Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan 2021

pembayaran bantuan insentif class=
pembayaran bantuan insentif

Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan ini merujuk kepada Pembayaran Bantuan Insentif Khas (BIK) Tahun 2020 bagi Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak. Pembayaran BIK Tahun 2020 kepada semua Penjawat Awam Persekutuan ini dijangka akan dilaksanakan pada penghujung bulan April 2021.

Details Mengenai Pembayaran Bantuan Insentif

Seperti yang sedia maklum, Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Insentif Khas (BIK) Tahun 2020 sebanyak RM500.00 kepada setiap seorang Penjawat Awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sarawak pada tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak  pada 13 November 2020 yang lalu.

Sebagai menghargai pengorbanan kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan yang telah menyumbang khidmat bakti di Sarawak, mereka akan dibayar insentif secara one-off RM500 pada suku pertama 2021. Berikut merupakan petikan ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 13 November lalu:

“Semasa pandemik Covid-19, anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan lain, bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjaga rakyat kita.

“Syukur Alhamdulillah, wabak Covid-19 telah dapat dikawal pada tahap yang baik,”.

“Mereka (petugas) telah mempertaruhkan keselamatan diri dan mengorbankan keselesaan. Terdapat juga ramai anggota perkhidmatan awam yang bekerja di belakang tadbir, namun bekerja dengan penuh tekun dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Kepada mereka semua, saya mengucapkan terima kasih.”

Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri Sarawak telah menyalurkan peruntukan tersebut kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak untuk tujuan pembayaran BIK Tahun 2020 berdasarkan syarat-syarat serta jumlah pegawai yang dikemukakan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak. Pembayaran BIK Tahun 2020 kepada semua Penjawat Awam Persekutuan dijangka akan dilaksanakan pada penghujung bulan April 2021.

Selain pembayaran bantuan insentif, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Diskaun Saman JPJ 70%, Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka, ataupun Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000.

Semoga perkongsian Pembayaran Bantuan Insentif Khas Bagi Penjawat Awam Persekutuan ini dapat memberi perkhabaran gembira buat golongan Penjawat Awam persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sarawak.

Senarai Bantuan Lain dari Kerajaan Madani

Kerajaan Madani merupakan kerajaan yang sangat prihatin kepada rakyat dengan menyediakan pelbagai bantuan khas kepada rakyat yang terjejas dengan masalah ekonomi global. Walaupun menerima pelbagai teguran, cemuhan dan kritikan dari pelbagai pihak namun pihak kerajaan tetap lurus maju kehadapan dalam menjalankan misi mereka untuk membentuk sebuah kerajaan Malaysia lebih berdaya saing.

Pada hari ini, setelah sekian lama menjadi kerajaan di negara kita nampaknya banyak inisiatif bantuan baru yang lebih produktif dan tersusun dibuat untuk membantu rakyat secara spesifik dan bersasar. Jadi pada kali ini kami akan kongsikan beberapa senarai bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan Madani ini.

Bantuan Warga Emas RM500

Untuk pengetahuan semua, bantuan RM500 One-Off ini akan dikreditkan secara bulanan kepada yang layak. Untuk memohon pula, pastikan anda mempunyai dokumen seperti yang berikut : 

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Dokumen lain boleh rujuk link dibawah

Permohonan Rumat PPRT 2023

Kini kerajaan Malaysia Madani telah membuka peluang lagi untuk memohon bantuan rumah PPRT bagi yang berkelayakan. Objektif utama bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga yang miskin dan miskin tegar.

Tuntutan Skim Khairat Kematian SKK 2023

Tarikh akhir tuntutan SKK dan penunaian bayaran SKK 2023 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

Bantuan RM300 BINGKAS

pembayaran bantuan insentif
pembayaran bantuan insentif

Kerajaan selalu komited untuk membantu rakyat dengan menyediakan inisiatif bantuan bagi memenuhi keperluan asasi harian rakyat.

Semoga perkongsian beberapa bantuan dari pihak kerajaan ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan. Sebenarnya ada banyak lagi bantuan yang diberikan, untuk lebih lanjut pastikan anda semua mengikuti channel telegram kami. Info pembayaran bantuan insentif juga akan dikongsikan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati