Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ayat Kursi Rumi, Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

AYAT KURSI
Ayat Kursi Rumi, Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi 5

Adakah anda sering mengamalkan ayat Kursi selepas solat? Ayat Kursi mempunyai banyak sangat kelebihan dan maanfaat kepada pengamalnya. Rasulullah SAW bersabda, “Siapa membaca ayatul Kursi setiap kali selesai solat, tidak ada yang menghalanginya masuk syurga selain kematian” (HR an-Nasaie. Sahih). Artikel kali ini menerangkan tentang ayat kursi, ayat kursi rumi, terjemahan dan kelebihan mengamalkan ayat Kursi.

Apakah itu Ayat Kursi?

Ayat Kursi juga dikenali sebagai Ayatul Kursi merupakan ayat ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’ iaitu ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Ayat ini adalah sangat istimewa kerana ia menerangkan tentang keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas. Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana terdapat perkataan ‘Kursi’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.

14724444 10154258279488192 2883757367351152117 n
Ayat Kursi Rumi, Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi 6

Ayat Kursi Rumi

Berikut adalah bacaan ayat Kursi dalam rumi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum,
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
Lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard,
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi,
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
Wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a,
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.

Terjemahan Ayat Kursi

Berikut adalah terjemahan ayat Kursi:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, 
Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Ayat Kursi Waqaf Sembilan

Untuk bacaan lebih afdhal, ayat Kursi perlu dibaca dengan sembilan (9) kali berhenti atau wakaf. Syaitan akan mati terbakar apabila kita membaca ayat kursi dengan cara afdhal waqaf sembilan. Rujuk video dari Ustaz Abdullah Khairi untuk penerangan lanjut.

136945540 4004355059575243 8656318343431333455 n
Ayat Kursi Rumi, Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi 7

Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi
1. Membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu (5x sehari):
– Terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan dan kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2. Mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali:
– Dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3. Membacanya sebanyak 50 kali pada air hujan dan diminum:
– Allah swt akan memcerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4. Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi:
– Allah swt hilangkan segala kefakiran didepan matanya
5. Membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat:
– Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.
6. Jika berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama, baca ayat Kursi 100 kali:
– Terhindar dari gangguan lahir dan batin.
7. Membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur:
Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
8. Membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya:
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat memohon keampunan dan mendoakan baginya.
9. Sesiapa beramal dengan ayat Kursi:
– Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
10. Membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang:
– Tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
11. Membaca ayat Kursi diakhir sembahyang:
– Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
276003203 341121338058843 8819662705288061 n
Ayat Kursi Rumi, Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi 8

Soalan FAQs Berkenaan Ayat Kursi

Apakah itu ayat Kursi?

Adalah ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.

Apakah maksud ayat Kursi?

‘Kursi’ bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.

Apakah antara kelebihan mengamalkan ayat Kursi?

Membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu (5x sehari): Terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan dan kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati