Duit gaji adalah bayaran yang diberikan kepada seseorang sebagai imbalan atas pekerjaan atau jasa yang dilakukan. Jumlah gaji ditentukan oleh berbagai faktor termasuklah pengalaman, skop kerja dan tempat kerja. Gaji dapat diberikan dalam bentuk tunai atau dikirimkan secara atas talian atau online kepada akaun pekerja.
Gaji memiliki peranan yang penting dalam memenuhi keperluan seharian, merancang kewangan peribadi dan perancangan masa depan. Hari ini, saya kongsikan cara-cara menguruskan duit gaji dengan mudah setiap bulan untuk anda ikuti.
Tips Bahagikan Duit Gaji Untuk Orang Bujang
Isi Kandungan
- 1 Tips Bahagikan Duit Gaji Untuk Orang Bujang
- 2 Cara Urus Duit Gaji Untuk Orang Boros
- 3 Aplikasi Untuk Urus Perbelanjaan
- 3.1 Tips Jimat Duit Gaji Di Bulan Ramadhan
- 3.2 Mengapakah duit gaji perlu ditabung?
- 3.3 Berapakah peratus gaji yang harus disimpan setiap bulan?
- 3.4 Apakah cara mudah untuk menabung duit gaji?
- 3.5 Apakah faedah menabung duit gaji dalam jangka masa panjang?
- 3.6 Apakah langkah pertama untuk menabung duit gaji?
Untuk mereka yang masih bujang, bolelah gunakan tips ini untuk bahagikan duit gaji. Masa bujang adalah masa yang terbaik untuk tabung banyak duit kerana komitmen tidak begitu banyak dan boleh digunakan sebagai persiapan awal ketika tua nanti ataupun untuk urusan perkahwinan.
- Bahagikan 50% bergantung kepada komitmen
Anda boleh bahagikan 50% dari gaji anda kepada komitmen masing-masing seperti bayar sewa bilik, loan kereta atau motor, duit minyak, tambang kenderaan awam, barangan dapur dan duit untuk ibu bapa.
2. 20% untuk kehendak
Di usia yang muda ini, tidak rugi untuk kita kurangkan bajet atas barang kehendak seperti cafe hunting, short escape atau shopping.
3. 30% untuk simpanan
Tabung simpanan dari awal dan jangan tunggu gaji yang banyak untuk mulakan tabungan. Untuk bahgaian ini, anda boleh asingkan untuk emergency fund 3 bulan gaji, insurans atau takaful, duit kahwin, duit melancong dan retirement fund.
Cara Urus Duit Gaji Untuk Orang Boros
Sesiapa yang menghadapi masalah boros, bolelah cuba cara di bawah ini. Cara ini memang efektif kerana mengelakkan anda daripada berbelanja lebih bajet.
- ASB loan
ASB loan adalah saranan yang baik untuk anda kerana ianya akan terus tolak dari akaun anda. Dengan cara ini, anda akan lebih berdisiplin kerana ia dikira seperti force saving. Contohnya, RM 500 akan dipotong setiap kali gaji. Secara tidak langsung, anda tidak akan terlebih dalam berbelanja dan tidak perlu risau tentang tabungan. Lagipun, ASB ada menyediakan dividen setiap tahun dan makin banyak anda tabung, makin banyak dividen yang anda dapat.
- Emas fizikal
Membeli emas merupakan salah satu cara efektif untuk simpan duit kerana nilai emas akan cepat untuk naik setiap tahun. Ketika berlaku kecemasan, anda juga boleh menjual atau gadai emas tersebut dan juga boleh dijadikan hiasan.
- Simpan RM 10
Disiplinkan diri untuk tabung RM 10 setiap kali ada baki dari perbelanjaan. Jika rasa RM 1O sangat susah untuk ditabung, anda boleh mulakan dengan RM 5 dahulu.
Aplikasi Untuk Urus Perbelanjaan
Mereka yang susah untuk menyimpan duit dan ambil masa yang lama untuk menabung terutamanya yang masih belajar, anda boleh muat turun aplikasi Meow Money Manager.
Kebaikan aplikasi ini adalah ia mudah untuk digunakan, rekaan yang menarik, percuma tanpa sebarang bayaran, boleh tunjukkan statistik perbelanjaan kita setiap bulan dan jumlah duit yang kita keluarkan.
Tips Jimat Duit Gaji Di Bulan Ramadhan
Tahukah anda di bulan ramadhan sebenarnya kita boleh menyimpan lebih banyak duit untuk menyeimbangkan simpanan kita. Anda boleh ikuti tips yang disenaraikan di bawah ini.
- Masak di rumah
Hindari membelanjakan duit terlalu banyak di bazar dan rajinkan memasak di rumah sahaja.
2. Simpan duit sarapan
Simpan duit yang anda gunakan untuk membeli sarapan setiap pagi atau untuk makan tengahari kerana di bulan ini sahaja anda boleh membuatkannya sebagai duit tabungan.
3. Jangan mudah terpengaruh dengan menu viral
Elakkan mencuba semua menu viral yang terdapat di Tiktok bagi mengelakkan pembaziran dan pembuangan makanan jika tidak habis.
4. Sertai program affiliate
Anda boleh menyertai program affiliate atau menjadi agen kuih raya. Di bulan ini, anda juga boleh membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
5. Buat perbelanjaan mengikut keperluan
Kenalpasti keperluan utama anda di bulan ramadhan seperti bahan makanan untuk berbuka dan sahur di rumah dan bayaran zakat.
Demikianlah perkongsian saya pada hari ini. Saya berharap anda berjaya menyimpan dan menguruskan duit gaji anda agar dapat mencapai target tabungan anda di masa hadapan. Teruskan menabung, jangan putus asa dan selamat mencuba!
Mengapakah duit gaji perlu ditabung?
Menabung duit hasil titik perlu penting kerana ia dapat membantu anda memastikan anda mempunyai simpanan kewangan untuk kecemasan, pelaburan masa hadapan atau matlamat jangka panjang seperti membeli rumah.
Berapakah peratus gaji yang harus disimpan setiap bulan?
Anda disarankan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10 hingga 20% daripada gaji bulanan anda. Namun, jumlah yang disimpan bergantung kepada keadaan kewangan masing-masing dan matlamat kewangan individu.
Apakah cara mudah untuk menabung duit gaji?
Ya, antaranya memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan menggunakan aplikasi kewangan untuk memantau perbelanjaan dan tabungan anda.
Apakah faedah menabung duit gaji dalam jangka masa panjang?
Menabung duit gaji dalam jangka panjang membantu membangunkan keseimbangan wang, memberikan perlindungan kewangan ketika kecemasan dan membolehkan anda mencapai matlamat kewangan seperti membeli rumah dan menyediakan keperluan sekolah anak-anak.
Apakah langkah pertama untuk menabung duit gaji?
Langkah pertama untuk menabung duit gaji adalah menetapkan matlamat tabungan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang seperti duit kecemasan, persediaan barangan rumah atau duit ketika telah bersara.