Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kekosongan di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS) Rompin bagi Pelajar Tingkatan 4

Kekosongan di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah (KVSAS) Rompin bagi Pelajar Tingkatan 4

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Rompin Pahang secara “Walk in” masih ada kekosongan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 2021 yang tidak pernah membuat permohonan di atas talian. Pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran digalakkan untuk memohon. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang kemahiran sebagai keperluan di dalam dunia pekerjaan kelak.

Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Noraini Ahmad menegaskan bahawa industri kemahiran terutamanya kemahiran digital perlu diberikan tumpuan. Hal demikian kerana kebanyakkan majikan zaman sekarang akan mengambil pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi dalam dunia digital untuk bekerja di syarikat mereka.

Oleh itu, di dalam dunia pekerjaan masa kini amat menitikberatkan kemahiran-kemahiran yang diperoleh dalam setiap graduan atau pelajar bukan hanya memiliki latar belakang kecemerlangan akademik.

Kolej Vokasional (KV)

Kolej Vokasional

Kolej Vokasional (KV) merupakan sebuah sekolah harian yang memberikan pelajar lepasan PT3 keutamaan dalam latihan kemahiran selain daripada teori. Kolej dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional (SMV) telah dinaik taraf sejak tahun 2012. Pihak kerajaan menaik taraf KV kepada setaraf sekolah harian biasa daripada penumpuan terhadap pelajar pencapaian rendah.

Penyusunan semula tempoh latihan menjadi selama empat (4) tahun dimana para pelajar akan menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Dalam usaha penambahbaikan dan naik taraf Kolej , kerajaan telah memberikan banyak peruntukan kepada Kolej Vokasional. Pelbagai kemudahan dan prasarana telah dinaik taraf untuk memberikan keselesaan kepada para pelajar. Kelengkapan dan kemudahan seperti bengkel kemahiran telah ditambah bagi memastikan pelajar dapat melakukan projek amali mereka tanpa sebarang kekurangan dan masalah. Persekitaran tempat belajar yang kondusif sangat penting kepada para pelajar.

Ini merupakan salah satu langkah untuk menyahut saranan kerajaan dalam memastikan graduan yang separa mahir setelah tamat pengajian di Kolej . Bagi pengetahuan umum, pengajian di Kolej mengandungi elemen teori dan praktikal yang seimbang. Apabila pelajar menamatkan pengajian di KV, mereka boleh melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS serta institut latihan kemahiran awam (ILKA). Selain itu, mereka juga boleh terus bekerja di dalam industri yang berkaitan kemahiran.

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Rompin Pahang adalah seperti berikut:-

Kolej Vokasional

(Pastikan anda rujuk iklan penuh di atas terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Cara Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah

Para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Rompin Pahang boleh mengikuti langkah-langkah dibawah:-

  • Para pelajar yang memohon akan dihubungi kelak.
  • Pemohon juga boleh menghubungi pihak KVSAS di talian:
    • 09-4146622 (Pejabat) atau
    • 019-2520711 (En. Jefrey bin Jaafar)

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian kepada para pelajar yang berminat, Kemasukan ke Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah ini hanya sahih atau sah sehingga tarikh yang ditetapkan. Diharap, pelajar-pelajar membaca iklan permohonan kemasukan terlebih dahulu dengan teliti sebelum membuat permohonan.

Diharap perkongsian ini dapat memberi peluang dan manfaat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 untuk menyambung pengajian di Kolej Vokasional. Untuk mengetahui info lebih lanjut berkaitan pendidikan, jawatan kosong kerajaan, bantuan kerajaan dan info semasa kerajaan anda boleh melayari laman web Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati