Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) Bagi Kematian Keluarga Bagi Tahun 2023

Kerajaan Menyediakan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) Bagi Kematian Keluarga Bagi Tahun 2023

Selain daripada bantuan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR, Kerajaan Menyediakan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) Bagi Kematian Keluarga Bagi Tahun 2023 kepada waris penerima STR 2023 yang layak sebelum ini. Ia bertujuan meringankan beban ahli keluarga yang kematian ketua Keluarga, waris dan seumpamanya

SKK STR memberi manfaat kepada waris penerima jika mereka mengalami kematian pada tahun berkenaan. Waris yang layak boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi untuk mengetahui maklumat terbaru mengenai bantuan official kerajaan, anda boleh ikuti telegram kami dengan tekan link dibawah untuk menyertainya:

Pengenalan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) Bagi Kematian Keluarga

Apa itu Skim Khairat Kematian (SKK) ?

SKK adalah skim bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sekiranya berlaku kematian kepada penerima/pasangan bagi tahun 2023. Para waris yang berkelayakan boleh membuat tuntutan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Pada tahun lalu, di bawah Bantuan Keluarga Malaysia, Kerajaan turut menyediakan SKK BKM ini kepada waris yang layak.

photo 2023 09 20 15 06 17
Iklan bantuan skim khairat kematian

Jumlah Imbuhan yang Dapat Dituntut

Jumlah bantuan SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak .

Jadual Ringkas Mengenai Bantuan Skim Khairat Kematian

TARIKH KEMATIAN PEMOHON/ PASANGAN yang LULUS STRTEMPOH TUNTUTAN SKK AMAUN TUNTUTAN SKK
1 Januari 2023 – 31 Disember 202317 Julai 2023 – 31 Disember 2023RM1,000.00

Syarat Kelayakan Bagi SKK Madani

Dalam tahun sebelumnya, dalam program Bantuan Keluarga Malaysia, Kerajaan juga telah menyediakan SKK STR kepada waris yang layak. Jumlah yang akan diterima oleh setiap individu yang layak adalah sebanyak RM1,000.

Kelayakan untuk menerima SKK STR adalah bergantung kepada syarat berikut:

JENIS KATEGORIINDIVIDU MENINGGALTARIKH KEMATIAN
Kahwin (bukan warga emas)Lulus STR1 Januari 2023 – 31 Disember 2023
Ibu atau Bapa (Balu/Janda/Duda) mempunyai anakLulus STR1 Januari 2023 – 31 Disember 2023
Warga Emas (Bujang)Hanya lulus str Fasa 1 dan 2
1 Januari 2023 – 31 Disember 2023
Semua kategori diatas adalah berstatus LAYAK MENERIMA Skim Khairat Kematian.
skk 1
Bantuan Skim Khairat Kematian

Maklumat Tambahan Syarat Permohonan

  • Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
  • Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia
  • Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Jenis Kategori Waris Layak Dimohon

Waris yang layak didaftarkan adalah seperti yang diberitahukan dalam portal seperti berikut:
1. Pasangan
2. Ibu
3. Bapa
4. Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
5. Adik-beradik
6. Cucu

Cara Memohon Skim Khairat Kematian

Kami menyarankan kepada semua pemohon agar terlebih dahulu membaca syarat kelayakan keseluruhan supaya permohonan anda berjalan dengan lancar.Tuntutan SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia

Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN. Mana-mana Waris yang ingin membuat tuntutan perlu membawa dokumen berikut:

  1. Sijil Kematian Pemohon/Pasangan.
  2. Kad Pengenalan asal Waris.
  3. Dokumen pembuktian jika Pemohon/Pasangan tidak dapat hadir sendiri (silakan rujuk Soalan 19(iii) dalam Soalan Lazim).

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, layari laman portal MySTR

SILA HUBUNGI
Hubungi hotline BKK LHDNM (1-800-88-2747) atau STR MOF (03-8882 4565/03-8882 4566) atau
Emel [email protected]. Alamat Sekretariat STR adalah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban waris yang menghadapi kematian ahli keluarga yang tersayang. (Sumber: Laman Portal My STR)

FAQs Skim Khairat Kematian STR

Apakah kelayakan untuk dapat Skim Khairat Kematian (SKK) ?

Kelayakan SKK boleh dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Adakah layak waris itu bukan warganegara untuk membuat mermohonan ?

Layak, jika anda bukan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, dan anda juga layak mendafatar waris sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu yang menetap di Malaysia juga

Apakah bentuk maklumat yang dikehendaki oleh waris untuk bawa semasa tuntutan SKK di BSN?

Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:
i. Sijil Kematian Pemohon / Pasangan; dan
ii. Kad Pengenalan asal Waris; dan
iii. Dokumen pembuktian sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN (Rujuk Soalan 19 (iii))

Bilakah tarikh agihan Fasa 3 STR?

Tarikh agihan STR oleh Pemohon / Pasangan / waris adalah mulai 26 Jun 2023 di mana-mana Cawangan BSN dan penunaian dibuat mengikut Fasa Pembayaran STR berdasarkan kelulusan Permohonan STR 2023.

Andai kata pemohon SKK telah meninggal dunia dan tidak mencalonkan waris, siapakah waris yang layak untuk didaftarkan sebagai waris?

Waris yang layak didaftarkan terhad kepada Pasangan / Anak yang wujud pada Bahagian B / C Borang Permohonan STR 2023 sahaja.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati