Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tawaran Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021

Tawaran Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021

Tawaran Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021 ini sedang dibuka permohonannya untuk para pelajar yang layak. Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat kerakyatan  dan kelayakan akademik yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa/Pinjaman Pelajaran Tahun 2021 di bawah program yang ditawarkan.

Penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, lulus temuduga, dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu. Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 18 April 2021 (Ahad) Jam 12.00 Tengahari.

Program yang Ditawarkan dibawah Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

  1. Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun 2021
  2. Biasiswa Program Perakaunan Profesional ACCA Tahun 2021
  3. Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat Tahun 2021 

Selain itu, Yayasan Terengganu turut mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat kerakyatan  dan kelayakan akademik yang ditetapkan untuk memohon Pinjaman Pelajaran TABUNG SISWA PELAJAR TERENGGANU  2021 dibawah skim yang ditawarkan.

Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu
Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

Skim pinjaman ini diwujudkan bagi membantu para pelajar persendirian (tiada penaja) di luar negara untuk menjelaskan Yuran Pengajian. Jumlah pinjaman yang ditawarkan berdasarkan amaun sebenar yuran pengajian (maksimum USD8,000.00 setahun) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.Pembiayaan adalah dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan/pengurangan bayar balik. Permohonan bagi skim pinjaman ini adalah dibuka sepanjang tahun.

Skim yang Ditawarkan

  1. Skim Pinjaman Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara
  2. Skim Pinjaman Pelajaran Top- Up IPTA
  3. Skim Pinjaman Pelajaran Secara One-Off/Top- Up IPTS Dalam Negara

Syarat Umum Kelayakan Permohonan

Hanya individu yang melepasi kesemua syarat ini layak untuk membuat permohonan biasiswa/pinjaman bagi setiap program yang ditawarkan.

  1.  Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  2. Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  3. Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  4. Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40)

Cara Permohonan Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 1
Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

Mana-mana pelajar yang telah melepasi syarat kelayakan boleh membuat permohonan biasiswa/pinjaman ini secara dalam talian seperti berikut:

  • Pelajar perlu membuat permohonan melalui pautan http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login
  • Log Masuk dan isikan segala butiran yang diperlukan sebelum membuat penghantaran.
  • Pelajar pertama kali boleh membuat Daftar Akaun baharu terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut bagi tawaran biasiswa/pinjaman ini boleh didapati menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021,  Biasiswa MyBrainSc 2021 , Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara 2021, ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021.

Semoga perkongsian Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu 2021 dapat membantu para pelajar yang layak untuk membuat permohonan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel dengan ahli keluarga, atau kenalai ramai yang layak untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati