Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong JAIS November 2023 Kelayakan SPM dan Diploma

jawatan kosong jais november 2023

Jawatan kosong JAIS telah dibuka untuk bulan November 2023. Jaiz adalah merupakan Jabatan agama Islam Selangor sangat memainkan peranan dalam pengurusan yang melibatkan hal ehwal masyarakat Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal tersebut, pihak jais terpanggil untuk membuka jawatan kosong jais bagi mendapatkan tenaga kerja ambilan November.

Sehubungan itu, diharapkan kepada para calon yang berkelayakan serta berminat untuk memohon jawatan kosong JAIS yang sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan yang menarik serta beberapa kelebihan yang bakal diperolehi. Untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong jais anda boleh meneliti terlebih dahulu maklumat-maklumat yang kami lampirkan di bawah.

Pengambilan Jawatan Kosong JAIS Bulan November 2023

JAIS Buka Peluang Pekerjaan Bulan November

jawatan kosong jais

Berita gembira kepada para calon, peluang kerja telah dibuka untuk beberapa jawatan oleh pihak JAIS dan menyeru mereka yang sedang mencari kerja atau membina kerjaya untuk membuat permohonan di bawah jabatan itu. Jabatan agama Islam Selangor adalah merupakan sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal melibatkan urusan orang Islam serta memperkasakan agama Islam di negeri Selangor.

Peranan yang dimainkan oleh jais adalah untuk memastikan keharmonian dan kebajikan masyarakat Islam di Selangor dapat diurus dan ditadbir dengan baik. Jadi untuk memastikan matlamat itu tercapai pihak JAIS membuka jawatan kosong JAIS bulan November dan boleh segera kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

Senarai Jawatan Kosong JAIS Bulan November 2023

Untuk pengetahuan para calon terdapat 5 jenis jawatan kosong yang telah dibuka mengikut kelayakan minima SPM dan juga diploma. Oleh itu para calon boleh meneliti jawatan kosong serta skop kerja yang Kami sediakan di bawah:

Jawatan KosongPenerangan Tugasan Kerja
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam II/ Penolong Pengurus) Gred S29Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Gred S29Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.
Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29Menjalankan analisis sampel makanan, menyediakan bahan-bahan media dan kimia serta peralatan analisis, menjalankan kawalan mutu ke atas bahan media dan kimia, mengeluarkan laporan analisis sampel makanan dan melupuskan sampel makanan.
Juruteknik Komputer Gred FT19Melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas- tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi.
Senarai jawatan kosong JAIS ini adalah didapatkan daripada siaran iklan rasmi jais bagi bulan November 2023.

Urusan Permohonan Jawatan Kosong Di JAIS

Siaran Iklan Rasmi JAIS

Untuk pengetahuan semua permohonan adalah dibuka sekarang dan permohonan akan ditutup pada tarikh 21 November 2023. Jadi untuk itu para calon perlu membuat persediaan yang rapi dan melekatkan beberapa butiran yang diperlukan berserta dokumen seperti disebut di dalam Iklan. Rujukan iklan rasmi JAIS bulan November 2023.

Cara Mohon Jawatan Kosong JAIS

Bagi membuat permohonan ianya adalah permohonan secara manual. Para pemohon perlu mengisi borang serta melengkapkan beberapa butiran bersama dokumen yang diminta. Berikut adalah langkah-langkah mohon jawatan kosong jais ambilan November:

  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Permohonan adalah perlu dilakukan dengan menghantar ke alamat:
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
 TINGKAT 1, MENARA SELATAN, 
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM, 
SELANGOR DARUL EHSAN
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi dibawah.

Permohonan para calon dianggap tidak berjaya seandainya tidak dihubungi dalam tempoh selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau selepas 6 bulan dari tarikh temuduga.

Diharapkan para calon membuat penelitian terlebih dahulu kepada iklan rasmi yang disiarkan oleh pihak JAIS dan membuat permohonan mengikut ketetapan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati