Apakah PAKEJ PERMAI 2021? Terdahulu, tempoh pengecualian ini diumumkan tamat pada 31 Disember 2020. Namun begitu, kerajaan telah menimbang semula perkara ini dan akhirnya memutuskan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai ini sehingga 30 Jun 2021.
PAKEJ PERMAI 2021 : INISIATIF 11 | MELANJUTKAN TEMPOH PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KE ATAS KENDERAAN PENUMPANG
Ini dilakukan dengan harapan urus niaga penjualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat pandemic dapat dirancakkan semula.
Pengecualian ini diberikan ke atas penjualan kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan juga import siap termasuk MPV serta SUV pemasangan tempatan (CKD).
Kerajaan memutuskan pengecualian cukai sebanak 50% untuk kenderaan penumpang termasuk MPV,SUV import baharu dan juga terpakai (CBU).
Perdana Menteri turut berharap agar inisiatif ini dapat memacu semula momentum perkembangan bagi sector automotif yang telah terjejas sejak penularan Covid-19.