Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rangka Mayat Tergantung Ditemui Di Gombak

Gombak: Polis menemui mayat lelaki sudah reput di sebuah rumah terbiar dalam hutan di Kilometer 10, Jalan Gombak Tengah Tambahan di sini, hari ini.

Dalam penemuan 10.50 pagi itu, badan mayat itu ditemui tergantung manakala kepala berada di lantai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum sepasukan anggota bersama bomba dan forensik ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan menemui satu rangka mayat lelaki berseluar jeans warna biru dan baju belang koko dalam keadaan tidak sempurna.

“Bahagian tengkorak kepala di lantai dan badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemui pengenalan diri mayat itu dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi.

32a21542 6ec9 40ba 858d 1aa7d87f8f95
lokasi mayat ditemui

 

2282c06b 5d3f 4f12 aef6 e4bf86200078
Operasi membawa turun mayat itu dilakukan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang. 

Katanya, semakan mendapati rumah berkenaan sudah lama tidak berpenghuni dan tidak diketahui pemiliknya selain tiada rumah lain berhampiran.

“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut,” katanya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Gombak Asisten Superintendan Syed Azizi Jamalullail Syed Abdul Aziz di talian 012-3766220 atau 03-61895222.

Sumber : Harian metro, telegram asal gombak

Anda Mungkin Meminati