Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kemuliaan Surah Al Fatihah sebagai Ummul Quran dan Bersifat Ruqyah

surah al fatihah
Kemuliaan Surah Al Fatihah sebagai Ummul Quran dan Bersifat Ruqyah 5

Tahukah anda bahawa isi kandungan Al-Quran secara ringkas berada di dalam Surah Al Fatihah? Surah Al Fatihah mempunyai kemuliaan yang sangat tinggi dan kemuliaan sehingga dikenali sebagai Ummul Quran (Ummul Kitab). Ayat-ayat daripada surah Al Fatihah juga mampu menjadi ruqyah (penawar) penyakit rohani dan jasmani. Dalam artikel kali ini, penulis akan menerangkan apakah itu surah Al Fatihah, lafaz rumi surah Al Fatihah, terjemahannya dan cara ruqyah dengan surah Al Fatihah.

Apakah itu Surah Al Fatihah?

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam Al-Quran yang terdiri dari tujuh ayat. Surah Al Fatihah telah diturunkan di Makkah dan tergolong dalam surah Makkiyah. Surah Makkiyah adalah surah atau ayat yang diturunkan sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah.

Surah Al Fatihah disebut sebagai ummul Quran atau induk Al-Quran, kerana isi kandungan atau maksud yang terkandung telah merangkumi kesemua keseluruhan surah-surah di dalam Al Quran. Surah Al Fatihah merupakan surah yang paling mulia dalam Al-Quran.

Surah Al Fatihah adalah surah wajib dibaca pada setiap rakaat dalam solat, samada solat fardhu mahupun solat sunat. Rasulullah saw bersabda:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya: "Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (Al-Fatihah)." (HR. Bukhari No.756 dan Muslim No.394)

Surah Al Fatihah Dalam Rumi

368754680 793766835783057 8665319302242265567 n
Kemuliaan Surah Al Fatihah sebagai Ummul Quran dan Bersifat Ruqyah 6

Berikut merupakan lafaz rumi surah Al Fatihah:

1. Bismillahirrahmanirrahim
2. Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin
3. Ar-Rahmanir-Rahim
4. Maliki yawmi-d-din
5. Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
6. Ihdinas-siratal mustaqim
7. Siratal ladhina an’amta ‘alaihim ghayril-maghdubi ‘alaihim walad-dallin

Terjemahan Surah Al Fatihah

55460066 1352309214907097 3441453510695059456 n
Kemuliaan Surah Al Fatihah sebagai Ummul Quran dan Bersifat Ruqyah 7
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Cara Ruqyah Menggunakan Surah Al Fatihah

Imam al-Nawawi berkata bahawa sunat membaca surah al Fatihah kepada orang yang sakit. Penyataan ini berdasarkan hadith Nabi SAW:

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

Maksudnya: Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah (Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201).

Berdasarkan kitab Syarh Riyadhus Sholihin (4:617) karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin, beliau menulis bahawa terdapat dua syarat surah Al Fatihah boleh dijadikan sebagai bacaan ruqyah, iaitu:

  1. Pembacanya harus mengimani bahawa Al-Fatihah adalah bacaan yang bermanfaat untuk ruqyah.
  2. Orang yang sedang sakit dan yang dibacakan tersebut harus mengimani bahawa ruqyah dengan surah Al-Fatihah bermanfaat baginya.

Sebelum membaca surah Al Fatihah untuk ruqyah, anda perlu berada dalam keadaan khyusyuk, tawakal kepada Allah swt, dan niat dengan niat yang baik. Dengan izin Allah swt surah Al Fatihah menjadi penawar kepada penyakit yang dialami.

Cara Ruqyah dengan Surah Al Fatihah
1. Baca surah Al Fatihah sebanyak 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan selalu mengingati kita
2. Baca surah Al Fatihah sebanyak 41 kali, ditiupkan ke dalam air dan minum serta dibuat air mandian:
Dapat melepaskan rasa sakit dalaman
3. Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali dan usap di kepala orang sakit mental setiap pagi dan sebelum tidur:
Tujuan merawat orang berpenyakit mental
4. Baca Al Fatihah sebanyak 3 kali dan ditiup ke dalam segelas air, diminum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit:
Tujuan mengurangkan sakit yang keterlaluan
5. Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali dan sapu/pegang kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
6. Baca Al Fatihah sebanyak 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit mulut atau sapu kepada tempat yang sakit seperti luka berdarah, disengat lebah, atau jari terkepit pintu.
7. Baca surah ini 41 kali selepas solat Subuh kepada orang yang berpenyakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air liur. InsyaAllah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

Kredit: Rawatan Al-Mubin Syifa Al-Ikhlas

27973742 1812071685478944 2382427307928326558 n
Kemuliaan Surah Al Fatihah sebagai Ummul Quran dan Bersifat Ruqyah 8

Soalan FAQs Berkenaan Surah Al Fatihah

Dimanakan diturunkan surah Al Fatihah?

Makkah

Berapakah kandungan ayat dalam surah Al Fatihah?

Apakah antara sifat ruqyah surah Al Fatihah?

Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali dan usap di kepala orang sakit mental setiap pagi dan sebelum tidur: Tujuan merawat orang berpenyakit mental

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati