Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM) .Berita baik bagi semua rakyat Malaysia,Bantuan berbentuk elaun khas kepada rakyat Malaysia yang layak. Tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dibawah badan kerajaan JKM, bantuan akan disalurkan kepada mereka yang menepati kriteria seperti mana ditetapkan dibawah.Pengagihan ini bantuan untuk warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti khususnya warga emas di Malaysia.
Dalam usaha untuk membaik kehidupan rakyat Malaysia, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa menambah baik usaha-usaha menjaga kebajikan masyarakat Malaysia. Bagi mengetahui bantuan khas secara elaun bulanan dari JKM, anda boleh merujuk maklumat dibawah atau layari portal rasmi JKM.
Jom ikuti info lanjut berkaitan dengan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM)
Bagi anda yang berminat menambah maklumat,anda dikehendaki mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan ata maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan:
Isi Kandungan
Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM)
Apa itu BME
- Kadar bayaran Bantuan Warga Emas (BWE): RM500 sebulan seorang
- BWE bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Jabatan Kebajikan Masyarakat singkatan: JKM telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKMM termasuklah:
- Kanak-kanak
- Orang kurang upaya
- Warga emas
- Keganasan rumah tangga
- Keluarga bermasalah
- Orang papa/fakir
- Gelandangan
- Perintah khidmat masyarakat (PKM)
- Pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)
- Mangsa bencana
- 1946 – 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya - 1952 – 1955
Jabatan Perusahaan dan Perhubungan Sosial - 1956 – 1957
Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial - 1957 – 1958
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial - 1958 – 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat - 1960 – 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat - 1963 – 1964
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat - 1964 – 1982
Kementerian Kebajikan Am - 1982 – 1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia - 1990 – 2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat - 2004 – kini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM))
Semak Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500
Bagi anda yang ingin mencuba nasib untuk memohon bagi bantuan ini,anda dikehendaki semak dahulu syarat-syarat kelayakan yang diminta oleh pihak kementerian bagi memudahkan permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM) anda diterima.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Syarat Yang Mesti Ada
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM), anda boleh merujuk dibawah.
Baca juga:
Bantuan E-Tunai Belia Rahmah : Syarat & Cara Penebusan RM200
Cara Memohon Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500
Sudah semestinya jika anda ingin membuat permohonan bantuan haruslah mengisi borang atau menyediakan beberapa maklumat sendiri untuk maklumat majikan yang menilai kelayakan anda.
Dibawah adalah borang yang anda dikehendaki untuk download terlebih dahulu dan isi bersama beberapa dokumen lain:
MOHON DISINI & MAKLUMAT LANJUT
Dibawah kami akan kongsi dokumen atau fail yang penting dan perlu ada semasa memohon Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM).Borang permohonan bersama dokumen dibawah haruslah lengkap supaya memudahkan permohonan anda diterima.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sebarang maklumat lanjut atau ingin lebih kepastian tentang Permohonan ni boleh layari portal JKM Portal Rasmi JKM
Semoga permohonan Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 (BWE JKM) anda berjalan dengan baik dan anda haruslah mengemaskini selalu maklumat borong permohonan supaya tidak tersalah dan tertinggal.Selain itu,harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan warga emas dan OKU
Maklumat Tambahan:
Fungsi bahagian di JPOKU
- Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) mengandungi enam (6) Bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing seperti berikut:
(1) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KERJAYA
1) Merancang pembangunan kerjaya OKU:
- Meneliti jawatan yang sesuai diisi oleh OKU bagi sektor awam;
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan gaji minima kepada pekerja OKU;
- Merancang dan menyelia program kerjaya OKU.
2) Menggalak penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan:
- Mengadakan jalinan kerjasama dengan majikan terpilih;
- Memantau program on the Job Training bagi OKU lepasan sekolah menengah dan lepasan politeknik dengan majikan;
- Merancang dan mengadakan seminar pekerjaan kepada majikan;
3) Pendaftaran pekerjaan OKU:
- Memantau pendaftaran pekerjaan OKU di dalam sistem Pengurusan maklumat OKU (SMOKU).
4) Pengurusan Data Pekerjaan OKU:
- Memantau pengurusan data OKU di sektor awam berdasarkan pekeliling perkhidmatan dasar 1 % OKU di sektor awam dan Sistem e-JKM iaitu Maklumat OKU Sektor awam.
5) Perkhidmatan Job Coach:
- Menyelia keperluan bajet dan pembayaran elaun untuk program Job Coach;
- Merancang dan melaksanakan latihan/kursus Job Coach kepada kakitangan awam, pihak majikan swasta dan NGO;
- Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan dan orang awam berkaitan Job Coach;
6) Merancang dan melaksana Disability Equality Training (DET):
- Merancang dan menyelaras peruntukan kewangan untuk program DET;
- Menyelaras kerjasama antara DET trainer di seluruh Malaysia;
- Menyelaras dan mengumpul maklumat program DET yang dijalankan oleh DET trainer; dan
- Merancang dan melatih DET trainer.