Tawaran pengambilan jawatan LGM Mei 2024 secara besar-besaran dibuka untuk semua permohonan pelbagai lapisan dan taraf akademik. Permohonan adalah boleh dirujuk dengan kadar segera melalui perkongsian yang kami sediakan untuk anda.
Anda boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan LGM Mei 2024 yang diwar-warkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia dengan tawaran kerja adalah tetap dan meliputi pelbagai lokasi dalam Malaysia.
Makluman Jawatan LGM Mei 2024
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan LGM Mei 2024
Bagi permohonan jawatan LGM Mei 2024, adalah dibuka peluang pekerjaan sebanyak 14 kekosongan berdasarkan pelbagai jawatan. Terdiri daripada jawatan minima PMR, SPM dan Diploma dengan taraf jawatan kosong adalah tetap dibawah LGM. Berikut adalah merupakan senarai jawatan kosong LGM :
JAWATAN | GRED | TARAF JAWATAN |
---|---|---|
Setiausaha Pejabat | N29 | Tetap |
Penolong Pegawai Tadbir | N29 | Tetap |
Penolong Pegawai Penyelidik | Q29 | Tetap |
Penolong Akauntan | W29 | Tetap |
Pembantu Kemahiran | H19 | Tetap |
Pembantu Penyelidik | N19 | Tetap |
Pembantu Penyelidik | N19 | Tetap |
Pembantu Tadbir (Kewangan) | W19 | Tetap |
Operator Loji | H11 | Tetap |
Pemandu Kenderaan | H11 | Tetap |
Pembantu Awam | H11 | Tetap |
Pengawal Keselamatan | KP11 | Tetap |
Pembantu Operasi | N11 | Tetap |
Tempoh Sah Permohonan Jawatan Kosong
Untuk pengetahuan anda, Jawatan LGM Mei 2024 dibuka untuk masa sekarang dan akan ditutup pada tarikh tutup 15 Mei 2024 dengan permohonan boleh dibuat secara atas talian dan perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia.
Calon boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tempoh permohonan jawatan tamat.
Syarat Kelayakan Permohonan
Bagi para calon boleh membuat permohon berdasarkan rujukan syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan oleh LGM:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
- Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Syarat Khusus
Syarat-syarat khusus adalah seperti di LAMPIRAN A. Anda boleh merujuk maklumat lanjut melalui siaran iklan yang dikongsikan dibahagian bawah.
- Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian melalui pautan dalam JADUAL 1 di bawah.
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.
- Permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke LGM.
- Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.
Berkenaan Permohonan Jawatan LGM Mei 2024
Semakan Maklumat Lanjut LGM
Untuk para pemohon, boleh merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong yang dibuka LGM ini melalui laman Web rasmi, Lembaga Getah Malaysia.
Panduan Mohon Jawatan Kosong LGM
Bagi membuat permohonan, berikut adalah cara mohon kerja di LGM:
- Untuk permohonan adalah berbeza mengikut gred.
- Permohonan dibahagikan kepada 3 jenis iaitu bagi jawatan gred 29, 19, dan 11.
- Untuk mohon jawatan gred 11 taraf PMR boleh semak pautan laman permohonan.
- Bagi permohonan gred 19 taraf SPM pula bolek semak laman permohonan.
- Untuk pemohon pemohon yang mempunyai kelayakan Diploma, anda boleh mohon jawatan gred 29.
Permohonan kerja di Lembaga Getah Malaysia ini akan ditutup pada 15 Mei 2024 dan para pemohon perlu mengemukakan dengan kadar segera. Semoga berjaya!
Catat Am
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
- Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Seksyen Perjawatan, Unit Pembangunan Sumber Manusia di talian 03-9206 2000:
- Cik Nur Hafizah binti Mohd Arifin/Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext: 2205)
- Encik Afiq Hafizi bin Ab Ghani (ext: 2204)