Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semak Status Pembayaran BPN 2.0

Semakan Status Pembayaran BPN 2.0 

semakan status pembayaran BPN 2.0

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 khusus untuk golongan B40 dan M40. Anda boleh membuat semakan status pembayaran fasa 2 BPN 2.0

BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional
kepada golongan berpendapatan B40 dan M40, untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini.

Pembayaran BPN 2.0 fasa 1 sebelum ini telah dibuat pada 12 Oktober 2020 dan kini pembayaran fasa 2 yang akan dibuat pada Januari 2021.

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

jumlah bayaran BPN 2.0 Fasa 2
  • B40: RM1000(jika fasa 1 anda suda terima RM700, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM300)
  • B40 BUJANG: RM500(jika fasa 1 anda suda terima RM350, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM150)
  • M40: RM600(jika fasa 1 anda suda terima RM400, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM200)
  • M40 BUJANG : RM300(jika fasa 1 anda suda terima RM200, maka untuk fasa 2 anda akan terima RM100)

Semakan Status BPN 2.0

Anda boleh membuat semakan status permohonan baru/rayuan serta status pembayaran dengan melayari laman rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua ( BPN 2.0 Fasa 2) akan dibuat pada Januari 2021. Bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus menurut kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Untuk makluman, tempoh Permohonan Baharu dan Rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.

Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?

Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020
sebelum ini. Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0. Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 – 15 November 2020

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini:

cara bayaran BPN 2.0 Fasa 2

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati