Makluman mengenai pengambilan jawatan KPDN April 2024 yang telah dibuka untuk bulan 4. Mohon para pemohon ambil cakna dan ambil inisiatif untuk ketahui lebih lanjut sebelum membuat permohonan jawatan kosong terbaru ini.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) mempelawa orang ramai membuat permohonan dengan kadar segera. Untuk itu, para pemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengetahui beberapa maklumat untuk membuat permohonan.
Makluman Pengambilan Jawatan KPDN April 2024
Isi Kandungan
Maklumat Pengambilan Jawatan KPDN April 2024
Rujuk jadual beberapa pengambilan jawatan KPDN April 2024 yang dibuka untuk pengetahuan pemohon. Pemohon boleh membuat rujukan maklumat berkaitan dibawah:
Senarai Jawatan | Penerangan |
---|---|
PERSONEL MYSTEP (SEKSYEN TTPM) – KPDN MELAKA | – Berkemahiran mengambil gambar menggunakan kamera DLSR dan menyunting video; – Mahir mengendalikan rangkaian internet dan menyelenggara peralatan ICT; dan – Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum serta dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang singkat dan semangat bekerja berpasukan yang tinggi serta beperwatakan ceria. |
PERSONEL MYSTEP – KPDN KEDAH | – Kemaskini jadual pelaksanaan Program Jualan Rahmah (negeri dan Ibu Pejabat) – Penyediaan, menyerahkan dan memastikan pemasangan bahan promosi di kawasan program. – Memastikan dan verifikasi pembekalan barangan/ perkhidmatan (cth: khemah, kerusi, meja, item jualan, kuantiti) selesai sebelum program. |
PERSONEL MYSTEP – KPDN (BKPK) | – Mengasingkan fail yang tidak aktif bagi tujuan pelupusan. – Menyelenggara fail fizikal. – Membantu melupuskan fail yang telah mendapat kebenaran pemusnahan. |
PERSONEL MYSTEP KPDN PULAU PINANG | – Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi melibatkan Program Jualan Rahmah |
PERSONEL MYSTEP – KPDN KELANTAN | – Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi melibatkan Program Jualan Rahmah |
PERSONEL MYSTEP – KPDN KEDAH | – Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen di KPDN Kedah. |
PERSONEL MYSTEP – KPDN PERAK | – Bertanggungjawab membantu menguruskan Program Jualan Rahmah yang dianjurkan oleh Kementerian berkaitan dengan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat dan pengurusan majlis rasmi di KPDN Perak. |
PERSONEL MYSTEP – KPDN CAWANGAN RAUB | – Membantu program Jualan Rahmah dan tugasan-tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa |
Tarikh Tutup Permohonan
Bagi pengambilan jawatan kali ini, ia mempunyai tempoh permohonan dan tarikh tutup permohonan. Bagi pengambilan jawatan bulan April ini dibuka sehingga antara 5 April hingga 31 April 2024.
Dinasihatkan para pemohon melakukan permohonan dengan kadar segera dan perlu mengelakkan keterlambatan dalam membuat permohonan.
Syarat Kelayakan Mohon Kerja di KPDN Februari 2024
Rujuk mengenai syarat kelayakan kerja yang perlu pemohon ketahui. Berikut adalah syarat-syarat untuk mohon kerja:
- Pemohon mestilah mereka yang berwarganegara Malaysia.
- Pemohon merupakan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas.
- Pemohon juga mempunyai kelayakan akademik minima SPM, Diploma dan Ijazah.
- Mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi, menggunakan komputer dan lain-lain.
Bagi membuat permohonan seterusnya, pemohon boleh merujuk kepada kaedah permohonan kerja dibawah.
Prosedur Mohon Kerja KPDN April 2024
Maklumat Tawaran Kerja KPDN
Untuk para pemohon boleh membuat semakan dan rujukan iklan terkini jawatan kosong yang dibuka oleh KPDN. Untuk membuat semakan mengenai iklan pengambilan jawatan KPDN April 2024, pemohon boleh merujuk pautan dibawah yang disertakan sekali syarat-syarat dan info lengkap:
Cara Mohon Jawatan Kosong yang Dibuka KPDN
Untuk membuat permohonan jawatan kosong KPDN seluruh Malaysia bulan April 2024, para pemohon boleh mohon melalui secara atas talian di website. Ikuti cara mohon kerja di KPDN:
- Sila layari laman permohonan kerja Myfuturejob.
- Pemohon boleh melihat paparan senarai kerja yang dibuka oleh KPDN.
- Pastikan pemohon meneliti terlebih dahulu segala maklumat yang tertera.
- Sekiranya pemohon telah memahami dan berpuas hati berkenaan syarat-syarat, gaji dan lain-lain, pemohonboleh mengemukakan permohonan segera.
- Bagi membuat permohonan, para pemohon boleh klik sahaja ” Apply Now”.
- Kemudian, pemohon perlu membuat log masuk dan lengkapkan permohonan.
Selepas siap memohon, pemohon mengikuti syarat-syarat dan arahan dalam proses permohonan, boleh sahkan permohonan pemohon. Pihak KPDN akan membuat perincian dan memberi maklum balas sekiranya pemohon terpilih. Makluman kebiasaannya akan dimaklumkan melalui penghantaran emel.