Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan dan Cara Bayar Fidyah

PUASA
Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan dan Cara Bayar Fidyah 4

Apakah hukum berbuka puasa dalam bulan Ramadhan? Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Puasa di bulan Ramadan wajib dilaksanakannya oleh setiap orang Islam yang mukallaf, meninggalkannya tanpa uzur adalah berdosa besar. Artikel ini menerangkan hukum berbuka puasa di bulan Ramadhan, golongan yang diberi kelonggaran berbuka puasa, cara ganti puasa dan cara bayar fidyah

Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan

Haram adalah hukum berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa uzur. Hal ini jelas seperti mana yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: Terbinanya Islam itu atas lima perkara; syahadah bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang berbuka puasa satu hari pada bulan Ramadan tanpa uzur atau sakit ia tidak akan mendapat kelebihan yang sama dengan satu hari bulan Ramadan sekalipun ia  mengqadhakannya semula sepanjang tahun” (H.R. Bukhari)(Fiqhu al Sunnah :1/267).

Ibn Hajar al-Haitami menyebutkan bahawa betapa besarnya kesalahan meninggalkan puasa dengan sengaja terutamanya di bulan Ramadhan.

Hal ini jelas seperti yang disebutkan beliau: Dosa besar yang ke 140 dan 141, meninggalkan puasa pada salah satu hari daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan, dan berbuka puasa padanya dengan persetubuhan atau selainnya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit atau bermusafir.

Golongan yang Diberi Kelonggaran Berbuka Puasa

Hukum berbuka puasa kepada golongan yang diberi rukhsah adalah bukan haram. Berikut adalah golongan yang diberi rukhsah berbuka puasa:

1. Orang yang sakit yang tidak mampu berpuasa:
Boleh berbuka dan wajib qadha semula sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadan.
2. Orang yang dalam musafir yang diharuskan dengan jaraknya sah sembahyang Qasar iaitu lebih kurang 90 km:
Boleh berbuka dan wajib qadha semula sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadan. Namun jika tidak menghadapi kesusahan dalam musafir, berpuasa lebih baik daripada berbuka.
3. Orang yang sedang mengandung atau yang sedang menyusu:
a – Jika bimbang terhadap kesihatan dan keselamatan diri mereka sendiri, atau diri dan anak mereka, boleh berbuka dan wajib qadha semula sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadhan.
b – Jika bimbang terhadap kesihatan dan keselamatan anak mereka, boleh berbuka dan wajib qadha semula serta membayar fidyah satu cupak sehari sebanyak bilangan hari yang ia tinggalkan itu selepas bulan Ramadan.
4. Orang tua dan orang sakit yang tidak ada harapan sembuh yang tidak mampu berpuasa:
Boleh berbuka dan wajib membayar fidyah satu cupak sehari sepanjang bulan Ramadhan
(Al Fiqhu al Manhaji:1/92-94 dan Fiqhu al Sunnah:1/271-272).
278121706 5080378088685574 7471732760150603901 n
Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan dan Cara Bayar Fidyah 5

Cara Ganti Puasa

Walaubagaimanapun, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa dengan sengaja dan mempunyai kesedaran untuk bertaubat kepada Allah SWT. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja hendaklah bertaubat kepada Allah, dan menyesal di atas perbuatan tersebut. Seterusnya mereka wajib menggantikan puasa pada hari-hari yang ditinggalkan. Berikut golongan yang wajib ganti puasa:

1. Orang sakit tidak mampu berpuasa: Wajibkan qada puasa yang ditinggalkan selepas sembuh.
2. Tidak berpuasa disebabkan dalam permusafiran jauh melebihi dua marhalah: Wajib qada’ puasa.
3. Wanita tidak berpuasa kerana kedatangan haid atau nifas: Wajib menggantikan puasa selepas suci.
4. Perempuan mengandung atau menyusukan anak: Mereka dibenarkan untuk tidak berpuasa sama ada bimbang terhadap dirinya sendiri atau takut sesuatu terjadi kepada bayinya.
273526089 7008333865874640 8195694948329249492 n
Hukum Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan dan Cara Bayar Fidyah 6

Cara Bayar Fidyah

Ulama bersepakat menyatakan bahawa waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Individu yang lambat menggantikan puasanya hingga telah tiba bulan Ramadhan tahun berikutnya pula akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib mengqadha’ puasa yang ditinggalkan.

CARA KIRA FIDYAH
Sebagai contoh, misalnya Lembaga Zakat Selangor meletakkan nilai secupak beras adalah RM 4.00 untuk kiraan fidyah di Selangor.
Jadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah :
RM 4.00 (1 cupak ) X 3 hari = RM 12.00

Jika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun 2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :
RM 4.00 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 48.00

Soalan FAQs Berkenaan Hukum Berbuka Puasa

Apakah hukum berbuka puasa dalam bulan Ramadhan?

Hukum berbuka puasa adalah haram.

Apakah golongan yang wajib ganti puasa?

Orang yang sakit tidak mampu berpuasa, musafir, wanita haid atau nifas, dan wanita yang menyusukan anak.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati