Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tanda-Tanda Darah Tinggi dan 6 Punca Tekanan Darah Tinggi yang Harus Anda Waspada!

Tanda-Tanda Darah Tinggi dan  Punca Tekanan Darah Tinggi

Kesihatan merupakan aset yang paling berharga dalam kehidupan kita. Di antara pelbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan tekanan darah tinggi atau hypertensi. Dewasa ini, telah menjadi perbualan hangat dalam masyarakat global, fenomena ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan tetapi juga memberikan impak yang signifikan terhadap kualiti hidup.

Dalam artikel ini, admin akan meneliti secara lebih mendalam mengenai tekanan darah tinggi termasuk faktor-faktor risiko, impaknya terhadap kesihatan. Umum ketahui bahawa kesedaran serta pengetahuan yang tepat adalah kunci dalam mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi dalam masyarakat kita.

Kawal Tekanan Darah Tinggi, Hidup Sihat Lebih Bahagia!

Darah tinggi

Apakah Itu Hypertension?

Darah tinggi merujuk kepada keadaan di mana tekanan darah dalam berada pada tahap yang terlalu tinggi secara berterusan. Ia juga dikenali sebagai hipertensi ataupun hypertension. Tekanan darah diukur dalam dua nilai: tekanan sistolik (tekanan semasa jantung berdenyut) dan tekanan di diastolik (semasa jantung berehat) jika nilai darah melebihi 130/80 mmHg secara konsisten.

Keadaan ini menjadi isu kesihatan utama yang sering diabaikan namun kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan adalah serius terutama mempengaruhi fungsi jantung, otak, strok dan organ-organ utama lain dalam tubuh.

Punca-Punca Tekanan Darah Tinggi

Darah tinggi atau hypertensi dapat disebabkan oleh sejumlah faktor, baik yang berkaitan dengan gaya hidup sama ada keadaan penyakit tertentu. Berikut adalah beberapa punca utama darah tinggi :

Darah tinggi

1. Kekurangan tidur

Jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup tubuh anda mengalami perubahan hormon dan fizikal yang akan memberi kesan pada tekanan darah serta menyebabkan ketidakseimbangan pada hormon yang mengawal stress. Selain itu, gangguan tidur seperti sleep apnea juga menjadi faktor pada peningkatan tekanan darah.

2. Insulin resistance

Keadaan ini berlaku apabila anda mengambil insulin resistance ia menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengawal tahap gula dalam darah. Perkara ini boleh menyebabkan peningkatan glukosa oleh hati dan peningkatan penyerapan glukosa oleh sel badan yang pada akhirnya boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

3. Stress atau tekanan

Keadaan ini berlaku apabila anda mempunyai tekanan atau stress yang teruk, tubuh akan beri tindakbalas dengan mengeluarkan hormon stress seperti kortisol dan adrenalin. Jika perkara ini berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan impak negatif pada tekanan darah terutama fungsi pembuluh darah dan jantung yang pada akhirnya boleh meningkatkan risiko hipertensi.

4. Inflammation atau Peradangan

Peradangan atau inflammation merupakan punca yang berpotensi menyebabkan peningkatan tekanan darah. Jika anda mempunyai peradangan ia akan menghasilkan tindak balas yang boleh menyebabkan pengerasan atau pembesaran jantung yang akhirnya meningkatkan tekanan darah.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan peradangan dalam tubuh termasuklah diet tidak sihat, gaya hidup yang tidak aktif, merokok, obesiti, makanan ringan, makanan proses, vegetable oil dan sebagainya. Umum diketahui bahawa peradangan yang berpanjangan dapat merosakkan dinding arteri (arteri adalah lapisan tisu yang mengelilingi saluran darah) dan menyebabkan peningkatan ketegangan dalam arteri yang akhirnya boleh meningkatkan tekanan darah secara keseluruhan.

5. Genetik atau Sejarah Keluarga

Genetik juga memainkan peranan yang penting dalam sesetengah orang yang mempunyai tekanan darah tinggi. Namun, genetik bukanlah alasan untuk anda menjadikan ia sebagai faktor sekiranya anda tidak menjaga gaya hidup sihat atau perkara yang mendorong peningkatan tekanan darah tinggi.

6. Fatty heart

Keadaan ini berlaku apabila anda mempunyai masalah obesiti atau kegemukan sehingga mengakibatkan organ hati dan jantung dipenuhi oleh lemak. Oleh itu, bagaimana jantungnya akan berfungsi. Perkara ini juga merupakan punca berlakunya peningkatan tekanan darah.

Bagi pandangan admin, cari dahulu apa punca berlakunya peningkatan bacaan tekanan darah bukannya rajin makan ubat kerana ubat tu tak ke mana-mana. Sekiranga insulin resistance jadi insulin sensitif, maka akan turun bacaan tekanan darah bahkan penyakit yang lain pun. Lebih jelas lagi, cari dahulu punca penyakit, ubati punca dengan rawatan yang tepat, insyaAllah kita akan sihat dan lebih bahagia.

Tanda-Tanda Tekanan Darah Tinggi

Jika anda mendapat bacaan tekanan darah tinggi yang sangat tinggi anda mungkin akan mengalami simptom-simptom berikut:

Darah tinggi
  • Kelesuan dan merasa gelisah
  • Penglihatan yang kabur
  • Kesakitan di bahagian dada
  • Susah nafas
  • Hidung berdarah
  • Sakit kepala
  • Sakit dibelakang tengkuk atau leher
  • Muntah

Sekiranya terdapat gejala yang berterusan dan semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati