Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

9 Khasiat Bawang Putih dan Cara Makan Bawang Putih

9 Khasiat Bawang Putih dan Cara Makan Bawang Putih

Khasiat bawang putih, yang dikenali dengan keharumannya yang khusus, telah menjadi satu dari rempah yang tidak tergantikan dalam dunia masakan dan perubatan. Sejak zaman berzaman, bawang putih sememangnya menjadi sebahagian daripada perubatan tradisional.

Dengan kekuatan aromatiknya dan harumannya tidak hanya menyedapkan hidangan sahaja tetapi juga memberi sumbangan yang besar dalam memelihara kesihatan. Oleh itu, kali ini admin akan kongsikan mengenai khasiat bawang putih secara menyeluruh. Sila sertai artikel ini untuk maklumat lanjut!

Amalkan Khasiat Bawang Putih untuk Kesejahteraan dan Kesihatan Anda!

20231226 093936 0000

Apakah itu bawang putih?

Bawang putih atau dikenali sebagai Botani Allium Sativum merupakan tumbuhan dari genus sama seperti bawang merah, bawang besar dan sebagainya. Bawang putih mempunyai ciri-ciri morfologi.

Reka bentuk bawang putih

Setiap bawang putih terdiri daripada beberapa ulasan cekerang berbentuk sfera atau bulat yang tersusun bersama. Selain itu, bawang putih mempunyai beberapa jenis yang berbeza bergantung kepada asal usul geografi, rupa bentuk dan sifat-sifatnya. Dua jenis bawang putih yang paling biasa adalah:

  • Bawang putih hardneck (Tangkai Keras) : Mempunyai tangkai yang lebih keras di tengah umbinya, jenis ini ditanam di kawasan yang lebih sejuk memiliki rasa yang lebih kuat dan mudah dikupas tetapi kurang tahan lama dalam penyimpanan.
  • Bawang putih sofneck (Tangkai lembut) : Tiada tangkai keras di tengah umbinya, lebih tahan lama dalam penyimpanan dan jenis ini banyak dijumpai di pasar raya.

Ketahui Rahsia Khasiat Bawang Putih yang Luar Biasa!

Terdapat hadis nabi yang membicarakan mengenai khasiat bawang putih. Seperti mana sabda Rasulullah. S.A.W bahawasanya terdapat 70 khasiat bagi sesiapa yang mengamalkan bawang putih. Oleh itu, ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut, jom baca!

20231226 092849 0000

1.Ciri-ciri antibakteria

Bawang putih merupakan salah satu rempah yang telah lama dikenali kerana khasiatnya yang menyeluruh dalam bidang kesihatan, bawang putih diyakini mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah sakit jantung. Hal ini terbukti melalui kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih mampu menghalang pertumbuhan dan perkembangan bakteria dalam tubuh manusia.

2. Baik untuk kesihatan

Mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium, merupakan sebahagian daripada antioksidan penting dalam tubuh yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas, manakala germanium pula meningkatkan sistem imun, memperbaiki aliran darah dan memberikan sumbangan kepada kesihatan jangka panjang. kedua-dua mineral ini sangat baik untuk kesihatan.

3. Mengurangkan tekanan darah

Bawang putih juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah kerana kehadiran bahan fitokimia seperti metilalil trisulfat. Bahan ini berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah.

4. Menipiskan platlet darah

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa bawang putih dapat menipiskan platlet darah dengan pengumpulan darah. Oleh itu, serangan jantung dapat dielakkan.

5. Agen antikulat

Agen antikulat juga berkesan merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli sukan di bahagian kaki mereka serta berkesan bagi mengelakkan jangkitan 20% spesies kulat lain.

6. Perangsang dan tonik untuk jantung.

Bawang putih mempunyai pelbagai sifat yang bermanfaat untuk kesihatan, ia diketahui mempunyai ciri-ciri yang bertindak sebagai antiseptik, diuretik, insektisid, pencuci organ di dalam tubuh sedatif, bahan perangsang dan tonik untuk jantung.

Kesemua sifat ini membantu dalam melawan jangkitan serta membantu meningkatkan pengeluaran air kencing, turut memberi kesan positif pada kesihatan jantung dan bertindak sebagai perangsang untuk sistem kardiovaskular.

7. Mencegah tumor

Terdapat beberapa kajian saintifik menunjukkan bahawa bahan allicin yang terdapat dalam bawang putih mempunyai sifat anti kanser atau mencegah tumor kerana bahan ini bertindak menyekat pembiakan sel-sel tumor.

8. Merangsang pengeluaran peluh

Digunakan sebagai ubat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana boleh merangsang pengeluaran peluh. Keadaan ini berlaku apabila mengeluarkan lebih banyak cecair dari badan. Oleh itu, pengeluaran peluh ini dapat membantu dalam beberapa keadaan kesihatan.

9. Mengeluarkan angin dalam perut

Berfungsi untuk mengeluarkan angin di dalam perut, merangsang pengeluaran peluh. Selain itu juga dalam beberapa kebudayaan tradisional bawang putih juga dianggap mempunyai sifat antiparasit atau dapat membantu dalam menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus.

Cara Makan Bawang Putih

  • Bawang putih boleh dimakan mentah dimasak atau bakar, untuk dimakan mentah, anda boleh hancurkan atau hiris halus dan campurkan ke dalam salad atau hidangan lainnya.
  • Untuk dimasak, tumiskan atau masak bersama makanan lain untuk menambahkan rasa pada masakan ingatlah bahawa bawang putih mentah mempunyai rasa pedas yang kuat dan bau yang pekat.
  • Selain itu juga untuk membakar bawang putih, mula dengan memotong bahagian atas supaya isi terdedah. Sapukan sedikit minyak zaitun, garam dan lada secukup rasa di bahagian atas, balut bawang putih dalam aluminium foil dan bakar pada suhu sekitar 180°C selama kira-kira 30-40 minit atau sehingga bawang putih menjadi lembut dan berwarna coklat, selepas itu, anda boleh menikmati bawang putih panggang yang lembut dan wangi.

Soalan FAQs Berkenaan Bawang Putih

Apakah kandungan nutrisi utama dalam bawang putih yang memberi manfaat kesihatan?

Bawang putih mengandungi beberapa nutrin yang memberi manfaat kesihatan kandungan utamanya termasuk, allicin, sulfur, vitamin C, mangan dan selenium.
Kandungan kandungan ini dipercayai membantu memberi faedah kesihatan termasuk kesan baik terhadap tekanan darah, kolestrol dan sistem imun.

Adakah bawang putih sesuai untuk semua orang termasuk kanak-kanak atau wanita hamil?

Secara umum, bawang putih dianggap selamat digunakan oleh siapa sahaja dengan menggunakan dalam jumlah yang biasa dalam makanan.

Adakah cara tertentu dalam memasak bawang putih yang dapat mengekalkan khasiat bawang putih?

Untuk mengekalkan khasiatnya, hancurkan atau cincang bawang putih, biarkan selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam hidangan dan jangan memasak terlalu lama kerana ia boleh mengurangkan kandungan nutrien.

Bagaimana khasiat bawang putih mempengaruhi sistem pencernaan manusia?

Bawang putih berfungsi meningkatkan percernaan, ini kerana penghasilan enzin pencernaan membantu pemecahan makanan, dan ia juga dikenali sebagai antiradang, dapat meredakan masalah pencernaan yang berkaitan dengan peradangan.

Apakah kesan sampingan atau risiko penggunaan bawang putih dalam dos yang tinggi

Pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan gangguan percernaan seperti gangguan perut, loya atau memulas. Selain itu beberapa individu mungkin mengalami masalah kulit seperti ruam atau gatal-gatal, akibat pelepasan bahan kimia tertentu semasa pengambilan dos yang tinggi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati