Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini : PM Umum Bantuan Khas Kewangan RM350 – RM700 l Ikuti Syarat Kelayakan

pm umum bantuan khas kewangan2

Terkini : PM Umum Bantuan Khas Kewangan RM350 – RM700 l Ikuti Syarat Kelayakan. Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bagi mereka yang layak. Menurut pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri, pemberian bantuan adalah untuk membantu kewangan kepada mereka yang layak sahaja.

Bantuan Khas Kewangan diumumkan bagi tahun 2023 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan serta Pesara Kerajaan akan dibayar mulai Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 ini adalah bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang bertemakan ‘Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia’.

Baca juga : Terkini : Perdana Menteri Umum Berita Gembira Kepada Penjawat 

Terkini : PM Umum Bantuan Khas Kewangan RM350 – RM700 l Ikuti Syarat Kelayakan

Apa itu Bantuan Khas Kewangan 2023?

ef447ebe cc72 4fa0 ae8c a7725b1bef89 2

Bantuan khas kewangan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam Majlis Amanah Perdana Menteri Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang ke-18.

“KEENAM: BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2023.”

“DIBAYAR KEPADA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM GRED 56 KE BAWAH BERJUMLAH RM700 DAN RM350 BAGI PESARA KERAJAAN DAN VETERAN TIDAK BERPENCEN YANG AKAN DIBERI PADA JANUARI 2023.”

Berapakah Kadar Jumlah Bantuan?

c8b85765 d9e7 4175 865e 2b28f8c6d5a0 4

Jumlah kadar bantuan yang diberikan terdiri daripada 2 kategori iaitu;

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah
  • Pesara Kerajaan

RM700 – Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah

RM350 – Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencenPenerima Pencen TerbitanPesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen

Bilakah Tarikh bayaran?

Bayaran dibuat pada bulan Januari 2023. Tarikh sebenar bayaran akan diumumkan oleh Kerajaan selepas ini.

Dijangkakan tarikh bayaran adalah pada tarikh gaji bulan Januari 2023 iaitu pada penghujung bulan.

Syarat Kelayakan Penerimaan Bantuan Khas Kewangan 2023

Penjawat Awam Yang Layak Dibayar

Buat masa ini, kerajaan belum memperincikan tentang penjawat awam yang layak dibayar bagi tahun 2023.

Tetapi, berdasarkan bantuan yang sama pada tahun 2022, bantuan ini dibayar kepada khas pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 25 Januari 2022.

Turut layak diberi kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan
  2. Profesional dan
  3. Kumpulan Pelaksana yang merupakan pegawai :
    1. lantikan tetap,
    2. sementara dan
    3. Contract of Service,
    4. pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 juga turut dipanjangkan kepada :

  • guru interim,
  • pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang kurangnya 30 hari berturut-turut.

Keperihatinan Kerajaan Malaysia Kepada Penjawat Awam Wajar Diberi Pujian Dan Terima Kasih

Pengumuman harini pada pukul 10 pagi tadi di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) merupakan sebuah tanda kerajaan Malaysia yang bertindak sebagai majikan menjalankan tugas majikan dengan baik kerana menghargai usaha para penjawat awam yang sudah banyak memberikan perkhidmatan yang baik kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Melalui pengumuman harini ia merupakan signal yang jelas betapa kerajaan menghargai usaha para penjawat awam.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati