Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Jawatan Pengawas Hutan G19 Effective Mei 2021

Permohonan Jawatan Pengawas Hutan G19 Dilanjutkan

Permohonan Jawatan Pengawas Hutan G19 Dilanjutkan sehingga 23 Mei 2021 (Ahad, jam 11:59 malam). Jawatan Pengawas Hutan G19 ini merujuk kepada jawatan yang pernah ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada sebelum ini. Oleh hal yang demikian, pemohon yang telah membuat permohonan bagi jawatan ini dalam tempoh iklan yang ditutup pada 4 Mei 2021 lalu tidak perlu membuat permohonan semula. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Pengawas Hutan
  • Jabatan: Perkhidmatan Awam Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Gred Jawatan: G19
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Pengawas Hutan G19

Gaji Minimum RM 1,357.00
Gaji Maksimum RM 4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Pelantikan Pengawas Hutan G19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan
job 5382501 640 4

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah
    latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Dapatkan “Iklan Lanjut Tempoh Jawatan Pengawas Hutan G19”
di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: IKLAN-SPANPERAK-BIL2THN2021-LANJUTTEMPOH

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan) No Tel : 05-2540615

Selain itu, anda juga boleh dapatkan perkongsian artikel pendidikan seperti Koleksi Latihan Cekap Sifir Matematik ataupun Cara Memuat Naik Video Pengajaran PISMP 2021 Di Youtube dan banyak lagi di laman web Sistem Guru Online.

Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Pengawas Hutan G19 Dilanjutkan ini dapat memberi kesempatan kepada anda semua untuk merebut peluang memohon jawatan yang ditawarkan sementara masih belum tamat tempoh. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati