Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 23 Mei 2021 (Ahad, jam 11:59 malam). Oleh itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang dinyatakan berikut:

Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Pengawal Keselamatan
  • Gred: KP11
  • Jabatan: Perkhidmatan Awam Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan Dan Pertahanan Awam
  • Gred Jawatan: G19
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Pengawal Keselamatan KP11

Gaji Minimum RM 1,205.00
Gaji Maksimum RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Pengawal Keselamatan KP11

408502984 7262645507103478 7985061030827269632 n 1
Pengawal Keselamatan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00)

Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Fizikal / Pancaindera

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Iklan SPA PERAK Pengawal Keselamatan KP11

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan) No Tel : 05-2540615

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Permohonan Jawatan Pengawas Hutan G19 Dilanjutkan dan banyak lagi di laman web Sistem Guru Online

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11 ini bermanfaat untuk anda semua yang sedang mencari pekerjaan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. Anda boleh sahaja berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati