Perkhabaran mengenai tawaran Permohonan pengambilan Jawatan MAIWP Disember 2023 Telah dibuka kepada umum untuk dimohon dengan kadar segera. Permohonan ini adalah mesti dibuat berdasarkan ketetapan dan garis panduan yang betul seperti yang telah disediakan oleh pihak majikan.
Umum mengetahui bahawa pengambilan jawatan MAIWP Disember 2023 Adalah merupakan satu peluang untuk bekerja di bawah sektor awam di Wilayah Persekutuan. Jadi, kepada para calon boleh membuat persiapan yang rapi dengan mengetahui maklumat jawatan kosong syarat-syarat serta panduan permohonan jawatan.
Pengambilan Jawatan MAIWP Disember 2023 Dibuka untuk Semua
Isi Kandungan
Bagi makluman kepada semua Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah antara majlis agama yang ada dalam negara malaysia. Majlis agama ini sangat memainkan peranan di wilayah persekutuan dalam memastikan pengurusan berkenaan urusan agama islam terjaga dan terkawal.
Sebagai majlis yang memainkan peranan penting mereka amat telah memerlukan tenaga kerja yang baik dan berkualiti untuk memastikan matlamat majlis adalah tercapai. Melalui pembukaan tawaran jawatan kosong ini diharapkan dapat memenuhi tenaga kerja yang diperlukan.
Senarai Jawatan Kosong yang Dibuka
Para pemohon boleh merujuk senarai jawatan kosong yang tertera dibawah bagi membuat permohonan berdasarkan jawatan sedia ada:
JAWATAN | GRED | PENEMPATAN |
---|---|---|
PEGAWAI LATIHAN (PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN) | E41 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PENOLONG PEGAWAI TADBIR | N29 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM | S29 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN (JAHITAN PAKAIAN LELAKI) | E19 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN (KEJURUTERAAN ELEKTRIK) | E19 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) | N19 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) | N19 | MAIWP KUALA LUMPUR |
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM | S19 | MAIWP KUALA LUMPUR |
Tempoh Sah Laku Permohonan
Para calon diingatkan untuk membuat permohonan dengan kadar segera dan pastikan permohonan anda adalah sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 23 disember 2023.
Dinasihatkan juga kepada para calon untuk membuat pengisian secara online mengenai permohonan pengambilan jawatan MAIWP Disember 2023 dengan tepat dan mengikut ketetapan.
Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong MAIWP
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu diikuti oleh para calon dalam urusan membuat permohonan jawatan kosong MAIWP. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh para calon:
- Calon hendaklah seorang warganegara malaysia
- Cara mestilah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas semasa permohonan
- Mestilah memiliki kelayakan akademik minima spm, diploma dan ijazah.
- Para calon mempunyai pengetahuan berkenaan bidang kerja yang dimohon.
- Boleh bekerja di dalam kumpulan dan melaksanakan tugas dengan baik.
Urusan Permohonan Pengambilan Jawatan MAIWP Disember 2023
Rujukan Kepada Pemohon Berkenaan IKlan Jawatan
Sebelum membuat permohonan anda perlulah meneliti dan menyemak iklan yang telah disiarkan secara rasmi oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ianya adalah untuk memastikan permohonan anda mengikuti dan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Berikut adalah pautan iklan rasmi pengambilan jawatan MAIWP Disember 2023:
Untuk langkah seterusnya, anda boleh rujuk cara permohonan seperti yang ditetapkan.
Cara Mohon Jawatan Kosong Melalui Portal MAIWP
Bagi para calon yang ingin membuat permohonan adalah perlu membuat permohonan secara atas talian di portal kerjaya yang telah disediakan oleh pihak MAIWP. Berikut adalah panduan memohon jawatan kosong melalui portal yang disediakan:
- Sila layari pautan rasmi portal permohonan kerja MAIWP.
- Bagi pengguna yang sedia ada anda boleh lock masuk dan sekiranya masih belum mempunyai akaun anda boleh buat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
- Selepas berjaya memasuki portal tersebut anda akan dipaparkan paparan utama yang terdapat pengumuman mengenai jawatan kosong yang boleh dimohon.
- Anda boleh membuat urusan permohonan berdasarkan paparan yang tertera dan pastikan segala maklumat berkaitan butiran diri dan resume adalah lengkap supaya permohonan anda adalah sah.
- Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan segala maklumat yang anda telah berikan anda boleh membuat pengesahan permohonan jawatan.
Nota : Perhatian kepada Pengguna Baru, selepas mendaftar sebagai pemohon / pengguna sistem pastikan anda memeriksa emel yang telah anda daftarkan dan mengaktifkan akaun sebelum log masuk. Anda tidak boleh log masuk sekiranya tidak mengaktifkan link di emel anda.