Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan BINGKAS E-Wallet Kembali Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan

Bantuan BINGKAS E-Wallet Kembali Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan
Bantuan BINGKAS E-Wallet

Khabar gembira untuk semua rakyat selangor Bantuan BINGKAS E-Wallet Kembali Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan . Hari ini admin ingin berkongsi satu maklumat terkini berkaitan dengan bantuan tunai yang telah kerajaan perkenalkan adalah merupakan inisiatif bantuan untuk rakyat yang memerlukan lagi-lagi rakyat yang miskin tegar dan B40.

Kata Dato’ Seri Amirudin bin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor ada menyebutkan mengenai bantuan BINGKAS “Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti info-info berkaitan dengan bantuan rasmi daripada kerajaan anda boleh ikuti Ikuti Link Telegram info semasa bantuan rakyat dibawah

Bantuan BINGKAS E-Wallet Kembali Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan

bingkas selangor 1024x576 1
Bantuan BINGKAS E-Wallet

Apakah itu BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penduduk Negeri Selangor. Sewaktu dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor telahpun mempublikasikan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.Kini bantuan bingkas diteruskan pada tahun ini.

Apakah Tujuan Wujudnya BINGKAS

Tujuan wujudnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS adalah berusaha untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi penduduk-penduduk berkeluarga yang menetap di Selangor dan menguatkan lagi kecekalan keluarga agar dapat mengurangkan lagi pendedahan terhadap cabaran ekonomi di masa kini, apalagi sewaktu pasca pandemik COVID-19, BINGKAS bakal menyampaikan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk di Negeri Selangor.

Kadar Bantuan BINGKAS E-Wallet Selangor

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) telah pun ditetapkan kadar bantuan yang berbentuk e-Wallet adalah sebanyak RM 300 di mana pengguna dapat menggunakannya untuk membeli barang keperluan seharian di pasaraya-pasaraya yang telah pun berdaftar.

Oleh yang demikian itu, segala urusan perbelanjaan permbelian akan melalui cara cashless iaitu pembelian tanpa tunai dan jumlah e-Wallet akan diextrakan nilai ke tahap RM 300 pada setiap bulan secara automatik.

photo 2023 09 11 17 49 04
Bantuan BINGKAS E-Wallet

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Bagi anda yang berminat untuk memohon, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan tersebut dan syarat-syarat kelayakan ini adalah ditetapkan daripada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS).

  • Anda mestilah merupakan warganegara Malaysia
  • Anda juga mestilah lahir di negeri Selangor ataupun telah bertempat tinggal di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Anda juga merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Anda merupakan keluarga yang memiliki tanggungan yang mana tanggungan tersebut berusia tidak melebihi 18 tahun ke atas(tanggungan mesti berusia 18 tahun ke bawah)
  • Pendapatan bulanan isi rumah anda perlulah RM3,000 sebulan.
Bagi sesiapa tidak jelas syarat daftar anda boleh rujuk di Portal Rasmi Bingkas

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan BINGKAS

Apabila anda telah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah diberikan, maka anda perlulah segera membuat permohonan dan permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) tanpa perlu membuat permohonan secara fizikal. Anda boleh merujuk di Sistem Pendaftaran BINGKAS.

Bagi pemohon untuk selanjutnya perlulah menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:

  1. Pemohon perlu menyediakan Salinan Kad Pengenalan sama ada (Pemohon dan/atau Pasangan)
  2. Pemohon juga perlu menyediakan Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  3. Selain itu, pemohon juga perlu menyediakan salinan Sijil Kematian / Perceraian atau pun Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  4. Pemohon perlu sediakan Salinan Slip Gaji atau Pencen Terkini (untuk penjawat awam atau pesara)
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (bagi pekerja swasta) juga perlu bagi pemohon menyediakannya
  6. Pemohon juga perlu beri perhatian mengenai dokumen Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (untuk yang bekerja sendiri atau tidak bekerja)

Informasi sempurna dan maklumat lengkap berkaitan permohonan Bingkas anda bolehlah merujuk di Portal Rasmi di Bawah:

Kepada pemohon yang berminat dan layak anda dikehendaki memohon bantuan Bingkas ini melalui atas talian (online) supaya memudahkan anda memohon tidak kira dimana anda berada dan tak perlu hadir ke pejabat.

Pemohon boleh daftar bantuan Bingkas dibawah dengan yekan link yang disediakan:

Daftar Permohonan Bingkas

Cara Daftar Online:

  1. Log in akaun anda dengan menggunakan link diatas, jikalau anda pemohon baharu bolehlah buat tekan di Pemohon baharu di link diatas juga
  2. Setelah log in, anda mestilah mengisi segala maklumat yang dikehendaki bagi menentukan anda layak atau tidak.

Selain dari bantuan BINGKAS ini, terdapat banyak lagi bantuan lain yang bakal dilaksanakandan sudah terlaksana hanya untuk dimohon sahaja pada tahun 2023. Sekiranya anda terlepas pandang atau tidak tahu berkenaan info bantuan kerajaan, anda boleh lihat dan semak senarai bantuan tahun 2023 yang mungkin berkelayakan untuk anda mohon Disini

Harapan kami kepada agar para rakyat Malaysia yang menerima Bantuan BINGKAS E-Wallet Kembali Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ada dan uruslah kewangan anda dengan baik sebaik-baiknya.Jangan lupa kongsikan maklumat dan info bermanfaat Bantuan BINGKAS E-Wallet Kembali Sebanyak RM300 Untuk Rakyat Berkelayakan kepada rakan-rakan yang lain agar dapat bantuan ini bersama

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati