Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan MAIWP Menawarkan 30 Skim Zakat Kepada Individu Berkelayakan 

Bantuan MAIWP

Bantuan MAIWP(Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah menawarkan 30 skim bantuan zakat kepada golongan asnaf di seluruh Wilayah Persekutuan. MAIWP, yang berpegang kepada slogannya ‘Memacu Kegemilangan Ummah,’ telah dan sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam, terutamanya golongan asnaf, melalui penyampaian bantuan zakat.

MAIWP memiliki visi untuk menjadi pemimpin dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah, dan memiliki misi untuk merealisasikan agenda pembangunan ummah secara sistematik dan menyeluruh. Dengan visi dan misi ini, MAIWP mengambil tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai skim bantuan zakat kepada golongan fakir miskin umat Islam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP menyatakan bahawa mereka berkerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyelaraskan bantuan kepada golongan fakir miskin dalam semua aspek kehidupan mereka.

Sejauh ini, MAIWP telah mengesahkan bahawa sebanyak 21,556 keluarga golongan fakir miskin di Kuala Lumpur telah menerima Bantuan Kewangan Bulanan, yang termasuk dalam bantuan Pembangunan Asnaf. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis bantuan lain yang disediakan oleh MAIWP.

Maklumat Bantuan MAIWP Bagi 30 Skim Zakat

Pihak MAIWP mempunyai kategori tertentu bagi setiap jenis bantuan zakat yang ditawarkan mengikut keperluan utama bagi setiap golongan masyarakat, antaranya ialah:

Pembangunan Asnaf

  1. Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Bantuan Aidilfitri
  3. Bantuan Takaful Asnaf
  4. Bantuan Perubatan
  5. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  6. Bantuan Perkahwinan
  7. Bantuan Ibnu Sabil
  8. Bantuan Kecemasan
  9. Bantuan Guaman Syarie
  10. Bantuan Musibah

Tempat Tinggal

  1. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  2. Bantuan Membina/Membaiki Rumah
  3. Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Pendidikan

  1. Bantuan Am Persekolahan
  2. Bantuan Am Pelajaran IPT
  3. Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
  4. Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
  5. Bantuan Persediaan IPT
  6. Bantuan Tuisyen
  7. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
  8. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
  9. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Berdikari

  1. Bantuan Perniagaan
  2. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  3. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  4. Bantuan Pertanian
  5. Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya

Pembangunan Ummah

  1. Bantuan Kepada Agensi-agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
  2. Bantuan Ar-Riqab

Secara keseluruhannya, terdapat sejumlah 30 Skim Bantuan Zakat yang ditawarkan oleh MAIWP mengikut beberapa kategori tertentu seperti pembangunan asnaf, tempat tinggal, pendidikan, berdikari, dan juga pembangunan ummah.

Syarat Umum Bantuan Zakat MAIWP

Berikut merupakan beberapa syarat umum yang perlu diambil tahu sebelum menghantar sebarang permohonan bantuan, iaitu:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautun di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun, dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah
Agihan Zakat Google Chrome 10 5 2023 6 28 14 PM
Syarat Umum Bantuan MAIWP

Nota Tambahan : Terdapat syarat khusus yang berbeza-beza bagi setiap jenis bantuan bergantung kepada jenis skim bantuan yang dipohon.

Apa itu Pengiraan Had al-Kifayah?

Berdasarkan penerangan yang diberikan di laman web rasmi MAIWP, Had Kifayah boleh dijelaskan dalam dua konteks utama. Dari segi bahasa, ia merujuk kepada kadar keperluan atau kecukupan, manakala dari segi syarak, ia merujuk kepada kadar minimum yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.

Dengan kata lain, Had Kifayah adalah jumlah minimum yang diperlukan untuk memenuhi perbelanjaan asas, yang diukur berdasarkan kos hidup semasa. Konsep ini juga berguna dalam menentukan jumlah bantuan yang diperlukan untuk mencapai tahap cukup untuk perbelanjaan asas.

Proses penilaian Had Kifayah ini melibatkan enam aspek keperluan asas yang termasuk:

  1. Perlindungan: Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan: Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian: Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan: Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan: Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan: Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.
photo 2023 10 05 18 32 28
Bagi pengiraan had pengiraan bagi bantuan MAIWP anda boleh tekan gambar diatas.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dihitung sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Jika jumlah pengiraan Had al-Kifayah melebihi pendapatan, maka pemohon akan memenuhi syarat untuk menerima bantuan zakat.

Dapatkan “Borang Bantuan Zakat MAIWP” di sini


Disini suka kami kongsikan borang permohonan Bantuan Umum MAIWP yang digunakan untuk semua 30 Skim Bantuan Zakat yang tersedia. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap boleh diserahkan di mana-mana cawangan Pejabat Baitulmal MAIWP. Kami juga menggalakkan anda untuk merujuk kepada senarai semak untuk maklumat mengenai dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan. Sila muat turun melalui pautan yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Senarai Semak bagi setiap jenis bantuan MAIWP adalah berbeza-beza mengikut jenis skim yang dipohon:

  1. Senarai Semak Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Senarai Semak Bantuan Menyelesaikan Hutang
  3. Senarai Semak Bantuan Dialisis/Peralatan Kesihatan/Perubatan Am
  4. Senarai Semak Bantuan Guaman Syarie
  5. Senarai Semak Bantuan Perkahwinan
  6. Senarai Semak Bantuan Segera/Kecemasan
  7. Senarai Semak Bantuan Musibah
  8. Senarai Semak Bantuan Tambang Dalam/Luar Negara
  9. Senarai Semak Bantuan Deposit/Sewa Rumah Bulanan
  10. Senarai Semak Bantuan Membaiki/Membina Rumah
  11. Senarai Semak Bantuan Perniagaan/Pertanian
  12. Senarai Semak Bantuan Deposit Motosikal OKU
  13. Senarai Semak Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  14. Senarai Semak Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah
  15. Senarai Semak Bantuan Am Persekolahan
  16. Senarai Semak Bantuan Persediaan Sekolah
  17. Senarai Semak Bantuan Tuisyen
  18. Senarai Semak Bantuan Am Pelajaran IPT
  19. Senarai Semak Bantuan Persediaan IPT
  20. Senarai Semak Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
Agihan Zakat Google Chrome 10 5 2023 6 16 08 PM
Jenis Skim Bantuan MAIWP
Agihan Zakat Google Chrome 10 5 2023 6 16 14 PM
Jenis Skim Bantuan MAIWP
Agihan Zakat Google Chrome 10 5 2023 6 16 29 PM
Jenis Skim Bantuan MAIWP

Jumlah Bantuan MAIWP 30 Skim Zakat

Untuk makluman semua, jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada setiap pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon. Semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula. Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

Maklumat Lanjut

Anda boleh dapatkan sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan bantuan zakat di MAIWP menerusi:

Harapan kami ialah bahawa perkongsian mengenai Bantuan MAIWP yang ditawarkan oleh MAIWP ini akan memberikan informasi yang berguna dan membolehkan maklumat ini dikongsikan secara meluas kepada semua individu yang memenuhi syarat untuk membuat permohonan. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga dan kenalan yang berpotensi memenuhi syarat permohonan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati