Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000

Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000
Bantuan Peniaga

Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000 kini dibuka permohonannya bermula 1 April sehingga 15 April 2021. Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 adalah bantuan kewangan yang disedikan khas kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan, serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Pada 17 Mac 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa ucapan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) di bawah Inisiatif Kelima.

Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS tempatan. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0 supaya perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula. Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak 1,000 ringgit. Geran ini dijangka akan memanfaatkan lebih sejuta usahawan.

Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000

Siapa yang Layak Menerima Bantuan Bantuan Peniaga

Kelayakan dan nilai bantuan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

 LAYAK Bantuan Peniaga

 NILAI BANTUAN

 Penerima sedia ada GKP 1.0 & GKP 2.0

RM1,000 (One-Off)

 Lulus permohonan baharu GKP 3.0

RM1,000 (One-Off)

NOTA: Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 tidak perlu membuat permohonan semula.
Permohonan baharu GKP 3.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0 dan GKP
2.0.

Syarat Kelayakan Permohonan Baharu Bantuan Peniaga

Individu yang ingin memohon GKP 3.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28
    Februari 2021; dan
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Permohonan Bantuan GKP 3.0

Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi
GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan
LHDNM tidak akan diterima. Anda boleh rujuk manual pengguna permohonan GKP 3.0 di bawah untuk dijadikan sebagai panduan permohonan.

Dapatkan “Manual Pengguna Permohonan GKP 3.0” di sini


Di sini admin nak kongsikan manual pengguna permohonan GKP 3.0. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Manual Pengguna Permohonan GKP 3.0

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line:

  • Talian: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000 ,  Bantuan Insentif Kerjaya Gig RM600 dan RM200 ataupun eWallet RM150 Bantuan Prihatin Belia.

Semoga perkongsian Bantuan Peniaga GKP 3.0 RM1000 ini dapat memberi maklumat terkini kepada para PKS yang terlibat untuk turut serta mengambil peluang membuat permohonan bagi bantuan perniagaan yang sedang dibuka ini. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada sesiapa sahaja yang layak untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati