Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KREDIT BAUCAR RM400 UNTUK PENGGUNA SHOPEE RAKYAT MALAYSIA EFFECTIVE TAHUN 2022

BAUCAR REBAT SHOPEE

Kredit Baucar RM400 Untuk Pengguna Shopee Khas Rakyat Malaysia Tahun 2022. Kerajaan Malaysia pada waktu kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus dalam masa yang sama menawarkan baucar diskaun sebanyak sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

Untuk makluman kepada semua, Program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia merupakan program untuk mengalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik harian pengguna rakyat Malaysia .

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) adalah merupakan Kementerian yang bertanggungjawab dalam memastikan dan memantau pelaksanaan SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia telah diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Kredit Baucar RM400 Program Save 3.0 E-Rebat Maksimum RM400

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Objektif Program ini adalah untuk bertujuan Menambah jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran dan dalam masa yang sama ia merupakan usaha kerajaan dalam Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan memastikan penjimatan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

Kredit Baucar RM400 Dalam Program SAVE 3.0

Penebusan rebat SAVE 3.0 boleh dibuat berdasarkan kelayakan pengguna terlebih dahulu. Antara syarat kelayakan bagi mendapatkan penebusan rebat RM400 ialah :-

  1. Rebat ini hanya terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar di bawah syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power adalah layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian juga boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf sahaja seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Kredit Baucar RM400/Baucar SAVE 3.0 :

Program SAVE 3.0 ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) hanya kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan 4 atau 5 bintang label dari kecekapan tenaga yang ditetapkan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan

Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

kategori baucar

Cara Penebusan Kredit Baucar RM400

Penebusan boleh dibuat secara lansung di kedai elektrik atau pasar raya dan boleh juga secara atas talian di Shopee Lazada dan PGMALLBerikut merupakan cara penebusan di Shopee secara atas talian :

cara tebus rebat

Untuk maklumat lanjut Kredit Baucar RM400, anda boleh layari:

  1. Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
  3. PG Mall : https://www.pgmall.my/
  4. Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Tempoh sah pelaksanaan Program SAVE 3.0 telah ditetapkan selama satu 1 tahun bermula dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

“Beli Berjimat, Duit Pun Selamat”

Program SAVE 3.0 ini dijangkan akan membantu jutaan rakyat Malaysia dalam berjimat cermat dan memudahkan urusan rakyat memiliki alatan elektrik bercekapan 4 atau 5 bintang yang akan menjimatkan penggunaan elektrik isi rumah yang domestik. Inilah usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan kehidupan rakyat Malaysia selesa.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati