Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Putihkan Kulit Dengan Mudah Dan Cepat

putihkan kulit

Tahukah anda terdapat banyak cara untuk putihkan kulit kerana mempunyai kulit yang putih, bersih dan bersinar sereta bebas daripada sebarang jerawat atau jeragat merupakan impian semua orang khususnya golongan remaja perempuan dan wanita? Namun, terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya hiperpigmentasi pada wajah, kulit wajah kusam, kering, timbul masalah kulit seperti jerawat dan yang lebih parah lagi kulit menjadi hitam.

Penulisan pada hari ini akan menekankan bagaimana cara untuk kita putihkan kulit dan mendapatkan kulit wajah yang ideal secara semulajadi dan produk-produk yang sesuai untuk putihkan kulit anda.

Cara Putihkan Kulit

cara putihkan kulit

Tanpa membuang masa, marilah kita telusuri bagaimana cara untuk mendapatkan kulit putih dan ideal semua orang. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda praktikkan untuk mendapatkan kulit yang menawan.

  1. Rajin menggunakan sunscreen

Menggunakan sunscreen setiap kali keluar rumah sama ada memakainya di muka atau badan dapat melindungi kulit dari cahaya matahari yang boleh membakar kulit dan menyebabkan kulit menjadi gelap.

2. Menggunakan skrub badan 2 atau 3 kali seminggu

Menggunakan skrub badan mempunyai banyak fungsi antaranya, dapat membersihkan lapisan kulit dsan menyingkirkan sel-sel mati. Dengan ini, apa sahaja jenis produk yang anda letakkan di atas kulit anda mudah untuk masuk dan meresap. Anda akan mendapat keberkesanan produk dengan menggunakan skrub kulit.

Hindari menggunakan skrub setiap hari kerana ia mampu menipiskan kulit dan menyebabkan pengelupasan terutamanya mereka yang mempunyai jenis kulit kering.

3. Mengambil suplemen

Memakan dan meminum suplemen dapat membantu kulit anda memutih dengan cepat kerana hampir semua suplemen yang dijual di pasaran adalah bertujuan untuk memutihkan kulit namun anda juga perlu mencari suplemen yang mengandungi kolagen agar proses pemutihan kulit dapat dijana. Anda juga perlu berhati-hati ketika memilih suplemen dan pastikan suplemen yang anda beli mendapat cop lulus untuk dipasarkan dan selamat untuk dimakan atau diminum.

Cara Mencerahkan Kulit Dari Rumah

cara putihkan kulit dari rumah

Di sini, saya akan kongsikan cara cerahkan kulit di rumah tanpa perlu menggunakan banyak kos dan sangat jimat masa. Anda boleh lihat bahan yang diperlukan dan ikuti sahaja cara yang telah disediakan untuk mendapatkan kulit putih yang anda idam-idamkan.

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Lemon
  • Air

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk.
  2. Ambil sebiji lemon kemudian potong dan perah.
  3. Sediakan sedikit air dan campur ke dalam tepung beras dan lemon tadi.
  4. Kacau hingga tepung menjadi sedikit cair.
  5. Sapukan pada kawasan yang anda inginkan.
  6. Biarkan hingga kering dalam 15 hingga 20 minit.
  7. Bilas dengan air.

Jenis Produk Mengikut Keperluan Kulit

jenis produk dan keperluan kulit

Tahukah anda bahawa anda perlu mengetahui jenis kulit anda dan juga produk yang sesuai dengan masalah atau keperluan kulit anda? Memakai produk yang tidak sesuai dengan kulit anda akan menyebabkan timbul masalah kulit yang lain. Di bawah ini merupakan penjelasan tentang jenis produk yang kulit anda perlukan.

Jenis-jenis kulit dan produk yang sesuai:

  1. Kulit Berminyak: Gunakan produk yang mengandungi Niacinamide, Glycolic Acid. Dimethicone, Hyaluronic Acid dan Salycilc Acid.
  2. Kulit Normal: Glycolic Acid, Ekstrak Alga, Dimethicone dan Hyaluronic Acid.
  3. Kulit Kering: Glycolic Acid, Lactic Acid, Ekstrak Aloe Vera, Ceramides dan Hyaluronic Acid.
  4. Kulit Berjerawat: Retinol, Benzoyl Peroxide, AHA dan BHA.
  5. Kulit Kombinasi: Salycilc Acid, Silica, Niacinamide, Ekstrak Aloe Vera, Glycerin dan Hyaluronic Acid.

Makanan Putihkan Kulit

makanan putihkan kulit

Tahukah anda terdapat makanan yang dapat anda amalkan untuk mendapatkan kulit yang putih? Di bawah ini merupakan makanan yang dapat memutihkan kulit serta fungsinya.

  1. Brokoli

Brokoli merupakan sayur yang tinggi dalam nutrisi. Dalam brokoli, terdapat banyak vitamin sepertti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B kompleks, Vitamin K dan Vitamin E.

2. Avokado

Avokado merupakan salah satu buah yang mengandungi lemak yang baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang sangat bagus untuk menjadikan kulit bersih dan cerah. Anda boleh jadikan avokado sebagai jus atau dimakan begitu sahaja.

3. Soya

Soya sangat bagus untuk mencerahkan kulit kerana mempunyai ciri-ciri anti penuaan yang boleh menghalang kedutan. Soya juga membantu mengekalkan kelembapan dan seri kulit dan menjadikan kulit kita lebih lembut, bertenaga, cerah dan mempunyai tona kulit yang sekata.

4. Lemon dan Limau

Lemon dan limau mengandungi Vitamin C yang tinggi yang menjadikan ia sebagai agen pemutihan semulajadi. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat, kedutan, bintik hitam dan anti-penuaan. Bahan ini juga menjadikan kulit lebih anjal dan lebih muda sekali gus dapat menjadi bahan detox yang berkesan.

Tips Penjagaan Kulit Muka

tips penjagaan muka

Berikut merupakan tips penjagaan muka yang harus anda semua ketahui bgai mendapatkan kulit ideal yang anda inginkan. Dengan mengamalkan tips penjagaan muka yang baik, anda dapat melihat keberkesanan yang anda inginkan.

  1. Bersihkan muka

Bersihkan muka menggunakan makeup remover.

2. Cleanser

Cuci muka menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.

3. Menggunakan mask

Memakai mask sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu adalah salah satu cara untuk mengelakkan kulit muka menjadi kusam dan mengekalkan kelembapan.

4. Toner

Lap menggunakan kapas untuk menanggalkan minyak dan kotoran dari permukaan kulit serta menutup liang pori.

5. Menggunakan moisturizer

Memakai pelembap adalah sangat penting untuk mengekalkan keanjalan dan melambatkan kesan penuaan.

6. Sunscreen

Penggunaan pelindung UV adalah untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB disamping menghalang penghasilan jeragat.

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. Diharapakan para pembaca dapat mengamalkan tips dan cara-cara yang telah dihuraikan tadi. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan!

Apakah yang menyebabkan kulit berjerawat?

Kulit berjerawat adalah disebabkan oleh penyumbatan folikel rambut oleh minyak dan sel kulit mati yang kemudian terinfeksi oleh bakteria.

Bagaimanakah cara mengatasi kulit kering?

Kulit kering dapat diatasi dengan menggunakan pelembap dan elakkan menggunakan pencuci muka yang mengandungi bahan yang boleh mengeringkan kulit, jauhi diri daripada panas berlebihan dan minum air secukupnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan SPF?

SPF adalah singkatan dari Sun Protection Factor yang mengukur seberapa baik sesuatu produk melindungi kulit dari sinar UV.

Apakah kepentingan SPF?

Kepentingan SPF adalah untuk mencegah kerosakan kulit dan kanser kulit yang disebabkan oleh paparan sinar matahari.

Apakah yang harus anda lakukan untuk mengurangi tanda-tanda penuaan pada kulit?

Untuk mengurangi tanda-tanda penuaan pada kulit anda harus mencegah sinar matahari yang berlebihan, menggunakan pelembap yang mengandungi bahan anti-penuaan dan menjaga pola tidur yang cukup untuk mengurangi tanda-tanda penuaan pada kulit.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati