Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Mudah dan Cepat

berat badan
Cara Turunkan Berat Badan Dengan Mudah dan Cepat 6

Memiiki berat badan yang ideal dan sihat merupakan impian semua orang khususnya kaum wanita. Tahukah anda bahawa berat badan yang ideal mudah untuk didapati sekiranya anda mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang? Namun begitu, mengapa masih ramai yang tidak melakukan hal ini bagi mendapat berat badan yang ideal? Hal ini kerana ianya memerlukan disiplin yang tinggi serta konsisten dalam melalukannya.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan berat badan? Secara umumnya, berat badan adalah ukuran yang menunjukkan berat yang dimiliki oleh seseorang individu. Berat badan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor luaran dan faktor dalaman.

Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Bersenam

cara turun berat badan

Berikut merupakan cara untuk menurunkan jisim badan anda tanpa melakukan senaman. Anda boleh cuba cara ini untuk mendapatkan jisim badan yang ideal.

  1. Mengurangkan pengambilan nasi
  2. Elakkan tidur dahulu selepas makan dan tunggu satu hingga dua jam setelah makan
  3. Elakkan makan malam setelah jam lapan
  4. Minum kopi yang tidak dicampur gula dua atau tiga kali sehari.

Diet Turunkan Berat Tanpa Bersenam

diet turunkan berat badan

Hari ini, saya akan kongsikan cara diet yang memudahkan anda semua untuk turunkan berat badan sebanyak satu kg selama satu minggu. Apa yang menarik tentang diet ini adalah anda tidak perlu melakukan senaman untuk menurunkan berat badan. Diet ini sangat mudah dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersenam.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Minum dua gelas air putih sebelum makan

Teknik ini dapat membuatkan anda lebih mudah kenyang dan dapat mengawal pengambilan kalori agar tidak berlebihan.

  • Makan empat kali sehari dalam hidangan kecil

Makan dengan hidangan kecil dapat memudahkan anda untuk kenyang berbanding dengan makan dengan hidangan yang besar.

  • Kunyah makanan secara perlahan

Mengunyah makanan secara perlahan membantu mengurangkan pengambilan makanan. Saat makan, kunyah makanan sekurang-kurangnya selama 30 saat.

  • Elakkan makanan dan minuman manis

Kurangkan pengambilan gula harian anda dan gantikan makanan atau minuman manis yang anda gemari dengan pilihan yang lebih sihat seperti menggantikan teh boba dengan jus tembikai tanpa gula.

  • Mendapatkan tidur yang cukup

Anda perlu mendapatkan tidur yang secukupnya kerana ketika kurang tidur, anda akan berasa lapar dan nafsu makan juga melonjak-lonjak. Pastikan anda tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap hari.

Resepi Jus Untuk Turunkan Berat Badan

resepi detox drinks

Untuk mereka yang ingin turunkan jisim badan tetapi binggung dengan resepi diet, anda boleh cuba resepi seperti di bawah ini. Anda hanya perlu dapatkan bahan-bahan yang tersenarai di bawah ini dan kisar bahan-bahan tersebut dan boleh letakkan di dalam botol kosong supaya boleh dijadikan minuman harian atau setelah bersenam.

HariMenu
IsninBlackberry, Blueberry, Kubis Merah
Selasa dan JumaatEpal, Papaya
RabuSayur bayam, Lemon, Timun
Ahad dan KhamisTomato, Epal
SabtuEpal dan Kiwi

Tips Turunkan Berat Badan

tips turunkan berat badan
Cara Turunkan Berat Badan Dengan Mudah dan Cepat 7

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa sesetengah orang tidak boleh menurunkan jisim badan sedangkan mereka rajin bersenam? Sebenarnya, terdapat kaedah penurunan jisim badan yang betul dengan cara yang sihat dan berkesan. Antaranya adalah seperti yang di bawah ini.

  • Kurangkan makan
  • Pastikan minum secara sederhana
  • Kurangkan pengambilan gula
  • Banyakkan minum air pada waktu siang dan kurangkan minum air pada waktu malam
  • Kurangkan makan makanan yang manis
  • Jangan makan makanan yang berminyak
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Makan di rumah agar anda dapat mengawal pengambilan kalori anda
  • Jangan makan malam lewat
  • Kurangkan makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi
  • Hindari makan makanan yang mengandungi pewarna tambahan
  • Ubah susunan hidangan dan patuhi konsep suku-suku separuh
  • Lakukan senaman ringan setiap hari
  • Makan makanan yang beralkali seperti tauhu

Sampai di sini sahaja perkongsian pada hari ini dan saya berharap anda semua dapat menurunkan berat badan melalui tips yang saya kongsikan. Dengan penulisan kali ini, diharapkan anda semua menyedari pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga jisim badan bagi mengelakkan masalah kesihatan timbul. Semoga bermanfaat!

Bagaimanakah cara untuk menurunkan berat badan dengan sihat?

Cara terbaik adalah dengan mengamalkan pola makan yang sihat, senaman berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Apakah kepentingan pola makan dalam mengawal jisim badan?

Pola makan yang seimbang dan mengamalkan makanan yang rendah kalori dan kaya dengan nutrisi dapat membantu mengawal berat badan dengan menguatkan sistem daya tahan badan.

Adakah bersenam perlu untuk mengawal berat badan?

Ya, senaman penting untuk membakar kalori dan meningkatkan metabolisme. Gabungan senaman yang berfokuskan kardiovaskular dan kekuatan otot membantu mencapai jisim badan yang anda inginkan.

Adakah jisim badan yang ideal sama bagi semua orang?

Tidak kerana ia bergantung kepada faktor-faktor lain seperti tinggi, struktur tubuh usia dan tahap aktiviti fizikal.

Berapa banyak kalori yang harus saya ambil dalam sehari?

Jumlah kalori yang diperlukan setiap hari berbeza untuk setiap individu bergantung pada faktor-faktor lain seperti usia, jenis jantina, tinggi, berat badan, tahap metabolisme dan tahap aktiviti fizikal yang dilakukan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati