Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Cara Daftar CIDB Online Serta Cara Renew CIDB Online

Cara Daftar CIDB Online

Cara daftar CIDB online pastinya sentiasa dicari-cari oleh mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang binaan. Anda perlu mendapatkan kad hijau CIDB terlebih dahulu sebelum meneruskan pekerjaan.

Sebelum mereka dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia untuk bekerja di tapak binaan, setiap pekerja mesti mendaftar untuk mendapatkan Kad Hijau CIDB. Buat anda yang mahu membuat permohonan kelulusan kad hijau CIDB, anda boleh merujuk panduan dan cara daftar CIDB online yang telah kami kongsikan.

Berkenaan Pendaftaran CIDB Online

Cara Daftar CIDB Online

Siapa yang perlu daftar CIDB?

Bagi individu yang berminat menjadi kontraktor, anda perlu memiliki kelulusan CIDB terlebih dahulu. Seperti yang anda ketahui, setiap kontraktor yang ingin terlibat dalam dunia pembinaan termasuklah mekanikal, awam, fasiliti, elektrikal, dan lain-lain wajib berdaftar dengan CIDB.

Terdapat 3 jenis sijil yang dikeluarkan oleh CIDB iaitu Perakuan Pendaftaran (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Selain itu, untuk memohon Sijil Perolehan Kerja Kerajaan atau SPKK, syarikat perlu mempunyai Sijil MCORE atau sijil SCORE.

Berapa kos buat CIDB?

Bagi yuran permohonan baharu kad hijau CIDB, kos yang dikenakan ialah lebih kurang RM150.00 hingga RM200.00 untuk setahun termasuk kursus.

Bagi yuran pembaharuan kad CIDB pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM85.00 setahun. Jika anda ingin membayar untuk tempoh 2 tahun anda perlu bayar sebanyak RM135.00 sahaja. Anda boleh membuat pembaharuan tempoh sah sehingga 5 tahun.

Berapa lama kad CIDB siap?

Pas sementara boleh dicetak serta merta selepas bayaran dijelaskan dan disahkan oleh sistem CIMS dengan cara klik di bahagian Construction Personnel > Personnel Card > Personnel Card Listing > Cetak.

Kad Personal Binaan (Kad Hijau) anda akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas bayaran dijelaskan. Sekiranya anda masih gagal menerima Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda boleh menghubungi talian Careline CIDB di +603 – 5567 3300.

Manakala untuk memperbaharui Kad Hijau CIDB boleh siap dalam 3 hari. 

Cara Daftar CIDB Online

Sebelum anda membuat permohonan kad hijau CIDB, anda perlu mendaftar akaun di laman CIDB terlebih dahulu. Di sini kami kongsikan cara daftar CIDB online :

  1. Layari laman CIMS CIDB di alamat https://cims.cidb.gov.my/
  2. Pada bahagian kanan skrin, lihat pada bahagian “Daftar Baru”.
  3. Klik pada tulisan “Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain”
  4. Terdapat 2 pilihan pendaftaran – Organisasi atau Individu
  5. Sekiranya anda mendftarkan untuk diri anda, klik pada Individu, kemudian Personel Binaan
  6. Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan segala maklumat yang dikehendaki dengan betul
  7. Setelah selesai pendaftara, anda akan dipeberikan link melalui emel
  8. Klik pada pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda

Cara Daftar Kad Hijau CIDB

Cara Daftar CIDB Online

Setelah selesai pendaftaran akaun CIDB, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Login masuk menggunakan maklumat pendaftaran (kata nama dan kata laluan) yang anda gunakan
  2. Pilih dari senarai latihan yang anda ingin ikuti berdasarkan tarikh
  3. Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus dijalankan.

Cara Semak Kursus CIDB

Pihak CIDB telah menyediakan pelbagai kursus dan program tambahan sepanjang tahun yang boleh disertai kepada anda yang berminat.

Untuk menyemak senarai kursus yang disediakan dari semasa ke semasa, layari pautan https://cims.cidb.gov.my/cms/BPK_SCR01_G

Pada halaman tersebut, anda juga boleh membuat carian berdasarkan beberapa kriteria antaranya negeri (lokasi), tahun, tarikh program, jumlah mata CCD yang ditawarkan, penganjur dan jenis program.

Tentunya sangat mudah untuk anda membuat permohonan CIDB dengan berpandukan cara daftar CIDB online yang kami sediakan tersebut.

Soalan FAQs Berkenaan Cara Daftar CIDB Online

Apa itu CIDB Green Card?

Kad Hijau CIDB adalah satu-satunya Pasport Keselamatan yang mesti dimiliki oleh semua pekerja binaan apabila bekerja di Tapak Binaan. Untuk memiliki kad ini, pekerja dikehendaki menghadiri kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers)

Bila perlu daftar CIDB?

Sekiranya anda bekerja dalam bidang pembinaan, anda wajib mendaftarkan diri dengan pihak CIDB sebelum dibenarkan bekerja. Anda boleh rujuk cara daftar CIDB online di atas.

Kenapa perlu daftar CIDB?

Pendaftaran Lesen CIDB adalah penting bagi sesiapa yang beroperasi dalam industri pembinaan. Lesen ini yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan, berfungsi sebagai bukti kecekapan dan pematuhan kepada peraturan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati