Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ini ialah tawaran Biasiswa Perguruan Ijazah Sarjana Muda di seluruh Universiti Awam dalam Malaysia bagi tahun 2021. Permohonan ini dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac 2021 jam 5 petang.

Permohonan biasiswa ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021

Syarat-syarat Permohonan Biasiswa Perguruan

Para pelajar yang ingin memohon biasiswa ini perlulah memenuhi kesemua syarat-syarat berikut:

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021. (tahun permohonan)
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan
    lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian
    Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan.
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat
    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat
    sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon.
  5. Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan.
  6. Hanya calon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan
    ditawarkan biasiswa.
  7. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum
    Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET).
  8. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran
    berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
  9. Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada).
  10. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik.
  11. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia
    ada.
  12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Bidang-bidang Pendidikan Yang Layak Memohon Biasiswa Perguruan

Biasiswa Perguruan Bahasa Melayu:

  • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia)

Biasiswa Perguruan Bahasa Inggeris

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  • Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL)
  • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESOL)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Biasiswa Perguruan Bahasa Cina

  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina Dengan Pendidikan

Bahasa Iban

Bahasa Kadazan/Dusun

Sejarah

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sejarah)
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Sejarah)

Biasiswa Perguruan Geografi

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Geografi)

Biasiswa Perguruan Tahfiz

  • Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qira’at dengan Pendidikan

Dini (Medium Pengajaran dalam Bahasa Arab)

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)

Pendidikan Islam

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) (Kepujian)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran)
  • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)

Pendidikan Moral

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Moral)

Pendidikan Khas

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Khas)

Pendidikan Jasmani & Kesihatan

  • Bacelor Pendidikan Dalam Pendidikan Jasmani Dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  • Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian

Kaunseling

  • Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)(Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling)

Seni Visual

  • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Seni Dan Senireka
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian

Seni Kulinari

  • Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup) (Kepujian)

Fesyen dan Pembuatan Pakaian

  • Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup) (Kepujian)

Kosmetologi 

  • Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian

Pelancongan

Pemasaran

Kesetiausahaan Pentadbiran

Reka Bentuk Dan Teknologi

  • Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan
    Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup) (Kepujian)

Kejuruteraan Awam

  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Binaan Bangunan) (Kepujian)

Teknologi Automotif

  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) (Kepujian)

Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara

  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) (Kepujian)

Teknologi Pemesinan Industri

  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) (Kepujian)

Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam 

  • Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) (Kepujian)

Dapatkan “Panduan Permohonan dan Senarai Universiti Awam yang Terlibat” di sini


Di sini admin nak kongsikan panduan permohonan biasiwa ini dan senarai universiti awam yang terlibat. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

  1. Panduan Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021
  2. Senarai Universiti Awam yang Terlibat

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkenaan biasiswa ini, anda boleh diajukan menerusi:

Diharapkan perkongsian Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021 ini dapat memberi panduan kepada anda dalam membuat permohonan. Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengambil maklum tentang syarat-syarat yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang permohonan.

Anda juga mungkin tertarik dengan perkongsian Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 ataupun Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati