Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa’

doa sembuhkan penyakit
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 8

Pernahkah anda membaca doa sembuhkan penyakit? Ada pelbagai doa sembuhkan penyakit yang digalakkan untuk kita amalkan jika ditimpa penyakit. Justeru itu, artikel ini menerangkan lima bacaan doa sembuhkan penyakit, selawat syifa’ dan cara mengamalkan selawat syifa’ untuk menyembuhkan penyakit.

Apakah itu Doa Sembuhkan Penyakit?

Doa sembuhkan penyakit adalah doa untuk diri sendiri atau orang yang sedang sakit. Doa-doa ini diamalkan untuk memohon Allah swt dengan segala kekuasaan dan keagunganNya memberi kesembuhan kepada pesakit yang sedang sakit.

5 Doa Sembuhkan Penyakit

Berikut adalah 5 bacaan doa sembuhkan penyakit yang boleh dijadikan rujukan anda.

Doa Sembuhkan Penyakit 1

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ 
وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا


Lafaz Rumi: Allahumma Rabban-nasi, adhhibil-ba'sa, washfi, Antash-Shafi, la shifa'a illa shifa'uka,
shifaan la yughadiru saqaman

Terjemahannya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”
274778843 1609971659365404 958214460693319636 n
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 9

Doa Sembuhkan Penyakit 2

وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Terjemahannya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."
207836215 4364602016923667 1363785839861724883 n
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 10

Doa Sembuhkan Penyakit 3

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

Lafaz Rumi: “Allahumma inni a‘udzu bika minal barashi, wal jununi, wal judzami, wa sayyi’il asqami.”

Terjemahannya: “Ya Allah, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau daripada penyakit sopak, gila, kusta dan daripada penyakit yang buruk “
137545732 2266647733471771 8411958844193918838 n
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 11

Doa Sembuhkan Penyakit 4

اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ أَجَلِيْ قَدْ حَضَرَ فَأَرِحْنِي وَإِنْ كَانَ مُتَأَخِّراً فَارْفَعْنِيْ وَإِنْ كَانَ بَلَاء فَصَبِّرْنِي

Lafaz Rumi: Allaahumma in kaana ajalii qad hadlara fa arihnii wa in kaana mutaakhkhiran far fa'nii wa in kaana balaa-an fashabbirnii

Terjemahannya: "Ya Allah, jika ajalku telah dekat maka istirahatkanlah aku. Jika ajalku masih jauh, sembuhkanlah sakit ini dariku. Dan jika ini musibah, berikanlah aku kesabaran."
123300672 2814924005495824 5126006859028364197 n
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 12

Doa Sembuhkan Penyakit 5

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ (7x)

Lafaz Rumi: As'alullaaha al-'adzhiima rabbal 'arsyil 'adzhiimi an yasyfiyaka (7x)

Terjemahannya: "Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu."
139193501 2773858496263477 7155167430553270367 n
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 13

Selawat Syifa’

Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit. Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib. Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Lafaz Rumi: Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad tibbil-qulubi wadawaa-iha, Wa ‘afiyatil abdani wa syifa-iha, wanuu-ril absori wa dhiya-iha, wa ‘ala Aalihi wasohbihi wasallim.

Terjemahannya: Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).
28235106 153067072078041 4996834624555354140 o
5 Bacaan Doa Sembuhkan Penyakit dan Selawat Syifa' 14

Cara Mengamalkan Selawat Syifa’

Cara amalan selawat syifa’
1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit:
– Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang terasa sakit.
2. Meransang minda kanak-kanak
– Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur.
3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
– Baca 3 kali dan tarik nafas dalam-dalam. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan-lahan pada orang yang sedang marah.
4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa cinta di antara suami dan isteri.
– Amalkan zikir ketika memasak makanan untuk keluarga anda.

Manfaat Membaca Doa Sembuhkan Penyakit

Manfaat membaca doa sembuhkan penyakit
1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan seseorang kepada penciptanya iaitu Allah Swt.
2. Menimbulkan rasa tawakal kepada Allah Swt.
3. Memberikan rasa ketenangan dan nyaman di hati bagi orang yang sedang sakit.
4. Memohon perlindungan dari Allah Swt agar terhindar dari penyakit yang lebih buruk.
5. Memohon kesembuhan dari Allah Swt jika ajal belum sampai.

Soalan FAQs Berkenaan Doa Sembuhkan Penyakit

Apakah doa Nabi Ayub semasa ditimpa penyakit yang sangat teruk?

وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Apakah Selawat Syifa’?

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Apakah terjemahan Selawat Syifa’?

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati