Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Belajar Senang Faham Dan Efektif

Cara belajar

Cara belajar boleh bervariasi sesuai dengan kehendak individu dan gaya belajar masing-masing. Beberapa tips umum meliputi jadual belajar yang teratur dan sistematik, suasana belajar yang nyaman, penggunaan pelbagai sumber pelajaraan, mmebuat perbincangan dengan rakan-rakan berkaitan dengan topik pembelajaran, merujuk guru dan mengulangkaji pelajaran.

Namun, yang paling penting adalah anda perlu mencari cara yang terbaik untuk belajar seperti teknik yang sesuai dan jangan risau dan bimbang jika ingin mencuba cara belajar yang baharu.

Cara Belajar Yang Harus Anda Tahu

cara belajar yang harus kamu tahu

Pada hari ini, teknik belajar makin banyak dan berbeza-beza mengikut keperluan dan kehendak individu. Tidak mengetahui teknik belajar yang sesuai dan berkesan adalah perkaar yang normal untuk mereka yang masih belajar atau golongan bergelar pelajar. Namun, anda tidak perlu risau kerana saya akan kongsikanm beberapa teknik belajar yang boleh anda cuba untuk mencari keserasian dalam menuntut ilmu.

Berikut merupakan teknik belajar yang boleh anda cuba:

  1. Eat That Frog

Teknik eat the frog ini adalah untuk mereka yang mempunyai banyak tugasan yang harus diselesaikan dalam satu masa. Anda hanya perlu membahagikan tugasan anda kepada beberapa bahagian iaitu tugasan yang ingin anda lakukan, tugasan yang malas hendak dilakukan, tugasan yang tidak harus anda kerjakan tapi anda ingin kerjakan dan tugasan yang tidak ingin kamu harus anda kerjakan dan malas untuk mengerjakannya.

Kemudian, pilih tugasan yang paling anda tidak sukai dan labelkannya sebagai frog. Kemudian, mulakan dengan membuat tugasan yang paling anda tidak sukai atau berat bagi anda. Cara ini membolehkan anda menyelesaikan semua tugasan anda tanpa meninggalkan satu pun tugasan.

2. Cornell

Teknik ini memerlukan anda untuk mencatat bahan pembelajaran dengan cara yang berbeza. Teknik ini membantu anda untuk fokus terhadap bahan rujukan yang anda gunakan untuk belajar dan memudahkan anda untuk memahami isi penting dalam tajuk yang anda pelajari.

Anda hanya perlu membahagikan kertas kepada tiga bahagian dan ruang sebelah kiri diisi dengan kata kunci, ruang sebelah kanan digunakan untuk mencatat topik utama dan ruang bahagian bawah digunakan untuk kesimpulan yang diperoleh dari tajuk tersebut.

3. Pomodoro

Teknik ini sesuai untuk mereka yang mudah terganggu ketika sesi pembelajaran. Cara belajar ini adalah dengan memilih bahan yang ingin kamu pelajari, set masa selama 25 minit dan belajar sehingga masa 25 minit itu habis kemudian set masa selama lima minit untuk rehat dan ulangi langkah ini selama empat kali dan jangan lupa set masa selama 20 minit untuk berehat.

Dalam teknik ini, anda perlu tandakan setiap topik yang anda telah fahami dan tandakan juga topik atau bahagian yang anda perlu perbaiki.

4. Feyman

Jika anda menghadapi kesukaran untuk belajar, anda perlu cuba teknik ini kerana teknik ini mengaplikasikan teknik belajar seolah-olah kamu sedang mengajarkan sebuah topik kepada seseorang.

Teknik ini dimulakan dengan membaca dan memahami bahan dengan baik, tulis bahan di kertas yang menjelaskan bahan itu seolah-olah anda sedang mengajarkannya kepada seseorang. Melalui langkah ini, anda dapat mengenalpasti bahagian mana yang anda kurang fahami kerana anda tidak boleh menjelaskannya. Lakukan teknik ini sehingga anda betul-betul memahami dan dapat menjelaskan topik tersebut dengan mudah dan lancar.

Cara Mengatasi Susah Fokus Ketika Belajar

cara atasi susah fokus ketika belajar

Jika anda menghadapi masalah gelisah, susah fokus, fikiran bercelaru ketika belajar, bahan pelajaran yang dipelajari sukar difahami atau mudah terganggu dengan keadaan sekeliling, jangan risau kerana saya akan kongsikan pula cara mengelak masalah sukar fokus ketika belajar.

Berikut merupakan cara yang saya maksudkan di atas:

  • Teknik Doodling

Teknik doodling adalah adalah teknik melakukan lukisan seperti contengan di atas sebuah kertas ketika sedang membaca atau saat guru berada di kelas. Teknik ini dapat membantu anda memperhatikan dan mengingati hal-hal yang anda lihat dan dengar.

Bagaimana caranya?

Anda hanya perlu sediakan satu kertas kosong sebelum memulakan pembelajaran contohnya membaca. Semasa membaca, mulakan contengan di atas kertas yang anda sediakan tadi.

Cara Belajar Setiap Hari

cara belajar setiap hari

Berikut merupakan cara untuk belajar setiap hari yang anda boleh ikuti bagi memahami sesuatu bahan atau topik:

  1. Buat rutin harian

Jadikan belajar sebagai rutin harian setiap hari.

2. Mulakan pelajaran

Jangan berfikir dan mulakan pelajaran, buat senarai matapelajaran dan jika berasa tidak ada motivasi untuk belajar, mulakan pembelajaran selama 10 minit dahulu kemudian rehat.

3. Pastikan membuat rancangan sebelum belajar

Rancang dan tulis topik yang anda ingin pelajari.

4. Sediakan alat yang anda perlukan berdekatan dengan anda

Anda perlu menyediakan alat yang anda perlukan untuk belajar seperti alat tulis dan sediakan air yang secukupnya agar anda boleh fokus belajar.

5. Hadiahkan diri sendiri

Selepas selesai dan letih belajar, berikan hadiah kepada diri anda kerana anda telah buat yang sebaiknya. Anda boleh menonton filem, keluar dengan rakan atau melakukan aktiviti yang seronok sebagai bentuk hadiah kepada diri anda.

Tips Belajar Untuk Setiap Matapelajaran

tips belajar setiap subjek

Hari ini, saya juga akan kongsikan beberapa tips untuk mempelajari subjek yang berbeza-beza. Dengan ini, anda tidak perlu bingung bagaimana cara untuk menguasai beberapa subjek.

  • Matematik
  1. Fahami konsep dan rumus.
  2. Buat latihan untuk memahami konsep.
  3. Pelajari rumus dengan mudah.
  4. Ubah mindset bahawa matematik adalah rumit.
  • Bahasa Inggeris
  1. Buat latihan mengenai tenses, grammar dan vocabulary.
  2. Menonton filem bahasa Inggeris tanpa terjemahan.
  3. Buat latihan penulisan.
  4. Baca buku, artikel atau berita bahasa Inggeris.
  • Sains
  1. Membuat peta konsep dan menguasainya.
  2. Memperbanyakkan latihan.
  3. Berbincang dengan kawan.
  4. Memperbanyakkan membaca bahan.
  • Bahasa Melayu
  1. Fahami penggunaan bahasa Melayu formal.
  2. Perbanyakkan membaca.
  3. Fahami ayat dan struktur ayat serta tatabahasa.
  • Sejarah
  1. Menonton filem yang memuatkan dokumentari sejarah.
  2. Membuat catatan peristiwa penting dalam sejarah.
  3. Pergi ke tempat bersejarah atau muzium.

Demikianlah perkongsian saya pada hari ini dan terima kasih kerana telah meluangkan masa di sini. Semoga penulisan ini bermanfaat kepada anda semua. Jangan lupa kongsi!

Bagaimanakah cara belajar yang efektif?

Cara belajar yang efektif adalah dengan merancang jadual pembelajaran yang konsisten, mengamalkan teknik-teknik belajar seperti membaca, mengulangkaji pelajaran dan menelaah.

Adakah terdapat cara untuk meningkatkan daya ingatan?

Ya, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan daya ingatan iaitu dengan tidur mencukupi dan menghubungkaitkan maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan topik yang dipelajari.

Bagaimanakah cara mengurus masa dengan baik ketika belajar?

Cara mengurus masa dengan baik ketika belajar adalah menyiapkan tugasan berdasarkan keutamaan, mengambil masa rehat yang secukupnya dan memelihara kesihatan mental dan fizikal.

Adakah penting untuk mencari sokongan atau bantuan semasa belajar?

Ya, sangat penting kerana guru, rakan, sumber lain seperti buku rujukan dan laman web dapat membantu menjelaskan konsep yang sukar untuk anda fahami.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati