Dalam bulan-bulan islam, Bulan Ramadanlah yang dinanti-nanti umat islam. Ramai yang mula mencari cara solat tahajud malam sebagai usaha untuk menghidupkan malam dan merebut kerberkatan bulan ramadan.
Bagi mereka yang ingin menghidupkan malam dengan qiyamulail pasti ingin tahu cara solat Tahajud malam yang sebenarnya berserta fadhilat dan doa-doa yang boleh dibaca selepas selesai solat.
Amalan dan Cara Solat Tahajud Malam Dalam Bulan Ramadhan
Isi Kandungan
Apa itu Solat Tahajud?
Solat Tahajud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.
Hukum Solat Tahajud
Hukum solat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan. Solat Tahajud Boleh dikerjakan sebanyak 2/4/6/8 dan 12 rakaat atau sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Semoga kita dapat mengerjakan secara istiqamah pada setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.
Fadhilat Solat Tahajud
Solat Tahajud mempunyai pelbagai kelebihan dan fadhilat bagi mereka yang mendirikannya. Berikut adalah fadhilat solat Tahajud:
- Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
- Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
- Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
- Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
- Dimudahkan hisab ke atasnya.
- Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
- Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
- Jauh daripada kebinasaan.
Panduan dan Cara Solat Tahajud Malam Dalam Bulan Ramadhan
Cara Solat Tahajud Malam
Berikut adalah merupakan cara mengerjakan solat tahajud bagi 2 rakaat. Anda boleh mengikuti panduan seperti berikut:
Lafaz Niat
أُصَلَّى سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”
Bacaan Solat Tahajud
- Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun
- Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas
- Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:
اللهُمَّ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ أَمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ
إِلَّا بِاللهِ
Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”
Soalan FAQs Berkenaan Cara Solat Tahajud
Adakah boleh cara solat tahajud malam tanpa tidur?
Boleh solat. Tiada masalah untuk seseorang itu solat tahajud.
Apa waktu cara solat tahajud malam?
Sesuai ditunaikan pada satu pertiga malam iaitu pada pukul 3 pagi sehingga subuh.
Apakah amalan selepas solat tahajud?
Boleh melakukan beberapa amalan sunat selepas solat seperti berzikir, berdoa dan lain-lain yang mempunyai fadhilat.
Boleh ke solat tahajud selepas subuh?
Tidak boleh kerana solat tahajud hanya boleh dilakukan antara isyak dan subuh sahaja.