Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kerja UITM Bagi Jawatan Akademik Kemasukan Oktober 2023

Permohonan Kerja UITM

Makluman kepada semua permohonan kerja UITM telah kembali dibuka bagi ambilan jawatan akademik. Kami ingin memberitahu anda bahawa permohonan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor awam.

Pekerjaan di bawah UITM ini berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Malaysia sebagai majikan. Individu yang berjaya melepasi pelbagai tahap penapisan dan memenuhi syarat akan diterima sebagai penjawat awam. Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong, sila rujuk maklumat lanjut yang telah disediakan mengenai cara-cara permohonan untuk anda para calon untuk memohon.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang kerjaya dan jawatan kosong di seluruh negara, sertai saluran telegram rasmi jawatan rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini:

Huraian Penuh Mengenai Permohonan Kerja UITM

Maklumat Ringkas Jawatan

Untuk maklumat umum, anda perlulah mengetahui mengenai tawaran jawatan kosong yang telah dibuka dengan maklumat yang lengkap dan rasmi. Kami menyediakan maklumat lengkap mengenai perincian terperinci jawatan kosong yang telah dibuka oleh UITM serta cara permohonan yang telah ditetapkan.

Senarai Jawatan UITM

JawatanGredJadual Gaji Bulanan
PROFESORVK7RM 7,676.00 – RM 20,592.00
PROFESOR MADYADM53RM 6,162.00 – RM 13,235.00
PENSYARAH KANANDM51RM 5,855.00 – RM 12,445.00
PENSYARAHDM45RM 3,070.00 – RM 11,095.00
photo 2023 10 08 11 05 06
Iklan Permohonan Kerja UITM
photo 2023 10 08 11 05 04
Iklan Permohonan Kerja UITM
photo 2023 10 08 11 05 03
Iklan Permohonan Kerja UITM

Lokasi Jawatan yang ditawarkan

Makluman kepada semua calon yang ada potensi atau berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan yang dibuka oleh UITM ini berlokasi di UITM cawangan Kelantan. Admin mengalakkan kepada orang Kelantan terlebih dahulu untuk memohon kerana keutamaan mesti diberikan kepada calon yang berdekatan dengan tempat kerja.

pintu gate
Gambar pintu masuk UITM bagi Permohonan Kerja UITM

Bila Tarikh Permohonan Kerja Jawatan UITM Ditutup

Berdasarkan iklan yang diiklan oleh pihak UITM masa dan tarikh permohonan ditutup pada 8 Oktober 2023. Diminta semua calon untuk segera memohon agar anda tidak terlepas untuk memohon.

Syarat-syarat dan Kelayakan Utama

Kelayakan Lantikan Ke Gred DM45 :

  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00).
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00).
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)

Kelayakan Lantikan Ke Gred DM51:

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya;
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)

Kelayakan Lantikan Ke Gred DM53 (PROFESOR MADYA):

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c)
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)

Kelayakan Lantikan Ke Gred Khas C (PROFESOR):

  • Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c)
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred VK7: RM7,676.00)

Kelebihan Jawatan di UITM

  1. Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik.
  2. Cuti Tahunan.
  3. Cuti Sakit.
  4. Dan lain-lain.

Cara Permohonan Kerja UITM

Diminta semua pemohon untuk ambil perhatian lebih mengenai urusan permohonan ini dengan teliti

  1. Setiap permohonan mestilah disertai bersama salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
  • Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademik
    Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu
    untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

Nota : Sila kemukakan dokumen melalui link seperti berikut :

2. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di UITM Kelantan

photo 2023 10 08 11 05 01
Borang Permohonan Kerja UITM

Maklumat Lanjut Permohonan

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada :
09-976 2024 (whatsapp business)
09-976 2068 (whatsapp business)

Urusan Prosedur Resume Permohonan Universiti Teknologi Malaysia

Bagaimana Untuk Saya Buat Resume?

Untuk membuat resume yang berkualiti bagi permohonan jawatan kosong di UITM, anda boleh mempertimbangkan beberapa tips berikut:

  1. Rujuk iklan jawatan kosong dan maklumat syarikat – Pastikan resume anda mengandungi butiran yang sesuai dengan keperluan dan kehendak yang dinyatakan dalam iklan Permohonan Kerja UITM Bagi Jawatan Akademik Kemasukan Oktober 2023. Anda juga perlu memahami latar belakang syarikat untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai pemahaman yang baik mengenai UITM dan keperluan jawatan tersebut.
  2. Format yang kemas dan mudah dibaca – Pastikan format resume anda kemas dan mudah dibaca. Penggunaan bahasa yang jelas, penekanan pada butiran penting, dan perkataan yang teratur boleh membantu memudahkan perekrut melihat kelayakan anda.
  3. Tunjukkan kebolehan dan kejayaan – Sebagai calon yang berpotensi, tunjukkan kepada pihak UITM bahawa anda mempunyai kebolehan dan kejayaan dalam bidang yang berkaitan dengan jawatan tersebut. Bincangkan projek, tugasan, atau aktiviti yang telah anda lakukan dalam bidang yang berkaitan dengan jawatan tersebut.
  4. Gunakan kata kunci – Pastikan resume anda menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan jawatan tersebut. Ini membolehkan resume anda mudah dikenalpasti oleh pihak UITM sebagai calon yang layak.
  5. Sertakan maklumat yang lengkap – Pastikan maklumat anda termasuk nombor telefon, alamat e-mel, dan alamat rumah. Ini memudahkan pihak UITM untuk menghubungi anda untuk temuduga.
  6. Reka semula dan baiki semula – Pastikan resume anda bebas dari sebarang kesilapan tatabahasa atau ejaan. Reka semula dan sunting semula resume anda untuk memastikan ia mudah dibaca dan bersih.

Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Permohon kerja UITM dapat membantu para calon yang memohon.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati