Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Login ePLKS : Panduan Daftar, Syarat dan Permohonan Lanjutan PLKS Pelbagai Sektor

LOGIN EPLSK

Melalui ePLKS, Pendaftaran dan membawa masuk pekerja asing adalah lebih mudah dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran industri pelbagai sektor. Namun, penggunan portal ini adalah khas kepada para majikan sahaja.

Inisiatif kerajaan tetapkan untuk melindungi para pekerja asing, majikan perlu peka keadaan semasa dan perlu memastikan kepentingan dan tangggungjawab tidak diabaikan. Perkongsian mengenai cara login dan beberapa maklumat penting yang dapat membantu anda.

Sistem ePLKS Bantu Majikan Buat Lanjutan Pekerja Asing

Apakah Itu ePLKS?

LOGIN EPLSK

Dikenali Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pembantu Rumah Asing (PRA) adalah kaedah permohonan bagi memperbaharui lanjutan permit kerja pekerja asing atau pembantu rumah bagi tahun seterusnya untuk membenarkan mereka yang memegang PLKS terus bekerja di dalam Malaysia secara sah

Melalui sistem ini secara atas talian ia dapat membenarkan majikan atau wakil majikan untuk memperbaharui lanjutan permit kerja pekerja asing di bawah syarikat seliaan mereka secara online. Sistem ini juga membenarkan majikan atau wakil majikan bagi membuat permohonan lanjutan untuk pekerja asing di bawah syarikat mereka secara individu atau secara berkelompok dengan mengikuti prosedur serta syarat-syarat kelayakan ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Syarat-syarat Untuk Permohonan Lanjutan Melalui ePLKS Dalam Pelbagai Sektor

Untuk para majikan sebelum membuat permohonan adalah perlu untuk merujuk syarat-syarat untuk membuat permohonan. Berikut adalah dikongsikan kepada anda mengenai syarat-syarat permohonan lanjutan PLKS untuk pelbagai sektor:

  • Lanjutan tempoh sah laku PLKS boleh dipohon dalam masa 3 bulan sehingga 7 hari sebelum tarikh tamat sah laku PLKS.
  • Pasport asal pekerja yang mempunyai sah laku melebihi daripada 12 bulan.
  • Rekod pekerja masih berstatus aktif.
  • adalah majikan tidak disenarai hitamkan.
  • adalah pekerja tidak disenarai hitamkan.
  • pekerja juga tiada dalam senarai syak.
  • Jaminan sekuriti dalam bentuk jaminan bank jaminan insuran dan wang cagaran dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan.
  • Mempunyai slip skim perlindungan insurans kesihatan pekerja asing – kecuali sektor perladangan.
  • Mempunyai slip pengesahan skim pampasan pekerja asing (SPPA).
  • Pekerja telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA bagi lanjutan tahun -2, ke-3, ke-5, ke-7 dan ke-9 sahaja.

Bayaran untuk Lanjutan PLKS

Majikan perlu menjelaskan bayaran kepada Jabatan Imigresen Malaysia berdasarkan bayaran terkini. Berikut adalah senarai bayaran lanjutan PLKS mengikut sektor:

EPLKS BAYARAN LANJUTAN PLKS
Login eplks

Berapakah Kadar Bayaran Visa dan Cagaran?

Untuk bayaran bagi visa dan cagaran adalah kepada sebanyak 11 negara yang berbeza-beza bayarannya. Berikut adalah senarai kadar bayaran visa dan cagaran PLKS :

WarganegaraVisa (RM)Bon Jaminan (RM)
Indonesia15.00250.00
Bangladesh20.00500.00
Pakistan20.00750.00
Myammar19.50750.00
India50.00750.00
Filipina36.001000.00
ThailandGratis250.00
Kemboja20.00250.00
Nepal20.00750.00
Vietnam13.001,500.00
Sri Langka15.00750.00

Panduan Pendaftaran dan Login ePLKS

Cara Membuat Permohonan Lanjutan PLKS Online

cara guna eplks
sistem eplks

Langkah 1 : Daftar Masuk

  • Klik pada menu Log Masuk
  • Pilih Jenis Lanjutan. Pilih sama ada Pembantu Rumah atau Lain-lain Sektor
  • Masukkan ID Pengguna
  • Masukkan Kata Laluan

Langkah 2 : Permohonan Lanjutan

  • Klik pada Permohonan Lanjutan e-PLKS (PEMBANTU RUMAH ASING atau Lain-lain)
  • Klik pada menu Permohonan Lanjutan PRA/ lain-lain.
  • Masukkan Nombor Pasport Pekerja, Warganegara, Tarikh Lahir Pekerja dan Jantina.
  • Apabila selesai anda boleh Klik butang Kemaskini untuk kemaskini maklumat
  • Klik butang Hapus untuk menghapuskan rekod
dokumen eplks untuk majikan

Langkah 3 : Muatnaik Dokumen

  • Klik tab Muat Naik Dokumen
  • Majikan dikehendaki muatnaik 2 jenis dokumen iaitu:
    • Pasport PLKS Muka Hadapan
    • PLKS Terkini
  • Pilih Nama Dokumen yang hendak dimuat naik
  • Klik pada Nama Dokumen yang hendak dimuatnaik
  • Tandakan ‘tick’ diruangan kosong di Perakaun Majikan
  • Klik butang Hantar untuk hantar permohonan.

Langkah 4 : Hantar Permohonan

  • Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan
  • Mesej berikut akan dipaparkan untuk memaklum ada Permohonan yang telah dihantar dan menunggu proses kelulusan

Langkah 5 : Bayaran Secara Online

Bagi membuat pembayaran untuk lanjutan PLKS, anda boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Bayaran adalah boleh dibuat berdasarkan kewarganegaraan pekerja. Boleh log masuk dan pastikan id adalah betul.

Manual Pengguna Lengkap ePLKS

Bagi memudahkan urusan para majikan, anda kini boleh membuat rujukan pantas panduan lengkap penggunaan ePLKS yang kami sediakan. Penting untuk memastikan anda melakukannya mengikut ketetapan.

Demikianlah cara-cara untuk membuat permohonan lanjutan PLKS. Perlu untuk para majikan mengikut etika pengurusan kerja yang kukuh. Diharapkan majikan-majikan terus menjaga kebajikan pekerja selalu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati