Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia

5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia
5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia 7

Anda sedang mencari smartphone terbaik 2024 Malaysia yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan ramai? Banyak kriteria yang boleh anda lihat dari segi rekaan bentuk, tahun dilancarkan, jenis kamera, memori, storage serta banyak lagi kelebihannya.

Mungkin anda ingin berjimat cermat tetapi inginkan smartphone yang benar-benar berkualiti dan terbaik untuk kegunaan jangka masa panjang. Pasti ada yang sesuai buat anda.

Mari anda lihat 5 smartphone terbaik 2024 Malaysia berkualiti pilihan ramai. Mungkin ia juga adalah pilihan anda!

5 Smartphone Terbaik Tahun 2024

Smartphone menjadi salah satu alat komunikasi penting dalam kehidupan untuk mendapatkan berita semasa, berhubung dengan orang jauh, bermain game, mendengar muzik, merakam video dan gambar dan bermacam lagi kegunaan.

Apa yang menjadi persoalan, adakah jenama smartphone yang kita pilih dan beli mempunyai spesifikasi yang baik? Walaupun sesetengah telefon pintar menawarkan harga murah, tak semestinya telefon pintar tersebut tidak berkualiti.

Malah, smartphone bajet sekarang mempunyai spesifikasi yang canggih terutamanya smartphone jenis android. Jadi, disini akan dikongsikan senarai smartphone terbaik 2024.

Senarai 5 Smartphone Terbaharu 2024

1. Realme C55

Smartphone Terbaik 4
5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia 8

Spesifikasi

  • Chipset: Mediatek Helio G88 (12nm)
  • OS: Android 13
  • RAM: 6GB RAM, 8GB RAM
  • Storan dalaman: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.72 inches IPS LCD Display
  • Resolusi: 1240 x 2772 pixels, 20:9 Ratio, 392 PPI Pixel Density
  • Bateri: Li-Po 5000 mAh (Non-Removable)
  • Kamera: 8 Megapixel (Selfie), 64 Megapixel (Primary), 2 Megapixel (Depth)

Harga

Harga Realme C55 di Malaysia adalah sekitar RM699 untuk model 128GB/6GB. Telefon ini dikuasakan oleh CPU Mediatek Helio G88, bateri Li-Po 5000 mAh, sehingga 8GB RAM, dan storan dalaman sehingga 256GB.

Realme C55 turut hadir dengan Paparan IPS 6.72 inci dan kadar penyegaran 90Hz. Untuk kamera, ia padat dengan sensor utama 64MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan 8MP.

Ciri lain yang tersedia dalam telefon bajet ini termasuk Wi-Fi 5, Bluetooth 5.2 dan pengimbas cap jari (dilekapkan di sisi). Realme C55 diumumkan pada 7 Mac 2023 dan boleh didapati dalam warna Sun Shower, dan Rainy Night.

Beli di ShoppeBeli di Lazada

2. Xiaomi Redmi Note 12 4G

Smartphone Terbaik 3
5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia 9

Spesifikasi

  • Chipset: Qualcomm SM6225 Snapdragon 685 (6 nm)
  • OS: Android 13
  • RAM: 4GB RAM, 6GB RAM, 8GB RAM
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.67 inches AMOLED Display
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels, 20:9 ratio, 395 PPI Pixel Density
  • Bateri: Li-Po 5000 mAh, (Non-Removable)
  • Kamera: 13 Megapixel (Selfie), 50 Megapixel (Primary), 8 Megapixel (Ultrawide), 2 Megapixel (Macro)

Harga

Harga Xiaomi Redmi Note 12 4G di Malaysia ialah RM699 untuk model 128GB. Telefon ini diumumkan pada 23 Mac 2023 dan boleh didapati di pasaran Malaysia mulai 6 April 2023.

Untuk spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 12 4G padat dengan IPS LCD 6.67 inci dan resolusi 1080 x 2400 piksel. Ia juga tersedia dengan bateri Li-Po 5000 mAh dengan pengecasan berwayar 33W, NFC dan platform Android 13.

Untuk kamera, Telefon ini tersedia dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor 13MP untuk swafoto.

Beli di ShoppeBeli di Lazada

3. Samsung Galaxy A14

Smartphone Terbaik 5
5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia 10

Spesifikasi

  • Chipset: Exynos 850
  • OS: Android 13
  • RAM: 4GB RAM, 6GB RAM
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.6 inches PLS LCD Display
  • Resolusi: 1080 x 2408 pixels, 400 PPI Pixel Density
  • Bateri: Li-Po 5000 mAh (Non-Removable)
  • Kamera: 13 Megapixel (Selfie), 50 Megapixel (Primary), 5 Megapixel (Ultrawide), 2 Megapixel (Macro)

Harga

Harga Samsung Galaxy A14 di Malaysia ialah RM799 untuk model 128GB / 6GB. Telefon ini dikuasakan oleh CPU Helio G80, bateri Li-Po 5000 mAh, 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB.

Samsung Galaxy A14 juga dilengkapi dengan Paparan LCD PLS 6.6 inci dan resolusi 1080 x 2408 piksel. Untuk kamera, padat dengan sensor utama 50MP, sensor ultralebar 5MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 13MP.

Ciri lain yang tersedia termasuk Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari (dilekapkan di sisi). Samsung Galaxy A14 diumumkan pada 28 Februari 2023 dan tersedia dalam warna Hitam, Merah Gelap, Perak dan Hijau.

Beli di ShoppeBeli di Lazada

4. Xiaomi Redmi 12C

Smartphone Terbaik 6
5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia 11

Spesifikasi

  • Chipset: Mediatek MT6769Z Helio G85 (12nm)
  • OS: Android 12
  • RAM: 4GB RAM, 6GB RAM
  • Storan dalaman: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.71 inches IPS LCD Display
  • Resolusi: 720 x 1650 pixels (HD+), 268 PPI Pixel Density
  • Bateri: Li-Po 5000 mAh (Non-Removable)
  • Kamera: 5 Megapixel (Selfie), 50 Megapixel (Primary), 0.08 Megapixel (Depth)

Harga

Xiaomi Redmi 12C hadir dengan paparan IPS LCD 6.71 inci dengan resolusi 720 x 1650 piksel. Di bawah hud, ia dikuasakan oleh CPU Mediatek MT6769Z Helio G85 (12nm) dan bateri Li-Po 5000 mAh.

Telefon ini dijalankan pada Android 12 dengan antara muka pengguna MIUI 13. Xiaomi Redmi 12C tersedia dengan tiga pilihan memori dengan storan sehingga 128GB dan RAM sehingga 6GB.

Untuk kamera, telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 50 MP, sensor kedalaman 0.08MP dan kamera selfue 5MP. Harga Xiaomi Redmi 12C di Malaysia adalah sekitar RM599 untuk model asas.

Beli di ShoppeBeli di Lazada

5. Honor X8a

Smartphone Terbaik 7
5 Smartphone Terbaik Tahun 2024 Budget Bawah 1K di Malaysia 12

Spesifikasi

  • Chipset: Mediatek Helio G88 (12nm)
  • OS: Android 12
  • RAM: 6GB RAM, 8GB RAM
  • Storan dalaman: 128 GB
  • Saiz Skrin: 6.7 inches IPS LCD Display
  • Resolusi: 1080 x 2388 pixels (FHD+), 20:9 Ratio, 391 PPI Pixel Density
  • Bateri: Li-Po 4500 mAh (Non-Removable)
  • Kamera: 16 Megapixel (Selfie), 100 Megapixel (Primary), 5 Megapixel (Ultrawide), 2 Megapixel (Macro)

Harga

Harga Honor X8a di Malaysia adalah sekitar RM999 untuk model 128GB / 8GB. Telefon ini dikuasakan oleh CPU Mediatek Helio G88, bateri Li-Po 4500 mAh, 8GB RAM, dan storan dalaman 128GB.

Honor X8a juga dilengkapi dengan Paparan OLED 6.7 inci dan resolusi 1080 x 2388 piksel. Untuk kamera, ia dilengkapi dengan penderia utama 100MP, penderia ultralebar 5MP, penderia makro 2MP dan kamera hadapan 16MP.

Ciri lain yang tersedia termasuk Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari (dilekapkan di sisi). Honor X8a diumumkan pada 8 Februari 2023 dan tersedia dalam warna Cyan Lake, Titanium Silver dan Midnight Black.

Beli di ShoppeBeli di Lazada

Semoga dengan perkongsian kali ini anda dapat memilih dan menambah senarai smartphone terbaik di atas dalam senarai smartphone badget anda bawah 1k. Jnagan risau, banyak sahaja smartphone yang harga rendah di pasaran tetapi mempunyai ciri-ciri yang releven dengan perkembangan semasa.

Jenama smartphone yang bagus juga dapat berikan jaminan kualiti kepada pengguna dan dipercayai mempunyai reputasi yang baik. Tetapi jika anda menggunakan telefon pintar hanya untuk membuat panggilan dan menghantar mesej, smartphone yang murah sudah memadai.

Tips membeli smartphone terbaik ialah membeli mengikut kesesuian, budget, dan ciri-ciri khas yang anda mahukan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati