Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peringatan Buat Ibubapa di Terengganu Kes HFMD Meningkat dan Tular di Taska

kes hfmd
kes hfmd

Peringatan Buat Ibubapa di Terengganu Kes HFMD Meningkat dan Tular di Taska . Tular mengenai kes HFMD yang menyerang kanak-kanak kecil. Di Terengganu, sejumlah 782 kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)  sehingga 5 Mei lalu. Ini merupakan satu situasi yang tidak  baik berada di persekitaran kita.

Difahamkan,penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) telah menular di 19 taska dan tadika di seluruh negeri itu.

Menurut pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong telah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 723 peratus berbanding hanya 95 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya tiada premis yang ditutup kerana keadaan masih terkawal.

“Jangkitan tertinggi berlaku di Kuala Terengganu dan Setiu dengan masing-masing merekodkan sebanyak lima kes diikuti tiga kes di Marang dan Hulu Terengganu.

“Di daerah Besut, sebanyak dua kes HFMD direkodkan manakala satu kes direkodkan di Kemaman,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Gerak Gempur Cakna Ubat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di Terengganu pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Kasemani meminta supaya pengurusan pusat jagaan kanak-kanak serta ibu dan bapa peka dengan situasi tersebut.

kes hfmd
kes hfmd

Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi mengekang jangkitan HFMD di negeri ini.

“Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menghantar anak-anak yang mengalami gejala ke pusat jagaan untuk mengelak ia merebak kepada kanak-kanak lain.

“Pihak taska pula disarankan untuk tidak menerima kumpulan kanak-kanak berkenaan bagi mengelak jangkitan,” katanya.

Kes HFMD di seluruh negara dilaporkan melonjak 12.8 kali ganda daripada 1,752 kes kepada 22,463 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wabak berkenaan banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak dibawah usia enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes (96 peratus), diikuti umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes (tiga peratus) dan selebihnya melibatkan individu berusia lebih 12 tahun.- sumber Sinar Harian

 Apakah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)?

kes hfmd adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus.  Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

 Siapa yang berisiko mendapat jangkitan HFMD?

Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima (5) tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

Penyakit HFMD, Ibubapa Perlu Main Peranan

Dalam perkara ini, melibatkan penyakit HFMD, Ibubapa perlu peka dan ambil cakna persekitaran kawasan dan keadaan anak kecil. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu ibubapa ambil cakna untuk bersama mengatasi masalah penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD):

  1. Peka kepada sebarang perubahan dan dapatkan nasihat doktor –
    1. Letih dan lesu
    2. Tidak mahu minum atau makan Muntah berterusan

2. Jika bergejala , pastikan anak terus kekal berada di rumah.

3. Cuci tangan dengan betul menggunakan sabun dan air bersih selepas menguruskan anak.

4. Cuci alatan dan permainan anak dengan sabun dan air bersih.

5. Tidak berkongsi peralatan makan dan minum serta barangan peribadi antara anak – anak.

6. Kerap bersihkan lantai rumah dan tandas.

hfmd
kes hfmd

7. Buang lampin pakai buang dalam tong sampah bertutup.

Penyakit HFMD, Ayuh Bersama-sama Tingkatkan Penjagaan Kebersihan Untuk Anak-Anak Untuk Kurangkan Kes HFMD

Kepada Ibubapa atau penjaga anak-anak, anda diminta untuk peka dengan penyakit HFMD yang tular dibeberapa kawasan. Hal ini adalah membimbangkan kerana penyakit HFMD ini boleh memberi mudarat kepada anak-anak. Sehubungan itu, kerjasama Ibubapa dan penjaga amat diperlukan bagi mengurangkan risiko terkena penyakit HFMD kepada anak-anak.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati