Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Diskaun Saman JPJ 70%

image 365
Diskaun Saman JPJ

Diskaun Saman JPJ 70% yang ditawarkan ini berlangsung selama dua bulan berkuat kuasa bermula 13 April 2020 sehingga 11 Jun 2021. Bersempena sambutan ulang tahun Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) yang ke-57, pihak JPJ telah menawarkan diskaun saman sebanyak 70% termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam. Pelaksanaan pengurangan bayaran saman ini dijalankan di semua pejabat JPJ (negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar atau UTC).

Menurut Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong selaku Menteri Pengangkutan, tawaran diskaun saman ini melibatkan 3.5 juta saman aktif yang telah dikenal pasti sejak 2010 sehingga Mac 2021. Berikut merupakan petikan ucapan beliau:

“Tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

“Ia membabitkan saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.”

Jenis Kesalahan yang Layak Diskaun Saman JPJ 70%

Tawaran diskaun ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah:

  1. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333),
  2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334),
  3. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715), serta
  4. Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  5. Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Kaedah Bayaran Diskaun Saman JPJ 70%

Individu atau khalayak umum yang terlibat dengan saman JPJ ini boleh melunaskannya dengan kadar diskaun sebanyak 70% melalui cara-cara seperti berikut:

Bayaran Secara Manual Diskaun Saman JPJ

  • Membuat bayaran secara hadir bersemuka ke kaunter bayaran JPJ di mana-mana cawangan pejabat JPJ seluruh negeri ataupun Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Bayaran Secara Dalam Talian Diskaun Saman JPJ

  • Pembayaran saman secara dalam talian boleh dilakukan menerusi perkhidmatan e-Services, Rilek, ataupun Myeg.

Anda boleh rujuk pautan rasmi Cara Membayar Saman JPJ untuk maklumat lanjut berkenaan pembayaran saman JPJ ini.

Aplikasi JPJeQ
sebagai Sistem Menunggu Giliran Dalam Talian 

JPJ juga memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ bagi mengelakkan 3C (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ.

Aplikasi secara mobile ini membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan pada sesuatu masa, serta menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.

Cara Semakan Saman JPJ

Anda juga boleh membuat semakan bagi saman JPJ secara dalam talian sahaja seperti langkah-langkah di bawah ini:

  1.  Anda perlu mengklik pautan rasmi Semakan Saman JPJ & AES ini.
  2. Kemudian pada kotak ‘Pilihan Carian‘, anda boleh memilih sama ada NO. ID SAHAJA ataupun NO. ID DAN NO. KENDERAAN. NO. ID tersebut merujuk kepada nombor kad pengenalan diri masing-masing. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Kempen Bayar Saman Dilanjutkan Sehingga 15 April, 695 Kekosongan Jawatan SPANS, ataupun Bantuan MyKasih Kapital Kini Dibuka.

Diharapkan perkongsian Diskaun Saman JPJ 70% ini dapat memberi infomasi semasa dan lengkap kepada para pembaca yang boleh memanfaatkan peluang emas ini. Anda semua digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, atau sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati