Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah

2 ayat surah al baqarah
Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah 5

Berapakah kerap anda membaca 2 ayat terakhir surah al Baqarah dalam sehari? Ayat ini sangat mudah dihafal dan kebiasaannya dibaca selepas ayat kursi. Bagaimanapun, ayat yang ringkas ini mempunyai banyak keistimewaan. Artikel ini menerangkan apakah 2 ayat terakhir surah Al Baqarah, ayat dalam lafaz rumi, terjemahan ayat dan keistimewaan 2 ayat terakhir surah Al Baqarah.

Apakah itu 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah?

Dua ayat terakhir daripada Surah Al Baqarah ialah ayat 285 dan 286. Ayat-ayat ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga Rasulullah saw bersabda iaitu:

Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” [Riwayat al-Bukhari (5009)]

Daripada hadis tadi, ‘telah cukup baginya dengan keduannya’ membawa maksud maka Allah swt akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan. Ayat ini boleh digunakan sebagai zikir harian kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat.

2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah Rumi

Berikut merupakan lafaz rumi 2 ayat terakhir surah Al Baqarah:

eew
Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah 6
Al Baqarah – Ayat 285, Rumi: Aamanar-Rasoolu bimaaa unzila ilaihi mir-Rabbihee walmu’minoon; kullun aamana billaahi wa Malaaa’ikathihee wa Kutubhihee wa Rusulihee laa nufarriqu baina ahadim-mir-Rusulih wa qaaloo sami’naa wa ata’naa ghufraanaka Rabbanaa wa ilaikal-maseer

Al Baqarah – Ayat 286, Rumi:  Laa yukalliful-laahu nafsan illaa wus’ahaa; lahaa maa kasabat wa ‘alaihaa maktasabat; Rabbanaa laa tu’aakhiznaaa in naseenaaa aw akhtaanaa; Rabbanaa wa laa tahmil-‘alainaaa isran kamaa hamaltahoo ‘alal-lazeena min qablinaa; Rabbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa taaqata lanaa bih; wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa; Anta mawlaanaa fansurnaa ‘alal qawmil kaafireen

2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah dan Terjemahannya

Berikut merupakan terjemahan 2 ayat terakhir surah al Baqarah:

Surah Al Baqarah – Ayat 285: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. 

Surah Al Baqarah – Ayat 286: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. 
239456886 4674849759232521 5369237069013248861 n
Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah 7

Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah

Terlalu banyak keistimewaan jika anda mengamalkan 2 ayat terakhir surah al Baqarah. Cara mengamalkannya adalah dengan membaca sekurang-kurangnya 7 kali setiap hari.

Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah
1. Jika anda seorang lemah, dengan izin Allah swt anda akan menjadi kuat
2. Jika anda seorang hina, dengan izin Allah swt anda akan menjadi mulia
3. Jika anda telah kalah, dengan izin Allah swt anda akan segera mendapat pertolongan
4. Jika anda dalam kesempitan, dengan izin Allah swt anda akan mendapat ketenangan
5. Jika anda berhutang, dengan izin Allah swt anda akan segera dapat melunaskan hutang tersebut
6. Jika anda berada dalam kesusahan, dengan izin Allah swt anda akan diberikan kesenangan
118617300 3418745191481380 3414506982366268708 n
Keistimewaan 2 Ayat Terakhir Surah Al Baqarah 8

Soalan FAQs Berkenaan 2 Ayat terakhir Surah Al Baqarah

Apakah 2 ayat terakhir surah Al Baqarah?

Ayat 285 dan 286.

Apakah hadis Rasulullah saw yang menerangkan kelebihan 2 ayat terakhir surah Al Baqarah?

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” [Riwayat al-Bukhari (5009)]

Apakah antara keistimewaan membaca 2 ayat terakhir surah al Baqarah?

Jika anda seorang lemah, dengan izin Allah swt anda akan menjadi kuat; Jika anda seorang hina, dengan izin Allah swt anda akan menjadi muliaJika anda seorang lemah, dengan izin Allah swt anda akan menjadi kuat

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati