaysia. Setiap negara mempunyai jadual cuti awamnya sendiri.

7. Bagaimana saya boleh menyusun jadual peribadi saya untuk tahun 2024?

Untuk menyusun jadual peribadi anda, pertimbangkan matlamat peribadi, kerja, dan keluarga. Gunakan kalendar sebagai panduan, tetapi selaras dengan perancangan dan keutamaan anda sendiri.

8. Adakah cuti sekolah di Malaysia seragam di seluruh negeri?

Cuti sekolah boleh berbeza mengikut negeri. Sila rujuk kepada kalendar sekolah negeri anda kerana ia mungkin mempunyai perbezaan dalam tarikh cuti memandangkan terdapat dua kumpulan negeri iaitu kumpulan A dan B.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati