Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PELUANG KERJAYA DI KPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022 l GAJI BERMULA DARI RM1,800

Peluang Kerjaya di KPM
Peluang Kerjaya di KPM

Peluang Kerjaya Di KPM Tahun 2022, Gaji Bermula Dari RM1,800. Kerajaan Malaysia melalui jabatan kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka  jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong. Pelbagai jawatan-jawatan kosong telah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Peluang kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu peluang keemasan yang harus direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Jabatan Kementerian Pendidkan Malaysia merupakan jabatan yang bertanggungjawab di Malaysia dalam menguruskan sistem pendidikan anak-anak bangsa negara Malaysia. Kementerian kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam memastikan kelansungan pendidkan Malaysia terus subur dan berkembang di Malaysia seperti yang diusahakan kerajaan sekarang ialah memartabatkan sistem pembelajaran kearah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) rakyat Malaysia akan mendapatkan sistem pembelajaran moden dan mengikut peredaran zaman semasa bagi masyarakat Malaysia. Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan di Malaysia.

kpm
Peluang Kerjaya di KPM

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29). 

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak kerajaan,.

Bila Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan boleh dibuat sekarang, Permohonan dibuka pada 1 April 2022 dan permohonan akan ditutup pada 11 April 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui email, dan permohonan secara manual boleh dibuat dengan merujuk alamat seperti yang diiklankan di iklan jawatan kosong di KPM. (Rujuk lampiran link dibawah)

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon?

Kelayakan yang diperlukan untuk memohon jawatan PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29) oleh calon ialah mesti mempunyai Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf.

Calon yang mempunyai kelayakan seperti tersebut adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas.

Syarat-syarat kelayakan Peluang Kerjaya di KPM:-

1.Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat
yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh
dan masa yang ditetapkan;
4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
6. Bertanggungjawab dan berdisiplin.

Apakah Deskripsi Tugas Jawatan?

  1.  Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Pegawai juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework Laravel;
  2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
  3. Validasi test script bagi User Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan System Requirement Study (SRS); dan
  4. Melaksanakan pengujian (UAT dan FAT).

Permohonan Jawatan Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Bagaimanakah Cara Permohonan Jawatan?

Permohonan kerja kosong terbaru di atas boleh dilakukan secara atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
 
Klik pada pautan “JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022” di bawah dan rujuk pada maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.
 
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui berdasarkan LINK yang dilampirkan  berikut:-
 
 
Jangan lupa sediakan dokumen-dokumen penting bagi membuat permohonan kepada mereka yang berminat :-
  • Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil SPM
  • Salinan Sijil/Diploma

Baca juga Jawatan Kosong  bagi tahun 2022 :-

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sektor kerajaan Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati