Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong PERHEBAT Ambilan Besar-Besaran Tahun 2023

Jawatan Kosong PERHEBAT
Jawatan Kosong PERHEBAT Ambilan Besar-Besaran Tahun 2023 3

Dalam memenuhi keperluan tenaga kerja yang semakin meningkat, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan ini mengumumkan peluang pekerjaan besar-besaran tahun 2023. Kami ingin menjemput semua individu yang berkebolehan untuk memohon jawatan kosong PERHEBAT dalam pengurusan melibatkan veteran negara.

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera(PERHEBAT) adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan memastikan kesejahteraan serta kebajikan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah bersara. PERHEBAT juga secara lansung terlibat dalam pelbagai bidang termasuk latihan, pembangunan, dan penjagaan kebajikan bekas tentera. Selain itu, visi agensi juga adalah untuk memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,kini telah membuka peluang pekerjaan besar-besaran bagi tahun 2023.

Untuk mereka yang berminat dalam menjadi sebahagian daripada pasukan PERHEBAT, kami menggalakkan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara untuk memohon jawatan melalui maklumat yang akan diberikan di bawah.

Jawatan Kosong PERHEBAT Ambilan Besar-Besaran Tahun 2023

Jawatan Kosong PERHEBAT
Jawatan Kosong PERHEBAT Ambilan Besar-Besaran Tahun 2023 4

Info Maklumat Jawatan Kosong PERHEBAT

PERHEBAT kini membuka pelbagai jawatan kosong yang menawarkan peluang untuk berkembang dalam kerjaya dan menyumbang kepada komuniti bekas anggota ATM. Anda boleh menyemak senarai jawatan yang tersedia iklan rasmi yang kami sediakan secara lengkap.

Senarai Jawatan Kosong PERHEBAT yang Dibuka

Berikut adalah beberapa jawatan kosong PERHEBAT yang terbuka untuk ambilan besar-besaran tahun 2023 di PERHEBAT:

Jawatan KosongPenempatan
Pengarah NegeriPERHEBAT Negeri Sarawak
Pengajar (Pertanian)Seksyen Keusahawanan (Kompleks PERHEBAT)
Bahagian Pengajian Keusahawanan, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
Pegawai Pemasaran dan PromosiSeksyen Pemasaran dan Promosi
Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh
Penyelaras LatihanPERHEBAT Negeri Pahang
PERHEBAT Negeri Melaka
PERHEBAT Negeri Johor
PERHEBAT Negeri Sembilan
PERHEBAT Negeri Sabah
PERHEBAT Negeri Sarawak
PERHEBAT Negeri Kelantan & Terengganu
KeraniPERHEBAT Negeri Sarawak

Dengan senarai jawatan kosong yang dibuka secara meluas meliputi negeri-negeri Malaysia, diharapkan kepada para pemohon untuk menyemak juga syarat kelayakan yang disediakan bagi memastikasn permohonan anda melepasi syarat.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong PERHEBAT

Penting bagi pemohon untuk memastikan kriteria permohonan kerja kali ini mengikut syarat yang telah ditetapkan. Beirkut adalah syarat wajib yang perlu diikuti:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur lebih daripada 18 tahun dan keatas.
  3. Kelayakan pendidikan yang diperlukan berdasarkan jawatan yang dipohon.
  4. Pengalaman kerja berkaitan (jika diperlukan).
  5. Kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  6. Bersedia untuk berkhidmat dengan komitmen dan dedikasi.

Seterusnya, untuk info dan maklumat yang melengkapi semua ciri dan permohonan,adalah perlu untuk anda meneliti sebaik mungkin maklumat dan siaran iklan rasmi yang disediakan.

Info Lengkap Siaran Rasmi & Permohonan PERHEBAT

Rujukan Rasmi Untuk Permohonan

Untuk maklumat lanjut mengenai kerja kosong di PERHEBAT, kami menyarankan untuk anda merujuk iklan rasmi yang telah disiarkan di laman web rasmi. Iklan tersebut akan mengandungi butiran penuh berkaitan syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, dan proses permohonan secara terperinci para pemohon boleh cakna.

Prosedur Mohon Jawatan Kosong PERHEBAT

Cara Memohon Jawatan di PERHEBAT Ambilan Besar-Besaran Tahun 2023

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai PERHEBAT dalam ambilan besar-besaran tahun 2023, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk memohon jawatan:

  1. Permohonan anda hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Jawatan PERHEBAT yang boleh diakses secara dalam talian. Anda boleh mengisi borang ini dengan mengklik pautan berikut: Borang Permohonan Jawatan PERHEBAT.
  2. Selepas mengisi borang permohonan dalam talian, anda perlu menghantar resume anda bersama dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan kepada alamat emel. Pastikan bahawa maklumat yang terkandung dalam resume mencerminkan pengalaman dan kelayakan anda yang sesuai dengan jawatan yang dipohon.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2023. Pastikan anda menghantar permohonan anda sebelum tarikh ini untuk memastikan permohonan anda dipertimbangkan.
  4. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan, anda boleh menghubungi Cik Nurul Adilah binti Mohd Roslan di talian 03-61569412 sambungan 1026. Beliau akan memberikan panduan dan maklumat tambahan berkaitan dengan proses permohonan.
  5. Pastikan borang permohonan diisi dengan teliti dan maklumat yang tepat. Juga, pastikan bahawa resume dan sijil-sijil yang dihantar adalah lengkap dan berkualiti.
  6. Jika anda dipilih untuk temuduga atau ada perkembangan lain dalam permohonan anda, anda akan diberitahu melalui emel atau komunikasi yang sesuai.

Ingatlah bahawa setiap permohonan perlu diuruskan dengan teliti dan profesional oleh para pemohon. Pastikan para pemohon memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan dan rujuk semula iklan rasmi PERHEBAT bagi butiran lebih lanjut.

Cakna juga dengan kemaskini terbaru oleh PERHEBAT agar anda tidak terlepas pandang dengan makluman jawatan kosong PERHEBAT. Selamat memohon, dan kami berharap anda berjaya dalam usaha untuk menyertai PERHEBAT dalam ambilan besar-besaran tahun 2023!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati