Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas

mee rebus
Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas 4

Adakah anda sukakan resepi mee rebus? Jika anda penggemar mee, pasti anda pernah mencuba mee rebus. Terdapat pelbagai resepi mee rebus, bagaimanapun ada resepi mee rebus yang memuaskan selera anda dan ada yang tidak. Pastinya anda tercari-cari resepi yang mudah, sedap dan yang kena dengan selera masing-masing.

Salah satu resipi mee rebus yang wajib dicuba adalah resepi mee rebus daging dan resepi mee rebus Haji Wahid dengan kuah likat dan sedap. Artikel kali ini menerangkan cara masak resepi mee rebus paling menyelerakan.

Resepi Mee Rebus Daging

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi mee rebus daging:

  • 1/2 kg daging – direbus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
  • 1kg ubi keledek oren – direbus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
  • Mee kuning secukupnya
  • 5 sudu makan rempah kari daging – dibancuh dengan sedikit air
  • 1 paket kecil serbuk cili – dibancuh dengan sedikit air
  • 5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan sos cili
  • Sedikit bahan perasa
  • Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 5 sudu makan udang geragau
  • 1 paket kecil taucu
  • Sawi – celur
  • Tauge
  • Telur rebus
  • Cili besar & cili padi
  • Bawang goreng
  • Tauhu – goreng dan hiris nipis
  • Cucur
91985854 2516622535270427 7435414603644796928 n
Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas 5

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air (air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)
  4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
  5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.

Cara buat cucur undang untuk mee rebus:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh yis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit daun kucai
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.
  2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.

Kredit: Mariana Zainal

Resepi Mee Rebus Haji Wahid

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi mee rebus Haji Wahid:

  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya,
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ sudu serbuk kunyit
  • garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua
281938300 7841711672513234 1884232295590900720 n
Resepi Mee Rebus Paling Menyelerakan dan Ringkas 6

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
  3. Panaskan minyak dalam periuk.
  4. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  5. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  6. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  8. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  9. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Kredit: Haji Wahid

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Mee Rebus

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati