Adakah anda mengetahui cara mengukur cincin yang tepat dan sesuai dengan jari anda? Pada hari ini, saya akan berkongsi cara-cara untuk ukur cincin dengan mudah.
Anda hanya perlukan beberapa bahan yang mudah untuk anda dapati. Selepas ini, anda tidak perlu bingung dan dan risau jika cincin yang anda beli online sesuai dengan ukuran cincin anda atau tidak.
Cara Ukur Cincin Dengan 3 Bahan
Isi Kandungan
- 1 Cara Ukur Cincin Dengan 3 Bahan
- 2 Aplikasi Mudah Untuk Ukur Cincin
- 2.1 Bahan Lain Untuk Ukur Cincin
- 2.2 Cara Mengatasi Cincin Lebih Saiz
- 2.3 Kedai Jual Cincin Di Shopee
- 2.4 Apakah jenis-jenis cincin yang ada?
- 2.5 Bagaimanakah cara membersihkan cincin?
- 2.6 Bagaimanakah cara menjaga cincin agar sentiasa kelihatan bagus?
- 2.7 Bagaimanakah cara mengetahui ukuran cincin yang tepat?
- 2.8 Apakah yang harus dipertimbangkan ketika membeli cincin tunang atau cincin nikah?
Untuk mendapatkan ukuran cincin yang tepat, anda perlu sediakan bahan-bahan seperti di bawah ini. Sangat mudah dan jimat kos, anda tidak perlu keluar duit untuk mengetahui saiz cincin anda. Ikuti sahaja langkah-langkah di bawah.
Bahan-bahan:
- Pen yang bermata tirus
- Pembaris
- Kertas
Cara mengukur saiz cincin dengan tepat:
- Lilitkan kertas ke jari yang ingin anda ukur.
- Tanda menggunakan pen di hujung lipatan kertas yang dililit di jari.
- Ukur panjang kertas yang telah ditanda menggunakan pembaris.
- Tulis ukuran dalam unit cm atau mm pada kertas agar tidak lupa.
- Rujuk jadual tentang ukuran cincin di Google.
Aplikasi Mudah Untuk Ukur Cincin
Saya akan kongsikan aplikasi untuk mengukur ukuran cincin yang tepat. Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi kedai emas atau kedai cincin untuk mendapatkan ukuran cincin.
Dalam aplikasi ini, terdapat jadual ukuran cincin yang mereka telah sediakan dan cara mengetahui ukuran cincin dengan tepat.
Nama aplikasi: Ring Sizer by Jason Withers ©
Cara penggunaan aplikasi:
- Buka aplikasi dan letakkan cincin anda di atas screen telefon anda dan sesuaikan mengikut diameter cincin.
- Anda dapat mengenalpasti ukuran cincin anda dengan tepat.
Bahan Lain Untuk Ukur Cincin
Terdapat bahan lain yang dapat anda gunakan untuk mengetahui ukuran cincin anda seperti berikut:
- Benang
- Cable tie
- Pita pelekat
- Pita pengukur baju
Cara Mengatasi Cincin Lebih Saiz
Untuk anda yang memiliki masalah cincin yang besar daripada ukuran jari sebenar, anda boleh cuba cara di bawah ini.
- Gunakan pita pelekat:
Anda boleh melilit pita pelekat pada bahagian belakang cincin. Anda juga boleh menambah pita pelekat di bahagian dalam cincin. Caranya adalah dengan menggunting pita pelekat sesuai dengan ukuran lebar cincin dan lekatkan secara melingkar pada bahagian dalam cincin.
2. Gunakan plaster:
Lilitkan plaster pada bahagian belakang cincin. Gunakan plaster yang berasaskan kain. Plaster yang diperbuat daripada plastik akan membuat hari anda kurang selesa dan elakkan memilih plaster dengan warna yang sesuai dengan kulit.
3. Cat kuku:
Gunakan cat kuku pada bahagian cincin yang terlalu longgar. Kemudian, tunggu sehingga cat kuku kering dan sarungkan cincin ke jari. Jika cincin masih longgar, tambahkan lapisan cat kuku pada bahagian dalam cincin hingga muat di jari.
4. Menggunakan aksesori yang banyak:
Jika cincin masih longgar, anda boleh menggunakan aksesori yang banyak dengan menggunakan cincin yang lebih kecil. Melalui kaedah ini, cincin yang kecil mampu menahan cincin yang besar agar tidak jatuh.
Kedai Jual Cincin Di Shopee
Di bawah ini merupakan senarai kedai-kedai online yang terdapat di aplikasi Shopee yang menjual berbagai jenis cincin:
Senarai kedai online jual cincin di Malaysia:
Senarai kedai online jual cincin luar negara:
Perbezaan Antara Cincin Merisik, Cincin Tunang dan Cincin Nikah
Tahukah anda terdapat beberapa perbezaan antara cincin merisik, cincin nikah dan cincin tunang? Sebenarnya, ketiga-tiga cincin ini mempunyai peranan yang berbeza dalam proses perkahwinan di negara kita. Tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah perbezaan antara tiga jenis cincin ini?
- Cincin merisik
Cincin belah merotan sangat terkenal dan sentiasa menjadi pilihan untuk merisik kerana reka bentuk cincin ini yang sangat ringkas dan manis dipakai oleh pengantin perempuan. Cincin ini digelar sebagai belah rotan kerana reka bentuk cincin yang kosong dan ringkas yang tidak mempunyai sebarang batu permata.
- Cincin tunang
Cincin yang bakal dipilih untuk bakal pengantin adalah lebih menarik daripada cincin merisik. Kebiasaanya, cincin tunang dapat dilihat dari segi motif yang elegan dengan batu permata yang kecil atau batu sejajar. Cincin tunang juga turut dikenali sebagai eternity ring.
- Cincin nikah
Bagi cincin nikah, ianya adalah lebih eksklusif berbanding cincin risik dan tunang. Dari segi harga juga, cincin nikah adalah lebih mahal dan lebih menarik dengan pelbagai pilihan untuk pengantin.
Demikianlah perkongsian saya pada hari ini. Diharapkan ianya dapat menjawab pertanyaan para permbaca di luar sana. Semoga bermanfaat!
Apakah jenis-jenis cincin yang ada?
Ada berbagai jenis cincin termasuk cincin pertunangan, cincin pernikahan, cincin fesyen dan banyak lagi.
Bagaimanakah cara membersihkan cincin?
Anda boleh membersihkan cincin dengan mencelupkannya ke dalam larutan air panas dan sabun dengan lembut lalu gosokannya dengan sikat yang lembut.
Bagaimanakah cara menjaga cincin agar sentiasa kelihatan bagus?
Elakkan memakai cincin saat melakukan aktiviti berat, elakkan terkena bahan kimia yang keras dan bersihkan secara berkala untuk memastikan tidak ada sebarang kerosakan.
Bagaimanakah cara mengetahui ukuran cincin yang tepat?
Anda dapat mengukur cincin dengan pita pengukur atau pergi ke kedai cincin atau kedai emas untuk mendapatkan ukuran cincin yang sebenar.
Apakah yang harus dipertimbangkan ketika membeli cincin tunang atau cincin nikah?
Anda perlu mengetahui bajet, gaya dan motif yang disukai oleh pasangan, kualiti batu permata serta kepakaran kedai dalam mengukir cincin anda.