Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara (MSN) ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan yang ditawarkan ini adalah pada 31 Mac 2021.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:
Jawatan yang ditawarkan :
1. Pemandu Kenderaan (3 Kekosongan)
2. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) (1 Kekosongan)
Info Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara
Lokasi: Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, dan Kompleks Nilai Negeri Sembilan
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Status Pelantikan: kontrak
Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan:
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan
lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas dan lori.
Deskripsi Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO):
Bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir hal-hal berkenaan keselamatan
dan kesihatan tempat kerja.
Syarat Lantikan Jawatan Pemandu Kenderaan di Majlis Sukan Negara
- Lelaki berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memperolehi Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu; dan
- Memiliki Lesen memandu Kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Lesen E adalah satu kelebihan; dan
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO):
- Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memperolehi Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu; dan
- Memiliki Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau yang setaraf yang diiktiraf olah Kerajaan; ATAU
- Memiliki Sijil/EDOSH Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari pusat pengajar yang diluluskan oleh NIOSH.
Gaji Pukal Pemandu Kenderaan:
- Minimum: RM 1,800.00
- Maksimum: RM 3,500.00
Gaji Pukal Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (HSO):
- Minimum: RM 2,200.00
- Maksimum: RM 5,000.00
Cara Memohon Jawatan Jawatan Ini di Majlis Sukan Negara
- Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
(i) Salinan sijil akademik Diploma/PMR/PT3/SPM dan setaraf;
(ii) Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Salinan Kad Pengenalan. - Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
- Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021
(Jumaat) melalui emel [email protected] - ATAU dialamatkan kepada:-MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur - Permohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
Borang Permohonan:
Borang Permohonan Jawatan MSN Kontrak
(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)
Peringatan & Penafian
Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang dinyatakan sahaja, iaitu sebelum 31 Mac 2021. Sehubungan itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti berkenaan tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.
Selain itu,anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 , 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 , 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 , 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM , ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).