Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR TAHUN 2023

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR
PERMOHONAN BANTUAN BANJIR

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR. Adalah dimaklumkan bahawa negara kita sedang dilanda dengan musim banjir di beberapa negeri yang mana keadaan sekarang adalah mula serius apabila beberapa hari mengalami penurunan hujan lebat yang berterusan di beberapa tempat.

Sini untuk makluman kepada semua, terutama kepada mereka yang terjejas dengan banjir pada ada berita gembira daripada kerajaan yang mana kerajaan Malaysia ada menawarkan permohonan bantuan banjir yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia melalui dana sebanyak dua bilion ringgit Malaysia untuk membantu mereka yang terjejas.

Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM2.03 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0% dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Semoga kesemua inisiatif ini dapat membantu meringankan beban #KeluargaMalaysia yang terkesan akibat banjir.

– Dato’ Ismail Sabri Bin Yaakob (Perdana Menteri Malaysia)

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR 

Bantuan Musim Banjir

Sukacita dimaklumkan bahawa bantuan banjir ini boleh dimohon melalui portal rasmi kerajaan Malaysia. Ini di bawah Perdana menteri datuk seri Ismail Yaakob telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar mencecah billion ringgit untuk diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Untuk makluman kepada semua terdapat banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dari segi bantuan tunai bantuan pembiayaan dan bantuan ihsan kepada rakyat Malaysia yang terjejas dan menjadi mangsa banjir.

Kini dilaporkan banjir di beberapa negeri agak membimbangkan dan sumber daripada MetMalaysia juga melaporkan negara kita akan menghadapi monsun timur laut bermula daripada November sehingga Mac 2023. Diminta kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan mengenai banjir yang boleh memburuk bila-bila masa.

Permohonan Bantuan Musim Banjir

Berkenaan permohonan bantuan mangsa banjir bagi mereka yang terjejas dengan keadaan banjir yang mengakibatkan kerosakan pada rumah, kereta ,motor dan kesihatan diri. Anda boleh membuat permohonan bagi bantuan banjir yang dibuka oleh kerajaan Malaysia. Ia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat membantu dan mengurangkan mangsa banjir yang terkesan dengan keadaan kenaikan air yang boleh menjejaskan kehidupan seharian kita.

Berikut dikongsikan beberapa bantuan banjir yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Anda boleh ikuti senarai bantuan banjir yang boleh dimohon dibawah.

Senarai Bantuan Musim Banjir

Anda boleh ikuti senarai lanjut bantuan-bantuan yang kami sediakan khas kepada anda yajg memerlukan pertolongan dan bantuan.

BANTUAN TUNAI

Terdapat beberapa bantuan tunai yang anda boleh mohon bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi anda.

Bantuan musim banjir1.Bantuan Wang Ihsan(BWI) Seisi Rumah

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti/ Pegawai Daerah masing-masing.Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.

Bantuan rebat elektrik banjir2. Bantuan REBAT Pembelian Barangan Elektrik

Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : pembelian peralatan elektrik domestik.Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui bantuan rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terjejas dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).

3.Sumbangan Pembelian Barangan Keperluan Asas

SUMBANGAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS (BBKA). Sumbangan BBKA ialah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) untuk membeli barangan keperluan bagi kediaman yang terjejas akibat bencana banjir akhir tahun 2021 dan awal 2022.

Penerima bantuan ini adalah mereka yang terdiri daripada KIR yang menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang mempunyai rumah kediaman yang telah terkesan akibat bencana banjir. Rumah kediaman berbilang tingkat juga layak menerima bantuan ini sekiranya didapati terjejas akibat banjir.

4. Bantuan Automotif Keluarga Malaysia

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia adalah inisiatif di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir. Inisiatif meliputi diskaun daripada syarikat automotif dan juga baucar diskaun automotif sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan sama ada untuk pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak/musnah akibat banjir. Walaubagaimanapun, inisiatif ini masih dalam proses bagi tahun 2022. Bagi sebarang makluman baharu, sistem guru online akan update dari semasa ke semasa.

5. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA

Bantuan musim tengkujuh daripada RISDA merupakan bantuan yang disediakan kepada mereka yang terjejas dari segi penanaman dan kebun yang sedia ada layak untuk membuat permohonan bantuan daripada pihak RISDA. Permohonan boleh dibuat mengikuti kelayakan dan cara permohonan oleh pihak RISDA sahaja. Permohonan juga hendaklah dibuat dengan menepati butiran lengkap dan maklumat yang diminta sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan BMT, anda boleh rujuk disini.

Berhati-Hati Musim Banjir

  • Diminta kepada rakyat setempat yang terkesan dengan kenaikan paras banjir akibat hujan lebat yang berterusan dan juga fenomena monsun Timur laut yang kini sedang melanda negara Malaysia sehingga Mac 2023 agar berhati-hati dengan keadaan semasa dan sentiasa peka dan cakna akan kenaikan air yang boleh mengakibatkan dah terjejas serta barangan kepentingan dan beberapa dokumen penting boleh diselamatkan segera.
  • Diminta juga kepada mereka yang dalam keadaan bencana banjir melakukan beberapa langkah keselamatan seperti menutup elektrik sekiranya paras air masuki rumah dalam keadaan bahaya. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kecelakaan berkaitan dengan elektrik terjadi di tempat anda.
  • Selain itu pastikan juga kenderaan kereta dan motosikal anda dialihkan ke tempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan kerosakan akan berlaku kepada kenderaan anda dan orang lain juga.
  • Kepada ibu bapa sila pastikan anak-anak anda tidak bermain dengan air banjir yang disyaki dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan anak-anak anda dan boleh mengakibatkan penyakit bawaan air merebak di dalam keluarga anda.
  • Selaku ketua isi rumah pastikan juga anda membuat keputusan yang terbaik dalam negara mengatasi situasi banjir yang dijangka akan memburu bila-bila masa sahaja. Jika terdapat keperluan untuk berpindah di pusat pemindahan segera lakukanlah dengan mengikuti shop yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pastikan juga anda membuat persediaan yang rapi.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada para pembaca. Berhati-hati ketika menghadapi musim banjir. Lakukanlah persediaan yang rapi.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati